31/08/2026
SEKITAR PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK (MCS) SIRI 4 TAHUN 2026 🌿✨
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak atau Mobile Community Services (MCS) Siri 4 Tahun 2026 Perbendaharaan Malaysia Sarawak yang berlangsung di Dataran Kubu Emma, Kanowit.
Melalui program ini, Kami berpeluang mendekati komuniti setempat dengan berkongsi maklumat mengenai pendidikan dan latihan kemahiran kraf yang ditawarkan oleh Institut Kraf Negara (IKN). Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif kraf serta mengenali dengan lebih dekat warisan seni kraf tempatan.
Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan warisan kraf serta membuka peluang kepada generasi muda untuk meneroka bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya.
MobileCommunityServices MCS2026 PerbendaharaanMalaysiaSarawak Kanowit WarisanKraf TVETMalaysia KemahiranUntukMasaDepan 🧵✨