Department of Orthopaedics USM / Jabatan Ortopedik USM #usmmedic

Department of Orthopaedics USM / Jabatan Ortopedik USM #usmmedic Welcome to the Department of Orthopaedics, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke ...
20/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Jabatan Ortopedik Hospital USM Network, alumni, para pesakit, pelajar-pelajar, staf-staf dan semua kenalan di muka buku ini. Semoga Syawal yang menjelang ini membawa kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf akademik, pegawai perubatan, jururawat, kakitangan sokongan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan perkhidmatan ortopedik terus diberikan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan komitmen yang tinggi kepada para pesakit.

Semoga semangat Ramadan yang telah kita lalui bersama dapat terus menyuburkan nilai keikhlasan, kesabaran dan semangat kerjasama dalam kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan jabatan serta kesejahteraan masyarakat.

Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang.

Salam Aidilfitri.

Sekian, terima kasih.

PROF. DR. TENGKU MUZAFFAR BIN TENGKU MOHAMED SHIHABUDIN
Ketua Jabatan Ortopedik
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Address

Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097676398

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Orthopaedics USM / Jabatan Ortopedik USM #usmmedic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Department of Orthopaedics USM / Jabatan Ortopedik USM #usmmedic:

Shortcuts

Share