Kolej Komuniti Santubong

Kolej Komuniti Santubong Kolej Komuniti Santubong
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi

S๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!Selamat berjuang kepada tiga orang pelajar Kolej Komuniti Santubong yang sedang me...
17/08/2026

S๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

Selamat berjuang kepada tiga orang pelajar Kolej Komuniti Santubong yang sedang mewakili Sarawak di pentas SUKMA Selangor 2026:

โšฝ๏ธ Muhammad Irsyad bin Mohamad Nizam
Sukan Futsal

๐Ÿƒ Kevin Sze Gee Xhian
Sukan Olahraga

๐Ÿƒ Yusry bin Muhammad Saifullah
Sukan Olahraga

Semoga setiap usaha, keringat dan semangat juang yang dicurahkan membuahkan hasil yang terbaik.

Kami di Kolej Komuniti Santubong sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan kalian. Teruskan berjuang dan berikan yang terbaik untuk Sarawak!

Ikhlas daripada:
En Abdullah Latep bin Mustapha
Pengarah

Serta seluruh warga Kolej Komuniti Santubong

Selamat maju jaya kepada tiga pelajar Kolej Komuniti Santubong yang terpilih mewakili Kontinjen Sarawak ke SUKMA XXII Se...
13/08/2026

Selamat maju jaya kepada tiga pelajar Kolej Komuniti Santubong yang terpilih mewakili Kontinjen Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026:

1. Muhammad Irsyad bin Mohamad Nizam โ€“ Sukan Futsal
2. Kevin Sze Gee Xhian โ€“ Sukan Olahraga
3. Yusry bin Muhammad Saifullah โ€“ Sukan Olahraga

Semoga kalian dan semua atlet dikurniakan kesihatan yang baik, semangat juang yang tinggi dan kejayaan sepanjang kejohanan.

Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 10-11 Ogos 2026 | The Waterfront Hotel, Kuching.Tahniah kepada d...
11/08/2026

Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026

10-11 Ogos 2026 | The Waterfront Hotel, Kuching.

Tahniah kepada dua pasukan Kolej Komuniti Santubong yang telah menyertai Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Kedua-dua pasukan telah berjaya memenangi tempat saguhati, masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.00 bersama sijil pengiktirafan dan buku.

Kumpulan 1

1. Christina Bandung anak Franky (Ketua)
2. Terry Handry Kelau anak Gerry
3. Mohamad Nuraiman bin Mohamad Amran
4. Mohamad Khalif Saifullah bin Hati

Kumpulan 2

5. Mohamad Affil Qishzwandy bin Jefry (Ketua)
6. Harry Chaung anak Juli
7. Muhammad Amirul Hakimi bin Ismail
8. Nurfaizah binti Ariffin Hadi

Terima kasih diucapkan kepada Puan Alinda anak Minsion dan Encik Khalid bin Sepawi selaku pensyarah pembimbing dan pegawai pengiring yang telah membimbing serta mengiringi para peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Syabas kepada semua peserta atas usaha, komitmen, semangat juang dan keberanian yang telah ditunjukkan. Semoga pengalaman dan kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.

08/08/2026
๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—™๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—กSehubungan dengan penularan maklumat yang mengaitkan nama Kolej Komuniti Santubo...
02/08/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—™๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก

Sehubungan dengan penularan maklumat yang mengaitkan nama Kolej Komuniti Santubong dengan urusan tender oleh individu yang tidak dikenali, pihak Kolej Komuniti Santubong ingin membuat penjelasan seperti berikut:

1. Kolej Komuniti Santubong tidak mempunyai mana-mana staf yang bernama Helmi Irwansyah.

2. Kolej Komuniti Santubong tidak pernah mempelawa mana-mana syarikat untuk menyertai sebarang urusan tender atau mengeluarkan sebarang jemputan berkaitan tender atas nama kolej ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan terus dengan pihak Kolej Komuniti Santubong sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej atau dokumen yang meragukan menggunakan nama kolej.

