Kelab Komuniti ORL USM

Call Directions Website

Kelab Komuniti ORL USM ORL USM Community club regularly offers services to community, eg health screening, medical camp or giving a basic need to the poverty people.

"An excellent highlight of our Otorhinolaryngology-Head & Neck Surgery (ORL-HNS) department by USM Health Campus! 👂👃🗣️ T...
29/09/2026

"An excellent highlight of our Otorhinolaryngology-Head & Neck Surgery (ORL-HNS) department by USM Health Campus! 👂👃🗣️ Together, we continue to empower and help train the upcoming ORL-HNS surgeans in Malaysia.

Don't forget to read more and share the post below! ✨" https://www.facebook.com/share/p/1CVSPg4fxL/

Tercekik tulang ikan, jangan jolok tekak dengan jariOleh Hazira Ahmad Zaidi - Ogos 24, 2026 @ 11:55am Pesanan kepada ora...
23/09/2026

Tercekik tulang ikan, jangan jolok tekak dengan jari
Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Ogos 24, 2026 @ 11:55am

Pesanan kepada orang ramai agar tidak menggunakan jari untuk menjolok tekak apabila tercekik tulang ikan. Tindakan menjolok tekak dengan jari adalah sangat berbahaya kerana ia boleh menolak tulang tersebut pergi lebih dalam, yang berisiko merobek dan mencederakan tisu tekak atau saluran makanan.

Kecederaan akibat tusukan tulang ini boleh menyebabkan pendarahan, bengkak yang teruk, atau jangkitan kuman pada kawasan tekak. Jika anda mengalami situasi ini, anda dinasihatkan supaya kekal tenang. Sekiranya rasa sakit berterusan, sukar menelan air liur, atau mengalami kesukaran bernafas, segeralah berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital untuk membuang tulang tersebut menggunakan peralatan perubatan yang selamat.

Dr Nik Fariza Husna Nik Hassan
Pensyarah Perubatan/Pakar Bedah ORL-HNS, PPSP USM.

SETIAP individu mungkin pernah berdepan situasi tulang ikan tersangkut di tekak.

KARNIVAL KESIHATAN ORL-HNS HPUSM 2026 TINGKAT KESEDARAN DAN PENGESANAN AWAL PENYAKITUSM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Ogo...
23/09/2026

KARNIVAL KESIHATAN ORL-HNS HPUSM 2026 TINGKAT KESEDARAN DAN PENGESANAN AWAL PENYAKIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Ogos 2026 – Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit telinga, hidung dan tekak (ENT), kanser kepala dan leher serta penyakit tidak berjangkit melalui saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan menjadi fokus utama penganjuran Karnival Kesihatan ORL-HNS HPUSM 2026 di Sekolah Kebangsaan Telaga Ara, Gunung, Bachok pada 15 Ogos lalu.
Karnival anjuran Jabatan Otorinolaringologi-Pembedahan Kepala dan Leher (ORL-HNS), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada golongan berisiko termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, selain memberikan pendedahan mengenai tanda serta simptom awal penyakit berkaitan.Pelaksanaan karnival ini turut melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk USM-Merican Community Outreach Committee, Jabatan Perubatan Masyarakat, Jabatan Pediatrik, Jabatan Anatomi, Jabatan Patologi, Klinik Kesihatan dan MERCY Malaysia.Melalui aktiviti saringan, ceramah pendidikan, pameran kesihatan dan lawatan komuniti menerusi inisiatif ‘Doktor Masuk Kampung’, penduduk setempat berpeluang mendapatkan maklumat serta pemeriksaan awal berkaitan penyakit ENT, kanser kepala dan leher serta penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi dan diabetes.Karnival tersebut turut memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kefahaman mengenai tanda dan simptom penyakit ENT dalam kalangan kanak-kanak serta kanser kepala dan leher dalam kalangan orang dewasa.

Pendedahan terhadap tanda dan simptom awal penyakit penting bagi membantu masyarakat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pada peringkat awal, sekali gus mengurangkan risiko komplikasi serta menyokong peningkatan kualiti hidup.

Selain memberi manfaat kepada komuniti, penganjuran karnival berkenaan turut menyediakan platform pembelajaran berasaskan komuniti kepada staf akademik, pegawai perubatan, pelajar dan petugas kesihatan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan khidmat sosial.
Penganjuran karnival ini turut memperluas jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam usaha mewujudkan pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih inklusif dan berterusan.

Melalui pendekatan berasaskan komuniti ini, USM dan HPUSM terus memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta menggalakkan masyarakat mengamalkan penjagaan kesihatan secara lebih proaktif.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Dr. Norhafiza Mat Lazim

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/karnival-kesihatan-orl-hns-hpusm-2026-tingkat-kesedaran-dan-pengesanan-awal-penyakit.html

‘AUDIOLOGY INTENSIVE COURSE’ 2026 TINGKAT ILMU, PERSEDIAAN PELAJAR ORL-HNSUSM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 September 202...
23/09/2026

