School of Dental Sciences, USM Health Campus

Call Directions Website Contact the university

School of Dental Sciences, USM Health Campus School of Dental Sciences, Universiti Sains Malaysia was established in 1998 in the North Eastern part of Peninsular Malaysia within the USM Health Campus.

USM PERKASA KESIHATAN MULUT KOMUNITI BERKEPERLUAN KHAS DI FELDA CHIKU 3, GUA MUSANG GUA MUSANG, 26 September 2026 - Pusa...
28/09/2026

USM PERKASA KESIHATAN MULUT KOMUNITI BERKEPERLUAN KHAS DI FELDA CHIKU 3, GUA MUSANG

GUA MUSANG, 26 September 2026 - Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Program Pemerkasaan Kesihatan Mulut dan Keberkesanan Sapuan Silver Diamine Fluoride (SDF) di Felda Chiku 3, Gua Musang, khusus untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan komuniti berkeperluan khas.

Program yang dibiayai menerusi Dana KPT Prihatin Madani HPUSM ini turut mendapat sokongan rakan strategik industri, Klinik Rosdan & Hafidzah, melalui sumbangan hamper bagi memeriahkan aktiviti program.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Che Ab Kadir bin Che Abdullah, Guru Besar SK Ciku 3. Program ini turut mendapat kerjasama daripada wakil guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Ciku 3 dan SMK Bandar Chiku serta barisan staf Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

Pelbagai aktiviti pendidikan dan pemeriksaan kesihatan pergigian telah dilaksanakan, antaranya ceramah Penyakit Gusi dalam Kalangan Berkeperluan Khas oleh Dr. Muna binti Muhamad dan ceramah Kebaikan Fluorida kepada Gigi Kanak-Kanak oleh Dr. Norsamsu Arni binti Samsudin, selaku Pengarah Program.

Pengisian program turut merangkumi latihan praktikal memberus gigi, pemeriksaan kesihatan pergigian percuma, sapuan rawatan SDF pada gigi kanak-kanak, forum interaktif bersama ibu bapa, pameran kesihatan serta cabutan bertuah. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta dan penjaga untuk mendapatkan maklumat serta pendedahan secara langsung tentang penjagaan kesihatan mulut dan pilihan rawatan pergigian.

Program ini menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran hampir 100 orang peserta, termasuk kira-kira 70 peserta berkeperluan khas bersama ibu bapa, 22 orang guru PPKI dan penduduk setempat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen USM dalam memperluas akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan pergigian komuniti, khususnya bagi golongan berkeperluan khas, melalui kerjasama strategik antara universiti, institusi pendidikan, komuniti dan rakan industri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dana KPT Prihatin Madani HPUSM, Klinik Rosdan & Hafidzah, pihak pentadbiran sekolah, PPDK, para peserta serta seluruh jawatankuasa dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini.

USM – Memimpin Bakat, Menginovasi Masa Hadapan..

22/09/2026
22/09/2026
📊 BIOSTATISTICS WORKSHOP & PSYCHOMETRIC PROPERTIES 2026PART 2 – SERIES 2Take your research skills to the next level! 🚀Th...
22/09/2026

📊 BIOSTATISTICS WORKSHOP & PSYCHOMETRIC PROPERTIES 2026
PART 2 – SERIES 2
Take your research skills to the next level! 🚀

This series features 3 practical sessions:

🟢 Session G – Survival Analysis: Parametric Methods
📅 14 October 2026

🔴 Session H – Structured & Unstructured Questionnaire
📅 21 October 2026

🟡 Session I – Design of Questionnaire Part II
📅 28 October 2026

🕘 9.00 am – 12.00 pm
💻 Cisco Webex

💰 Fee:
1 Session – RM70
2 Sessions – RM120
3 Sessions – RM180

🎥 Sessions will be recorded
📚 Comprehensive handouts provided
👨‍🏫 Personal tutor to guide you

🔗 REGISTER HERE:
https://forms.gle/c1MCYKLiv6KUh8Nd9

📌 Select the session(s) that match your research needs!

✨ Learn. Apply. Strengthen Your Research.

PPSG TERIMA KUNJUNGAN AUDIT BERSEPADU JK KELESTARIAN KAMPUS DAN JK KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 🌿🛡️KUBANG KERIAN, 1...
21/09/2026

PPSG TERIMA KUNJUNGAN AUDIT BERSEPADU JK KELESTARIAN KAMPUS DAN JK KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 🌿🛡️

KUBANG KERIAN, 13 September 2026 – Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan hari ini telah menjalani Sesi Audit Pejabat Hijau serta Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bermula jam 9:00 pagi.