Pihak kolej memandang serius perkara ini dan laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Kolej Komuniti Santubong
2 Ogos 2026

Rabu | 29 Julai 2026 ๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi SolarGuard AI: Smart...
02/08/2026

Rabu | 29 Julai 2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi SolarGuard AI: Smart Off-Grid Solar Monitoring System daripada Kolej Komuniti Santubong atas kejayaan merangkul Tempat Pertama Kategori Pelajar serta Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2026 (PERISA โ€˜26โ€™) yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula 27 hingga 29 Julai 2026 di Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Lebih membanggakan, inovasi ini turut berjaya dipilih sebagai salah satu daripada 20 projek inovasi terbaik daripada keseluruhan 41 projek yang dipertandingkan, sekali gus membuktikan kecemerlangan dan kualiti inovasi yang dihasilkan oleh pasukan Kolej Komuniti Santubong.

Ahli kumpulan inovasi SolarGuard AI: Smart Off-Grid Solar Monitoring System terdiri daripada:

1. Ts. Mohd Huzaifah bin Abdullah โ€“ Ketua Kumpulan
2. Charlsent anak Geli โ€“ Ahli 1
3. Shahrizal bin Jumat โ€“ Ahli 2
4. Putera Hazriq bin Muhamad Hamadi โ€“ Ahli 3

SolarGuard AI: Smart Off-Grid Solar Monitoring System dibangunkan bagi memudahkan pemantauan sistem solar luar grid secara berterusan, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet atau rangkaian selular. Dengan menggabungkan teknologi LoRa IoT dan Kecerdasan Buatan (AI), sistem ini membolehkan prestasi panel solar dipantau dari jauh serta memberikan amaran awal sekiranya berlaku ketidaknormalan pada sistem.

Melalui inovasi ini, proses pemantauan menjadi lebih mudah, cekap dan sistematik, sekali gus membantu mengurangkan keperluan pemeriksaan secara manual, menjimatkan masa serta kos penyelenggaraan, di samping meningkatkan kebolehpercayaan sistem tenaga solar.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Komuniti Santubong untuk terus memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi, seterusnya melahirkan lebih banyak hasil inovasi berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat, industri dan negara.

Ikhlas daripada,
Encik Abdullah Latep bin Mustapha
Pengarah
dan Seluruh Warga Kerja Kolej Komuniti Santubong








๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—— ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—”๐— ๐—”๐—— ๐—ก๐—œ๐—ญ๐—”๐— !Seluruh warga Kolej Komuniti Santubong merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahni...
31/07/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—— ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—”๐— ๐—”๐—— ๐—ก๐—œ๐—ญ๐—”๐— !

Seluruh warga Kolej Komuniti Santubong merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

Muhammad Irsyad bin Mohamad Nizam, Pelajar Kolej Komuniti Santubong kerana telah dipilih untuk mewakili Pasukan Futsal SUKMA Sarawak bagi menyertai Malaysia Premier Futsal League 2026.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap bakat, disiplin dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang penglibatan beliau dalam arena futsal. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Sarawak dan Kolej Komuniti Santubong di persada sukan kebangsaan.

Seluruh warga kolej mendoakan agar Muhammad Irsyad sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam setiap perlawanan.

30/07/2026

๐ŸŽ“ Tahniah kepada 5,371 Graduan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Utara Tahun 2026! โœจ

Semoga kejayaan yang diraih hari ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang sebagai graduan TVET yang berilmu, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.






27 Julai 2026 | Isnin๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada: โ€ข Ts. Azreen bin Jafaar โ€ข ...
28/07/2026

27 Julai 2026 | Isnin

๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada:

โ€ข Ts. Azreen bin Jafaar
โ€ข Ts. Marini binti Serojai
โ€ข En. Khalid bin Sepawi

yang telah berjaya dalam pemangkuan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH13 (M) dan DH10 (M).

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Diharapkan pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Komuniti Santubong untuk terus memberikan komitmen terbaik dalam memperkukuh kecemerlangan institusi.

Ikhlas daripada:
En. Abdullah Latep bin Mustapha
Pengarah serta warga kerja
Kolej Komuniti Santubong

Address

Kolej Komuniti Santubong, Sublot 37-40, Blok B, Demak Laut Commercial Centre, Jalan Bako, Kuching Tel : 082 432691 Fax : 082 432684
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082432691

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Santubong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share