Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM

Call Directions Website Contact the university

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM Follow this page for new update and useful information about student's development and welfare in Health Campus USM.

MALAM ESTETIKA “GORGEOUS AND GLAMOROUS” LABUHKAN TIRAI MINGGU SISWA LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027USM Kubang Kerian, ...
27/09/2026

MALAM ESTETIKA “GORGEOUS AND GLAMOROUS” LABUHKAN TIRAI MINGGU SISWA LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027

USM Kubang Kerian, 26 September 2026 – Minggu Siswa Lestari (MSL) Sidang Akademik 2026/2027 akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang menerusi Majlis Makan Malam Penutup yang bertemakan 'Gorgeous and Glamorous'.

Suasana dewan bertukar menjadi malam yang penuh gilang-gemilang apabila barisan pelajar baharu, barisan Pemimpin Pembangunan Siswa Lestari (PPSL), serta pihak pengurusan tertinggi universiti tampil memukau dalam persalinan yang cukup anggun dan segak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Kampus, Profesor Dato’ Dr Shaiful Bahari Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr. Norhayati Luddin, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed, Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya & Antarabangsa Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Irfan Mohamad, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Pusat Perubatan Sains Perubatan, Profesor Dr. Asrenee Ab. Razak, Ketua Penolong Pendaftar BHEPA Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Mahdi, barisan pegawai universiti dan pegawai-pegawai BHEPA Kampus Kesihatan.

Antara persembahan yang ditampilkan semalam ialah tarian melayu (tarian asyik), sketsa, band, tarian borneo, Dikir Barat oleh pelajar-pelajar baharu dan persembahan PPSL. Gema sorakan serta tepukan gemuruh para penonton jelas mencerminkan kejayaan penganjuran Minggu Siswa Lestari kali ini. Acara gilang-gemilang ini bukan sahaja menoktahkan fasa suai kenal dengan memori yang terindah, malah menyuntik azam dan inspirasi baharu buat seluruh pelajar-pelajar baharu untuk memulakan perjalanan akademik yang cemerlang di Kampus Kesihatan USM.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


USM RALLY CHALLENGE DAN USM FIT: SISWA SEJAHTERA MADANI MEMACU KELESTARIAN KAMPUS MENERUSI AKTIVITI SUKANEKA DAN AEROBIK...
24/09/2026

USM RALLY CHALLENGE DAN USM FIT: SISWA SEJAHTERA MADANI MEMACU KELESTARIAN KAMPUS MENERUSI AKTIVITI SUKANEKA DAN AEROBIK

USM Kubang Kerian, 24 September 2026 – Kemeriahan Minggu Siswa Lestari (MSL) Sidang Akademik 2026/2027 hari keenam diteruskan dengan agenda kesihatan menerusi sesi fizikal yang dinamik iaitu 'USM Rally Challenge' dan 'USM FIT: Siswa Sejahtera MADANI'.

Acara dimulai dengan sesi USM Rally Challenge bertempat di Kompleks Sukan 2 yang berkonsepkan sukaneka interaktif, bertujuan untuk mengukuhkan semangat kerja berpasukan, membina daya ketahanan mental, serta memupuk kemahiran berfikir secara kritikal dalam kalangan pelajar. Persaingan sengit menyaksikan enam kontinjen berentap iaitu Enola, Watson, Holmes, Hudson, Lestrade dan James demi membuktikan kehebatan masing-masing dalam memburu gelaran juara.

Pada sesi petang, kemeriahan diteruskan lagi di Dewan Badminton, Kompleks Sukan 1 dengan aktiviti senamrobik sebagai komponen penting untuk menyuntik kecergasan fizikal dan minda para pelajar baharu.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail, Dekan Pusat Pengajian Pusat Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli bin Wan Ishak, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Puan Noor Hayati Mohammad, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Encik Khairul Ithma Mahdi dan pegawai-pegawai BHEPA.