Audit bersepadu tersebut telah dijalankan bersama oleh Jawatankuasa Kelestarian Kampus dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) universiti bagi memastikan standard kelestarian alam sekitar serta keselamatan di tempat kerja dipatuhi secara holistik.

Pemeriksaan menyeluruh oleh kedua-dua jawatankuasa berkenaan merangkumi:

* Audit Pejabat Hijau (Jawatankuasa Kelestarian Kampus): Menilai kecekapan penggunaan tenaga elektrik, inisiatif penjimatan sumber air, amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), dan sistem pengurusan sisa di ruang pejabat serta fasiliti gunasama.

* Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP): Memeriksa tahap kepatuhan SOP keselamatan di klinik pergigian, makmal, dan pejabat pentadbiran, penyediaan pelan tindakan kecemasan, kelengkapan alat pemadam api, serta aspek ergonomik ruang kerja.

Kehadiran barisan juruaudit daripada kedua-dua jawatankuasa ini disambut baik oleh kepimpinan dan warga PPSG, dengan komitmen penuh diberikan oleh staf akademik serta staf pelaksana di setiap unit yang terlibat.

Hasil penilaian audit ini menjadi pemangkin penting dalam memastikan persekitaran PPSG kekal selamat, sihat, dan mesra alam, sekali gus menyokong matlamat pembangunan mampan USM sebagai universiti perintis kelestarian.

Program Light Cure Unit Verification & Performance Check telah berjaya dilaksanakan pada 14 September 2026 bertempat di ...
21/09/2026

Program Light Cure Unit Verification & Performance Check telah berjaya dilaksanakan pada 14 September 2026 bertempat di Auditorium Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) bermula jam 2:00 petang. Program yang mendapat penajaan dan sokongan daripada pihak Solventum ini dianjurkan khas untuk mempertingkatkan kemahiran teknikal Juruterapi Pergigian, Penolong Juruterapi (Unit AVA), dan Pembantu Pembedahan Pergigian.

Fokus utama latihan ini merangkumi empat aspek penting: pemadanan tenaga output unit lampu mengikut spesifikasi komposit, pengoptimuman protokol pengeringan bagi mengelakkan kerosakan pulpa, ujian ketepatan pancaran cahaya pada jarak 0 mm dan 6 m), serta penyediaan dokumentasi dan laporan audit pengesahan keselamatan peralatan. Menerusi penganjuran ini, para peserta dapat mengemaskini pengetahuan amali demi memastikan kecekapan peralatan dan mutu rawatan pesakit sentiasa berada pada tahap yang optimum.

SAWASDEE SMILES PERKUKUH KESIHATAN ORAL KOMUNITI SIAM MELALUI PEMINDAHAN ILMU DAN INTERVENSI AWALPASIR MAS, 19 September...
20/09/2026

SAWASDEE SMILES PERKUKUH KESIHATAN ORAL KOMUNITI SIAM MELALUI PEMINDAHAN ILMU DAN INTERVENSI AWAL

PASIR MAS, 19 September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Persatuan Sains Pergigian USM, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan oral dalam kalangan komuniti Siam melalui Program Sawadee Smiles yang berlangsung di Dewan Serbaguna dan Sekolah Bahasa Thai Wat Uttamaram, Pasir Mas.

Program yang mendapat sokongan pendanaan My Starfish Foundation dan Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF) ini menggabungkan pendidikan, pencegahan dan pemindahan ilmu melalui ceramah kesihatan pergigian, Training of Trainers (ToT), demonstrasi memberus gigi, aktiviti interaktif, saringan pergigian serta pameran kesihatan.

Pendekatan ToT memberi peluang kepada guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan pendidikan kesihatan oral kepada kanak-kanak secara berterusan. Program turut menampilkan elemen kelestarian melalui Wat-Based Toothbrushing Station yang dilengkapi sinki, mural bertemakan kesihatan oral dan dispenser air, selain penyediaan modul dwibahasa Bahasa Thai dan Bahasa Melayu serta kit penjagaan oral.

Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, menggalakkan amalan penjagaan gigi secara konsisten, membantu pengesanan awal masalah pergigian serta membina kapasiti komuniti untuk meneruskan pendidikan kesihatan oral secara mampan.

Address

School Of Dental Sciences, USM Health Campus
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:10 - 16:55
Tuesday 08:10 - 16:55
Wednesday 08:10 - 16:55
Thursday 08:10 - 16:55
Sunday 08:10 - 16:55

Telephone

+6097675500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Dental Sciences, USM Health Campus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to School of Dental Sciences, USM Health Campus:

Shortcuts

Share