‘AUDIOLOGY INTENSIVE COURSE’ 2026 TINGKAT ILMU, PERSEDIAAN PELAJAR ORL-HNS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 September 2026 – Seramai 48 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara menyertai ‘Audiology Intensive Course’ 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala & Leher (ORL-HNS), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM dan Unit Audiologi, Hospital Pakar USM (HPUSM) pada 14 dan 15 September lalu.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan kefahaman berkaitan asas dan perkembangan terkini dalam bidang audiologi klinikal, selain merungkai persoalan berkaitan teori dan aplikasi klinikal serta mempersiapkan pelajar pascasiswazah bagi menghadapi peperiksaan tahun akhir kepakaran ORL-HNS.Penyertaan peserta daripada pelbagai institusi, termasuk Universitas Sebelas Maret, Solo, Indonesia, turut menyediakan ruang untuk perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan dan pembinaan jaringan profesional dalam bidang audiologi dan ORL-HNS.Antara pengisian kursus ialah ‘Fundamentals of Acoustic and Hearing’, ‘Impedance Audiometry’, ‘Pediatric Hearing Assessments’, ‘Auditory Brainstem Response’ dan ‘Audiometry Special Tests’, selain demonstrasi secara langsung serta sesi latihan lisan viva klinikal pelajar tahun akhir pascasiswazah ORL-HNS bersama pakar bidang berkenaan.Sesi ‘Lunch Talk’ turut diadakan dengan menampilkan perkongsian daripada HearLife Company berkaitan pengurusan masalah pendengaran menerusi tajuk ‘From Diagnosis to Solution: Managing Hearing Loss’, manakala Dr Hearing and Speech Center membawakan topik ‘Unlocking the Future of Hearing with Nexa Innovation’.

Penganjuran ‘Audiology Intensive Course’ 2026 mencerminkan komitmen USM dalam menyediakan platform latihan dan perkongsian kepakaran yang menyokong pembangunan profesional kesihatan serta peningkatan mutu perkhidmatan klinikal kepada masyarakat.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Hamizah Ismail

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/%E2%80%98audiology-intensive-course%E2%80%99-2026-tingkat-ilmu,-persediaan-pelajar-orl-hns.html

“Mama, saya tak nampak…”Take home message:1) Jangan abaikan aduan anak2) Rujukan Awal Boleh Mengubah Perjalanan Penyakit...
10/08/2026

“Mama, saya tak nampak…”

Take home message:
1) Jangan abaikan aduan anak
2) Rujukan Awal Boleh Mengubah Perjalanan Penyakit
3) Rawatan Pantas Memerlukan Kerjasama Pasukan Multidisiplin
Jangan tunggu hingga terlambat




Universiti Sains Malaysia Hospital USM Network

KOTA BHARU - Ibu bila nak buat cermin mata, mata adik tak nampak? Demikian kata-kata yang sering diulang oleh Nur Adelia Azzahra Mohd Rosli, 8, kepada...

HPUSM CATAT SEJARAH, HOSPITAL PERTAMA MALAYSIA LAKSANA TNE GUNA GASTROSKOPI  Universiti Sains Malaysia Hospital USM Netw...
10/08/2026

HPUSM CATAT SEJARAH, HOSPITAL PERTAMA MALAYSIA LAKSANA TNE GUNA GASTROSKOPI

Universiti Sains Malaysia Hospital USM Network

🎉CONGRATULATION 🎉to: DR PIRIYA DARISHINI RENGANATHEN (MMED ORL-HNS Year 3) from Department of Otorhinolaryngology-Head a...
10/08/2026

🎉CONGRATULATION 🎉to:

DR PIRIYA DARISHINI RENGANATHEN (MMED ORL-HNS Year 3) from Department of Otorhinolaryngology-Head and Neck Surgery , PPSP, Universiti Sains Malaysia has won Best Oral Presentation Award in 5th International Biohealth Sciences Conference , Cancer Symposium : Borneo Chapter held on 5th - 7th August 2026 in Kuching , Sarawak.

Presentation title : Isolated Orbital Manifestation of Extranodal NK/T cell Lymphoma - A Case Series Emphasizing Diagnostic Complexity.

Assalamualaikum dan salam sejahteraYBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke program Minggu Cakna ORL-HNS USM 2026 anj...
10/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke program Minggu Cakna ORL-HNS USM 2026 anjuran Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala & Leher, USM.

Butiran Program

Tarikh : 12 – 16 Julai 2026
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Dataran Kelabu, PPSP, Kampus Kesihatan, USM

🌟 AKTIVITI UTAMA🌟

👉Pemeriksaan Kesihatan Percuma: Telinga, Hidung, & Tekak.

👉Ceramah Kesihatan Harian: (11.00 Pagi - 1.00 Petang) oleh Doktor Pakar ORL-HNS
(Topik: Sakit Tonsil, Dengkur Kanak-Kanak, Resdung, Telinga Berair). Mata CPD Teras disediakan untuk peserta ceramah kesihatan.

👉Kuiz Interaktif: Jawab & menangi pelbagai hadiah menarik setiap hari!

👉Booth & Pameran: Demonstrasi pencucian hidung & pemberian set NeilMed secara PERCUMA kepada peserta awal setiap hari.

👉Reruai Jualan: Kopi, pastri, makanan tradisional/barat, cenderahati, & barangan preloved.

Semua warga USM dan orang ramai dijemput hadir bersama keluarga.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sekian, terima kasih.



Assalamualaikum wrt,Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada semua kaum MuslimIkhlas dari Jabata...
18/03/2026

Assalamualaikum wrt,

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada semua kaum Muslim

Ikhlas dari Jabatan ORL-HNS, USM 🌙

32 likes, 2 comments. “Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin 2026, dari Jabatan ORL-HNS, Universiti Sains Malaysia. , , ”

Ramadhan kareem"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-or...
17/02/2026

Ramadhan kareem

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

(Baqarah:183)

☪️Ramadan Semakin Hampir

Selamat berpuasa!

Address

Jalan Raja Perempuan Zainab2
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Komuniti ORL USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share