18/06/2026
π’ *MINGGU DIGITAL USM 2026*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datoβ/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Transformasi Digital (Digital@USM) akan menganjurkan Minggu Digital USM 2026 seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 21 β 25 Jun 2026
π Lokasi: Dataran Merah, PPSP Kampus Kesihatan
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:
β’ Sesi Perkongsian Ilmu dan Technology Update
β’ Pertandingan Konten TikTok
β’ Pertandingan Cipta Poster Digital
β’ Pertandingan Mewarna Digital
β’ E-Sport
β’ Virtual Run
β’ Mini E-Waste dan Teka Berat E-Waste
β’ Booth Jualan
β’ Serta pelbagai aktiviti menarik yang lain
π Mata CPD dan CSD disediakan bagi aktiviti yang berkaitan.
Sehubungan itu, semua warga USM adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan program ini. Penyertaan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau melayari laman sesawang program di:
π https://minggu-digital.usm.my
Kerjasama dan sokongan YBhg. Datoβ/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.