10/10/2026
UNIMASโAFFIN BANK PERKASA KESEDARAN KEWANGAN DAN PENCEGAHAN PENIPUAN DALAM KALANGAN MAHASISWA
KOTA SAMARAHAN, 10 Oktober 2026 - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama AFFIN BANK telah menganjurkan Scam Prevention Workshop, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan meningkatkan tahap literasi kewangan serta kesedaran terhadap ancaman penipuan dalam kalangan mahasiswa.
Program yang berlangsung di Dewan Kristal, Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UNIMAS ini telah menghimpunkan kira-kira 141 orang peserta, terdiri daripada 111 mahasiswa UNIMAS dan 30 wakil pengurusan AFFIN BANK.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Al Khalid bin Hj Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UNIMAS. Turut hadir bersama adalah Pengarah Pusat Khidmat Pelajar Tuan Hj Zambari bin Hj Baijuri dan wakil dari Pusat Pembangunan Pelajar. Program diteruskan dengan sesi Financial Literacy Talk yang disampaikan oleh Mr. Ting Kee Suen, diikuti sesi Scam Awareness Talk yang memberi pendedahan tentang ancaman penipuan, taktik yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa scam.
Penganjuran program ini mencerminkan kepentingan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor korporat dalam membentuk mahasiswa yang celik kewangan, berwaspada terhadap risiko penipuan dan bijak membuat keputusan kewangan. UNIMAS merakamkan penghargaan kepada AFFIN BANK atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan inisiatif CSR ini.
Ingat, fikir sebelum klik, semak sebelum percaya, dan lindungi maklumat peribadi anda!
Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS