21/08/2026
ππππππππππ πππ ππππππππ πππππππ ππππ πππππ πππππππππ πππππππππ πππππ πππππππππππ ππππ ππ-ππ πππππππππ ππππππππππ πππππ πππππ²πΎ
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila Encik Khalid Husseine bin Tuah, Pensyarah Utama, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), dinobatkan sebagai Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Kali ke 40 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, yang berlangsung di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Mewakili negeri Sarawak, beliau tampil dengan deklamasi puisi βSiulan Bayu Damai di Lembah Sejahteraβ, karya Akmal Aizat Abdul Aziz, sekali gus menewaskan 16 peserta lain yang terdiri daripada wakil negeri-negeri seluruh Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kemenangan tersebut membolehkan beliau membawa p**ang Piala Pusingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, selain hadiah wang tunai RM5,000, trofi, watikah penghargaan serta hadiah iringan dengan jumlah terkumpul hampir RM10,000.
SDPK merupakan antara pentas deklamasi puisi patriotik berprestij di negara ini dan telah dianjurkan secara tahunan sejak 1987 sebagai wadah menyemarakkan semangat patriotisme melalui keindahan dan kekuatan seni puisi.
Bagi edisi ke-40, Sarawak dipilih sebagai gelanggang utama pertandingan menerusi kerjasama strategik Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PERKASA) dan Majlis Seni Sarawak (MSS).
Lebih membanggakan, kejayaan ini melengkapkan perjalanan panjang Encik Khalid Husseine di pentas SDPK Peringkat Kebangsaan. Beliau pernah meraih Tempat Ketiga pada tahun 2021, sebelum muncul Naib Johan pada tahun 2023, dan akhirnya menoktahkan perjalanan pertandingan itu dengan gelaran Johan Kebangsaan pada tahun 2026.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Sarawak, malah turut mengangkat nama Politeknik Kuching Sarawak di pentas kebangsaan serta membuktikan bahawa warga Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) mampu menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik dan TVET, tetapi juga dalam bidang bahasa, seni dan kesusasteraan.
Seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Khalid Husseine bin Tuah atas pencapaian gemilang ini.
Dari Bumi Kenyalang, puisi dilantunkan.
Di pentas kebangsaan, Sang Juara dinobatkan.
Tahniah, Sang Juara! ππ²πΎ
Kredit Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka