University Industry Centre - UNIC Unimas

University Industry Centre - UNIC Unimas The University Industry Centre, also known as UnIC is located at Level 1,
Bangunan Hal Ehwal Pelajar, University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

25/08/2026
๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ“,๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ’ ๐›๐š๐ค๐š๐ฅ ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’, ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐š๐ง๐๐š.Di UNIMAS, anda akan menimba ilmu, menerok...
25/08/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ“,๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ’ ๐›๐š๐ค๐š๐ฅ ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’, ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐š๐ง๐๐š.

Di UNIMAS, anda akan menimba ilmu, meneroka pengalaman baharu, mengembangkan potensi diri dan membina persahabatan yang akan menjadi sebahagian daripada perjalanan anda sebagai mahasiswa.

Ambillah peluang ini untuk melangkah lebih jauh, mencuba perkara baharu dan membina masa depan bersama kami.

Kenali UNIMAS dengan lebih dekat, ketahui program pengajian dan terokai kehidupan kampus di www.unimas.my

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐‹๐Œ๐”, ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ข๐ฉ๐ญ๐š ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026Pusat Industri Universiti (UnIC) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluru...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026

Pusat Industri Universiti (UnIC) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga UNIMAS dan umat Islam.

Semoga kita terus meneladani akhlak mulia dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ





Mohd Hasnain Hussain
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Pejabat PNC - Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Unimas

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–คSemoga sambutan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat perpaduan, mengharg...
22/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat perpaduan, menghargai warisan negeri serta mempererat kerjasama antara institusi, industri dan komuniti dalam merealisasikan pembangunan Sarawak yang mampan, inovatif dan sejahtera.

Bersama kita melangkah ke hadapan demi Sarawak yang lebih gemilang.

Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai

Mohd Hasnain Hussain
Nigel Sunny
Pejabat PNC - Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Unimas
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

UNIMAS Perkukuh Hubungan Strategik Menerusi Kunjungan Hormat ke Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam di SarawakUniv...
21/07/2026

UNIMAS Perkukuh Hubungan Strategik Menerusi Kunjungan Hormat ke Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam di Sarawak

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), melalui Pusat Industri Universiti (UnIC), telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam di Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi, pembangunan modal insan dan jaringan antarabangsa.

Delegasi UNIMAS telah diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian), Prof. Madya Ts. Dr. Noraziah Abdul Wahab bersama **Pengarah Pusat Industri Universiti (UnIC), Profesor Dr. Mohd Hasnain Md Hussain.

Dalam kunjungan tersebut, delegasi UNIMAS telah berbesar hati mengadakan pertemuan bersama Yang Mulia Tuan Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Haji Abdul Gani, Konsul Jeneral Negara Brunei Darussalam di Sarawak. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan profesional ini menjadi wadah bagi bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuh jaringan akademik, penyelidikan, inovasi, pembangunan industri dan pembangunan modal insan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan UNIMAS dalam memperluas jaringan kerjasama di peringkat serantau, selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasakan pengantarabangsaan, memperkukuh hubungan diplomatik institusi, serta memupuk kolaborasi yang berimpak tinggi demi manfaat bersama.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi di rantau ini.




#๐›๐ซ๐ฎ๐ง๐ž๐ข๐๐š๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ

Pejabat PNC - Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Unimas
Mohd Hasnain Hussain
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Kunjungan Industri UNIMAS ke SEDC: Memperkukuh Kerjasama Strategik Universitiโ€“IndustriUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMA...
21/07/2026

Kunjungan Industri UNIMAS ke SEDC: Memperkukuh Kerjasama Strategik Universitiโ€“Industri

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Pusat Industri Universiti (UnIC) telah mengadakan kunjungan industri ke Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan industri serta perkongsian kepakaran yang mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Delegasi UNIMAS telah diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian), Prof. Madya Ts. Dr. Noraziah Binti Abdul Wahab, bersama Pengarah Pusat Industri Universiti (UnIC), Profesor Dr. Mohd Hasnain bin Md. Hussain.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan industri, sekali gus membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang menyokong pembangunan sosioekonomi, inovasi serta pembangunan modal insan di Sarawak.





Pejabat PNC - Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Unimas
Mohd Hasnain Hussain
SEDC Sarawak
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

03/07/2026
29/06/2026

๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ | ๐”๐‘๐ˆ๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ•

INVESTIBLE INNOVATION DIALOGUE: ACCELERATING INDUSTRY-UNIVERSITY PARTNERSHIPS A PRE EVENT PATHWAY TO URIIS 2026 SERIES 7...
26/06/2026

INVESTIBLE INNOVATION DIALOGUE: ACCELERATING INDUSTRY-UNIVERSITY PARTNERSHIPS
A PRE EVENT PATHWAY TO URIIS 2026 SERIES 7

Sesi Dialog URIIS 2026 Siri 7 telah dianjurkan di Dewan Tan Sri Aziz, Kampus Utama iCATS pada 24 Jun 2026 dengan kehadiran delegasi-delegasi yang mewakili pelbagai syarikat dan institusi pengajian tinggi. Inisiatif berimpak tinggi ini diterajui bersama oleh KPT, UPM, UNIMAS dan i-CATS dengan kerjasama UMS. Program yang menyasarkan pengukuhan ekosistem akademia-industri ini turut mendapat sokongan penuh daripada RECODA, Yayasan Sarawak dan SDEC sebagai rakan strategik.

โ€‹Turut hadir menyertai program ini adalah Yang Berbahagia Prof. Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor i-CATS dan Yang Berusaha Prof. Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS. Bagi menyokong kelancaran wacana strategik ini, pelbagai sesi perkongsian maklumat dan pertukaran idea mengenai peluang kolaborasi turut dijalankan bersama para delegasi yang terlibat.
โ€‹
Tumpuan program dihalakan kepada pelaksanaan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) secara tertutup bagi menyelaras keperluan dan merapatkan jurang antara pemain industri dan universiti. Sesi perbincangan strategik ini dikendalikan secara bersasar mengikut kluster-kluster industri yang berpotensi tinggi bagi merangka resolusi yang komprehensif serta memacu prospek pengkomersialan dan teknologi pada masa hadapan.





Mohd Hasnain Hussain
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Pejabat PNC - Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Unimas
Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT
ICATS University College
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Faculty of Cognitive Sciences & Human Development, UNIMAS
Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official)
Faculty of Education, Language & Communication
Faculty of Social Sciences and Humanities,UNIMAS
Faculty of Applied & Creative Arts (FACA) UNIMAS
Faculty of Resource Science and Technology
Faculty of Built Environment, Universiti Malaysia Sarawak
FCSIT Unimas
FEB. Faculty of Economics and Business Universiti Malaysia Sarawak
Faculty of Medicine and Health Sciences Unimas

Address

Pusat Industri Universiti, Universiti Malaysia
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082581814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Industry Centre - UNIC Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to University Industry Centre - UNIC Unimas:

Shortcuts

Share