Melalui program ini, secara tidak langsung menyokong agenda kelestarian universiti iaitu SDG 3: Kesihatan & Kesejahteraan Yang Baik menerusi penerapan gaya hidup aktif.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA



MEMACU KOMUNITI DIGITAL, SESI LITERASI AI: NOTEBOOKLM DAN PENGAKTIFAN GEMINI LENGKAPKAN HARI KELIMA MINGGU SISWA LESTARI...
24/09/2026

MEMACU KOMUNITI DIGITAL, SESI LITERASI AI: NOTEBOOKLM DAN PENGAKTIFAN GEMINI LENGKAPKAN HARI KELIMA MINGGU SISWA LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027

USM Kubang Kerian, 24 September 2026 – Penutup hari kelima semalam berakhir dengan Sesi AI Literacy: NotebookLM and Gemini Activation yang menyaksikan penglibatan aktif sebahagian pelajar-pelajar baharu dalam meneroka sempadan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Slot berimpak tinggi ini dirancang khusus bagi mendedahkan para pelajar kepada aplikasi Google Gemini dan NotebookLM sebagai alatan digital strategik untuk meningkatkan kecekapan pembelajaran, pengurusan nota, serta pembudayaan penyelidikan yang mampan. Melalui sesi praktikal ini, mahasiswa bukan sahaja diajar untuk memanfaatkan teknologi AI secara beretika, malah dibekalkan dengan kemahiran literasi digital masa hadapan bagi mendepani cabaran akademik alaf baharu di Kampus Kesihatan USM.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


PROGRAM MAHASISWA NEGARA (PMN) SUNTIK ELEMEN KENEGARAAN: MAHASISWA BAHARU LAFAZ IKRAR TAAT SETIAUSM Kubang Kerian, 23 Se...
23/09/2026

PROGRAM MAHASISWA NEGARA (PMN) SUNTIK ELEMEN KENEGARAAN: MAHASISWA BAHARU LAFAZ IKRAR TAAT SETIA

USM Kubang Kerian, 23 September 2026 – Selepas Sesi Bersama Pemimpin Negara hari ini seterusnya disusuli dengan ceramah interaktif kenegaraan yang disampaikan oleh wakil dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri.

Pengisian slot oleh agensi ini memberikan penekanan khusus terhadap penghayatan prinsip Rukun Negara, kefahaman Perlembagaan Persekutuan, serta penerapan nilai-nilai teras Malaysia MADANI. Majlis penuh bermakna itu turut diserikan dengan upacara lafaz ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh wakil pelajar baharu.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


SESI LIBAT URUS BERSAMA YAYASAN PERKASA SISWAUSM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Mahasiswa baharu Kampus Kesihatan Un...
23/09/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA YAYASAN PERKASA SISWA

USM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Mahasiswa baharu Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) semalam didedahkan dengan pelbagai kemudahan kebajikan digital menerusi program jerayawara (roadshow) MySiswaPlace yang dibawakan khas oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS), agensi dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sesi disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dalam memperkasakan agenda kebajikan, kelangsungan pendidikan, dan bantuan buat mahasiswa.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


SESI BERSAMA PEMIMPIN NEGARAUSM Kubang Kerian, 23 September 2026 – Memasuki pengisian hari kelima Minggu Siswa Lestari (...
23/09/2026

SESI BERSAMA PEMIMPIN NEGARA

USM Kubang Kerian, 23 September 2026 – Memasuki pengisian hari kelima Minggu Siswa Lestari (MSL) Sidang Akademik 2026/2027, mahasiswa baharu Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berpeluang menimba inspirasi menerusi Sesi Bersama Pemimpin Negara yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Tokoh korporat, yang juga merangkap Pro-Canselor USM tersebut berkongsi pandangan dan pengalaman luas beliau dalam bidang perkhidmatan awam, ekonomi, serta dasar antarabangsa bagi membakar semangat pelajar-pelajar baharu. Kehadiran anak watan Kelantan ini di Kampus Kesihatan USM bukan sahaja bertujuan untuk menyuntik motivasi kepimpinan, malah mencabar minda para pelajar baharu agar berfikir di luar kotak, dinamik, dan berwawasan tinggi.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


SESI TAKLIMAT BENDAHARI & LITERASI KEWANGAN USM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Seterusnya, pelajar baharu Kampus Kes...
22/09/2026

SESI TAKLIMAT BENDAHARI & LITERASI KEWANGAN

USM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Seterusnya, pelajar baharu Kampus Kesihatan USM hari ini didedahkan dengan pengurusan yuran pengajian pelajar dan pengurusan ekonomi peribadi yang bijak menerusi Sesi Taklimat Bendahari & Literasi Kewangan.

