Human Genome Centre, USM

Call Directions Website Contact the university

Human Genome Centre, USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Human Genome Centre, USM, College & University, Department of Medical Genetics, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Health Campus, Kubang Kerian.

Publications :: January - September 2026 :: Well done to all authors 🎉💪🤩
21/09/2026

Publications :: January - September 2026 :: Well done to all authors 🎉💪🤩

7-9 September 2026 :: Webinar & Hands-on Workshop on Gene Expression Analysis with Quantitative Real-time PCR (qPCR) 202...
10/09/2026

7-9 September 2026 :: Webinar & Hands-on Workshop on Gene Expression Analysis with Quantitative Real-time PCR (qPCR) 2026.

Program ini telah dijalankan dengan jayanya di Jabatan Genetik Perubatan dengan anjuran bersama oleh Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Jabatan Genetik Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM. Terima kasih buat semua peserta yang hadir secara maya dan juga fizikal; serta syabas buat semua AJK yang terlibat. Program ini diketuai oleh Prof.Madya Ts.Dr.Azlina Ahmad yang juga merupakan Pensyarah Silang di Jabatan Genetik Perubatan manakala Timbalan program adalah Prof.Madya Dr. Sarina Sulong. Program ini merangkumi webinar, slot taklimat teknikal, demonstrasi dan praktikal di dalam makmal. Portfolio saintifik diketuai oleh Dr.Ahmad Aizat Abdul Aziz.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut kami rakamkan kepada pihak industri yang telah memberikan sokongan dan sumbangan melalui penajaan bagi menjayakan program ini. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama Persatuan Genetik Manusia Malaysia Malaysian Society of Human Genetics. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan telah banyak menyumbang kepada kelancaran serta kejayaan program ini.

28/08/2026
29 Ogos 2026 :: Majlis Pelancaran Pengumpulan Data Penyelidikan MyGenom Fasa 2 :: Jabatan Genetik Perubatan dan Jabatan ...
27/08/2026

29 Ogos 2026 :: Majlis Pelancaran Pengumpulan Data Penyelidikan MyGenom Fasa 2 :: Jabatan Genetik Perubatan dan Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM bersama-sama terlibat dalam projek MyGenom Fasa 2 bagi mendapatkan sampel darah bagi rakyat Kelantan. Projek MyGenom dijalankan dengan kolaborasi strategik oleh pihak KKM dan MOSTI. Fasa 2 ini seterusnya melibatkan jalinan kerjasama dengan pihak IPTA💪🫰




24/08/2026
Cytogenetic testing can help identify chromosome abnormalities that may contribute to recurrent abortion, providing valu...
20/08/2026

Cytogenetic testing can help identify chromosome abnormalities that may contribute to recurrent abortion, providing valuable information to guide further evaluation and reproductive planning

DARI USM KE NEWCASTLE: PELAJAR PhD TERPILIH MENYERTAI ESHG OBSERVERSHIP PROGRAMME 2026🎉💪👍Tahniah diucapkan kepada Amin A...
14/08/2026

DARI USM KE NEWCASTLE: PELAJAR PhD TERPILIH MENYERTAI ESHG OBSERVERSHIP PROGRAMME 2026🎉💪👍

Tahniah diucapkan kepada Amin Abdurrahman bin Abdul Rashid, pelajar Doktor Falsafah di Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, atas kejayaan terpilih menerima tajaan sebanyak €2000 daripada European Society of Human Genetics (ESHG) melalui ESHG Observership for Young Geneticists Programme bagi tahun 2026.

Program ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan dan pembangunan profesional yang berprestij oleh ESHG, yang menyediakan sokongan kewangan kepada penyelidik muda dan pelajar pascasiswazah terpilih untuk menjalani sangkutan klinikal atau penyelidikan di institusi genetik manusia terkemuka di Eropah. Bagi tahun 2026, seramai 5 orang penyelidik muda atau pelajar pascasiswazah telah dipilih untuk mengikuti program ini selama empat minggu.

Menerusi program tersebut, beliau telah selesai menjalani sangkutan penyelidikan di Newcastle University, United Kingdom, di bawah seliaan Prof. James M. Allan di Clinical and Translational Research Centre dan juga The Wolfson Childhood Cancer Research Centre pada 8 Jun hingga 3 Julai 2026. Sepanjang tempoh sangkutan, beliau telah memperoleh pendedahan secara langsung kepada pelbagai pendekatan penyelidikan moden dalam bidang bioperubatan dan genetik kanser, termasuk pengkulturan sel kanser, kajian sinergi ubat, teknologi CRISPR, serta analisis data Next Generation Sequencing (NGS) bagi penjujukan DNA dan RNA.

