Kolej Komuniti Kuching

Kolej Komuniti Kuching Laman Facebook Rasmi Kolej Komuniti Kuching, Kementerian Pendidikan Tinggi Menawarkan kursus Sijil Teknologi Senibina dan Sijil Fesyen dan Pakaian.
(1)

Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Penafian:
KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman facebook Kolej Komuniti Kuching ini. Instagram : https://www.instagram.com/kolejkomunitikuching

Twitter : https://twitter.com/kkkuching

Tiktok : tiktok.com/

Jalur Gemilang Berkibar, Semangat Patriotisme Membara di KKKG!KUCHING, 20 Ogos 2026 – Semangat patriotisme terus disemar...
21/08/2026

Jalur Gemilang Berkibar, Semangat Patriotisme Membara di KKKG!

KUCHING, 20 Ogos 2026 – Semangat patriotisme terus disemarakkan dalam Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kolej Komuniti Kuching yang berlangsung meriah di Dewan Serbaguna, Kolej Komuniti Kuching.

Pelbagai pengisian menarik diadakan bagi menyemarakkan sambutan, antaranya Kuiz Kenegaraan, nyanyian lagu-lagu patriotik termasuk lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, “Aku Berjanji”, serta aktiviti 'Brisk Walk' Merdeka.

Suasana semakin meriah apabila warga Kolej Komuniti Kuching menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Ibu Pertiwi sebagai tanda cinta kepada tanah air.

Kemuncak sambutan adalah apabila warga kolej bersama-sama menyaksikan siaran langsung Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan POLYCC 2026 di Politeknik Premier Port Dickson, yang disempurnakan oleh YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi perlu diisi dengan ilmu, kemahiran, integriti dan khidmat bakti kepada negara.

Bagi warga POLYCC, semangat kemerdekaan diterjemahkan melalui kesungguhan pelajar menimba ilmu dan menguasai kemahiran, amanah warga pendidik dalam mendidik serta integriti setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab.

Selari dengan tema HKHM 2026 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, POLYCC terus memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan dan kemahiran kepada anak-anak Malaysia, membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat serta melahirkan graduan TVET unggul yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Kemerdekaan bukan hanya tentang sejarah yang kita kenang, tetapi tentang masa depan yang kita bina bersama.









(HEBAHAN SEGERA)PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN AKIBAT JEREBU
20/08/2026

(HEBAHAN SEGERA)

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN AKIBAT JEREBU

🌟 PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026 KURSUS ASAS CANVA DAN AI INTERAKTIF 📅 20 Ogos 2026 (Khamis)⏰ 7.30 pagi – 4.30 p...
20/08/2026

🌟 PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026

KURSUS ASAS CANVA DAN AI INTERAKTIF

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 7.30 pagi – 4.30 petang
📍 Makmal Bahasa, Kolej Komuniti Kuching

👥 15 Peserta | Madrasah Darul Ulom

Tenaga Pengajar: Puan Nurul Hidayah binti Yussof
Pembantu Pengajar: Puan Elfy Fariza binti Sharkawi
Penyelaras: Puan Gracienthy anak Goen

Urusetia:
Puan Nur Shahmira binti Mat Shah
Puan Francisca Chong Siew Ching

20/08/2026
20/08/2026

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada 10 calon 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 yang telah berjaya menghantar pencalonan bagi Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pencalonan ini membawa bersama aspirasi dan semangat 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, malah berani memimpin, mencipta impak dan menyumbang kepada komuniti.

Inilah semangat 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 — melahirkan mahasiswa holistik yang menyerlah melalui bakat, kepimpinan, daya usaha, kesukarelawanan, inovasi dan nilai kemanusiaan.

Teruskan melangkah dengan yakin dan bawa nama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) ke pentas yang lebih tinggi.

𝗕𝗲 𝗮 𝗦𝗧𝗔𝗥. 𝗟𝗲𝗮𝗱. 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲. 𝗜𝗺𝗽𝗮𝗰𝘁.

”Humanity Fosters Community”
Kemanusiaan Memupuk Komuniti

Semoga kejayaan mengiringi perjalanan anda dalam Anugerah Tokoh Siswa Negara.

POLYCC bangga dengan anda!







20/08/2026

🎓 SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA POLITEKNIK SESI AKADEMIK 2026/2027

Impian untuk melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Politeknik semakin hampir! 🎉

📌 Semakan Permohonan
🗓️ Jumaat, 21 Ogos 2026
⏰ Mulai 5.00 petang

📌 Setuju Terima & Cetakan Surat Tawaran
🗓️ 21 – 28 Ogos 2026

📌 Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu
🗓️ Isnin, 21 September 2026

✨ Buat semakan keputusan anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga POLYCC!

🚀 POLITEKNIK — PILIHAN PASTI UNTUK MASA DEPAN ANDA!

20/08/2026
20/08/2026
20/08/2026

Address

Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Kuching:

Shortcuts

Share