Sesi Taklimat Bendahari disampaikan oleh Puan Maslina Zukhaireen Mohd Zaharial, Ketua Cawangan, Jabatan Bendahari Kampus Kesihatan dan sesi Literasi Kewangan oleh wakil dari RHB. Ini khusus bagi mempersiapkan para pelajar dengan pemahaman struktur yuran pengajian, ilmu pengurusan aliran tunai, serta kaedah transaksi digital yang selamat sepanjang tempoh pengajian mereka.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA



SESI TAKLIMAT KELESTARIAN, KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN & GANGGUAN SEKSUALUSM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Kemeriaha...
22/09/2026

SESI TAKLIMAT KELESTARIAN, KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN & GANGGUAN SEKSUAL

USM Kubang Kerian, 22 September 2026 – Kemeriahan Minggu Siswa Lestari (MSL) Sidang Akademik 2026/2027 diteruskan lagi dengan pengisian hari keempat dengan Sesi Taklimat Kelestarian, Keselamatan, Kesejahteraan, & Gangguan Seksual.

Melalui slot kelestarian dan keselamatan, pelajar-pelajar baharu didedahkan dengan amalan gaya hidup hijau dan pelbagai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diterajui oleh USM melalui video interaktif serta panduan menjaga keselamatan fizikal dan siber yang disampaikan oleh Encik Mohd Yusof Ahamad Patani, Pegawai Keselamatan, Jabatan Keselamatan.

Seterusnya, slot kesejahteraan dan gangguan seksual oleh Profesor Madya Dr. Zaharah Sulaiman, Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan p**a memberi penekanan mengenai dasar sifar toleransi Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap sebarang bentuk salah laku dan jenayah gangguan seksual di dalam kampus.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


TAKLIMAT PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN & TAKLIMAT DAN PROMOSI KO-KURIKULUMUSM Kubang Kerian, 21 Septem...
21/09/2026

TAKLIMAT PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN & TAKLIMAT DAN PROMOSI KO-KURIKULUM

USM Kubang Kerian, 21 September 2026 – Selain pengurusan kesejahteraan diri, pelajar-pelajar baharu turut diperincikan dengan keperluan kursus bahasa wajib universiti serta penawaran bahasa asing iaitu Bahasa Arab melalui slot Taklimat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) yang disampaikan oleh Puan Nurul Adillah Ramlan, Guru Bahasa (PPBLT).

Dalam ucapan beliau, penguasaan bahasa asing perlu dipupuk dan disemai ke dalam setiap diri pelajar baharu bukan sahaja sebagai nilai tambah akademik, malah sebagai persediaan ampuh untuk mendepani cabaran globalisasi dan pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Sesi selanjutnya disusuli dengan Taklimat & Promosi Ko-Kurikulum yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Ismail Ibrahim, Timbalan Pengarah, Pusat Rancangan Kokurikulum dan Taklimat Kor-Sispa oleh Encik Khairul Ithma Mahdi, Kapten Bersekutu Pertahanan Awam.

“WE LEAD”
“KAMI MEMIMPIN”

Teks&Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA


  TAWARAN BIASISWA MAIWP 2026/2027 KINI DIBUKA!Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka permohonan Bi...
21/09/2026



TAWARAN BIASISWA MAIWP 2026/2027 KINI DIBUKA!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka permohonan Biasiswa MAIWP bagi sesi 2026/2027 kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Tempoh Permohonan:
21 September – 5 Oktober 2026

Untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan, sila imbas QR Code yang terdapat pada poster.

Address

Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, Kampus Kesihatan, Universiti Sains
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:10 - 16:55
Tuesday 08:10 - 16:55
Wednesday 08:10 - 16:55
Thursday 08:10 - 16:55
Sunday 08:10 - 16:55

Telephone

+6097671300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM:

Shortcuts

Share