02/07/2025
Di luar arena latihan, Denny turut dijemput untuk memberikan ceramah motivasi di politeknik,IPTS IPTS & sekolah, dan program pembangunan belia.
Beliau menekankan bahawa niat ialah asas paling penting. Jika seseorang memulakan sesuatu kerana minat yang tulus dan mahu memberi manfaat kepada orang lain, usaha itu pasti membuahkan hasil.
Dalam kerjayanya sekarang, Denny turut menjadi wakil kepada jenama-jenama papan selaju tempatan dan antarabangsa, selain mempromosikan aktiviti komuniti melalui kolaborasi bersama pelbagai agensi dan pihak swasta.
Antara impian besarnya ialah membangunkan sebuah pusat latihan komprehensif yang menggabungkan taman papan selaju, kedai peralatan, bilik pameran dan ruang komuniti.
Beliau mahu mewujudkan sebuah lokasi sehenti yang membolehkan pelatih berlatih dengan selamat, manakala ibu bapa p**a selesa menunggu dan memerhati perkembangan anak mereka.
Bagi Denny, pendidikan dan perkembangan bakat harus berjalan seiring, bukan sekadar membina kemahiran fi zikal, tetapi juga menanam nilai hidup dan matlamat masa depan.
Nasihat beliau kepada anak muda cukup jelas dan ringkas, iaitu agar mereka tidak takut mencuba, tidak malu bertanya, dan tidak melakukan sesuatu hanya kerana ingin menjadi pop**ar.
Sebaliknya, lakukan kerana minat yang ikhlas dan kesungguhan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dengan kemunculan papan selaju sebagai sukan rasmi dalam temasya Sukan SEA dan juga Sukan Olimpik, Denny melihat masa depan yang lebih cerah untuk generasi baharu.
Beliau berharap lebih ramai bakat muda Sarawak diberi perhatian dan sokongan agar mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus menjadikan papan selaju bukan sekadar hobi, tetapi juga kerjaya dan gaya hidup yang bermanfaat.