Peluang menjalani latihan dan sangkutan penyelidikan di institusi antarabangsa bertaraf dunia ini merupakan pengalaman yang amat bernilai dalam memperkukuh kompetensi saintifik, kemahiran teknikal serta jaringan kolaborasi antarabangsa seorang penyelidik muda. Pendedahan sedemikian juga berperanan penting dalam memperluas perspektif penyelidikan, memperkenalkan pendekatan dan teknologi terkini, serta membina kapasiti penyelidik pascasiswazah Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat global.

Diharapkan pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang sangkutan ini dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh penyelidikan dalam bidang genetik dan kanser, di samping menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi serta berpotensi menyumbang kepada kemajuan penyelidikan kanser di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada PPSP atas sokongan dan peruntukan yang diberikan bagi menampung bayaran bench fee sepanjang tempoh sangkutan penyelidikan di Newcastle University. Sokongan institusi seperti ini amat penting dalam menyediakan peluang mobiliti akademik dan penyelidikan antarabangsa kepada pelajar pascasiswazah.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Penyelia Utama, Prof. Madya Dr. Sarina Sulong, yang juga merupakan alumna Newcastle University, atas bimbingan, sokongan dan galakan berterusan dalam pembangunan akademik serta penyelidikan beliau.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar pascasiswazah USM untuk merebut peluang mobiliti dan pembangunan profesional di peringkat antarabangsa, seterusnya membawa pulang ilmu, kepakaran dan jaringan kolaborasi yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan negara.



Warga Pusat Genom Manusia (PGM) yang terdiri daripada pensyarah, pegawai sains, pegawai penyelidik, juruteknologi makmal...
01/08/2026

Warga Pusat Genom Manusia (PGM) yang terdiri daripada pensyarah, pegawai sains, pegawai penyelidik, juruteknologi makmal perubatan (JTMP) serta pelajar Sarjana Patologi (Genetik Perubatan) telah menyertai Program Bakti Siswa 2.0 yang berlangsung di Kampung Sungai Rual, Jeli pada 1 Ogos 2026 dan program ini telah dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani, Kampus Kesihatan, USM. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jeli dan melibatkan penyertaan masyarakat Orang Asli daripada pelbagai peringkat umur.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan di reruai PGM, antaranya aktiviti mewarna bertemakan genetik, pengenalan kepada kromosom dan DNA, konsep sifat pewarisan, serta pendedahan mengenai ciri-ciri penyakit genetik. Reruai ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Orang Asli setempat yang menunjukkan minat dan penglibatan aktif sepanjang aktiviti dijalankan.



06/05/2026

Keputusan Pertandingan Menulis Esei & Mencipta Infografik sempena Hari DNA Sedunia 2026

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan (gambar). Pihak Persatuan Genetik Manusia Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang.

Kepada semua peserta seramai 295 orang, anda juga adalah pemenang kerana berani melangkah ke hadapan dan menyertai pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada semua!

Sehubungan itu, e-sijil akan diemelkan kepada para pemenang dan juga semua peserta dalam masa terdekat. Selain itu, hadiah wang tunai kepada para pemenang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.

Pihak persatuan juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan para peserta atas kerjasama yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh Malaysia sangat bermakna buat kami, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan penganjuran kali pertama.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan kepada barisan urusetia yang telah bertungkus-lumus menyelaras program ini. Selain itu, pihak kami juga ingin menyatakan penghargaan tidak terhingga kepada para juri yang profesional dalam menilai setiap penyertaan. Di sebalik kesibukan tugas hakiki, komitmen anda semua amat kami hargai. Terima kasih. Anda merupakan antara wira Hari DNA Sedunia 2026.

Akhir kata, semoga usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan kesedaran tentang genetik dan kesihatan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jumpa lagi pada tahun hadapan.

Teruskan minat anda dalam bidang sains dan genetik kerana masa depan bermula dengan langkah kecil hari ini.

Prof. Madya Ts Dr Azlina Ahmad
Ketua projek
Pertandingan Menulis Esei & Mencipta Infografik sempena Hari DNA Sedunia 2026

Anjuran Persatuan Genetik Manusia Malaysia (Malaysian Society of Human Genetics)

Dengan kerjasama Kluster Penyelidikan Genomic & Life Sciences, PPSP, USM dan Human Genome Centre, USM

Address

Department Of Medical Genetics, School Of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Health Campus
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097676796

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Human Genome Centre, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Human Genome Centre, USM:

Shortcuts

Share