Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching SM Vokasional Kuching mulai di tubuhkan pada tahun 1969 dengan menawarkan 3 kursus utama iaitu Elektrik, Automotif & Binaan Bangunan.

Kolej Vokasional Kuching menawarkan 8 program pengajian iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Pada tahun 1997, SM Vokasional KUching telah di naik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuching dengan menawarkan kursus aliran Kejuruteraan, Vokasioanal dan Kemahiran. Se

laras dengan transformasi pendidikan vokasional, mulai Januari 2012, SM Vokasional Kuching telah dipilih antara 15 buah sekolah vokasional seluruh Malaysia menjadi Sekolah Rintis bagi Kolej Vokasional KPM. Kini, Kolej Vokasional Kuching menawarkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

Kolej Vokasional Kuching akan beroperasi semula seperti biasa mulai 24 Ogos 2026.
23/08/2026

Kolej Vokasional Kuching akan beroperasi semula seperti biasa mulai 24 Ogos 2026.

Selamat Cuti Semester buat semua pelajar SVM Semester 3/2026 Kolej Vokasional Kuching!Gunakan ruang ini untuk berehat, l...
21/08/2026

Selamat Cuti Semester buat semua pelajar SVM Semester 3/2026 Kolej Vokasional Kuching!

Gunakan ruang ini untuk berehat, luangkan masa berkualiti bersama keluarga, dan sentiasa jaga diri di mana jua anda berada. Selamat bercuti dan jumpa lagi semester depan dengan semangat baharu!

Jumpa lagi di bulan September kelak ๐Ÿ˜Š

PENUTUPAN KOLEJ VOKASIONAL DISEBABKAN MASALAH JEREBUโ—๏ธKolej Vokasional Kuching akan ditutup berikutan keadaan jerebu dan...
20/08/2026

PENUTUPAN KOLEJ VOKASIONAL DISEBABKAN MASALAH JEREBUโ—๏ธ

Kolej Vokasional Kuching akan ditutup berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap membahayakan kesihatan.

Langkah ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kolej, khususnya para pelajar.

Semoga keadaan kembali pulih dan bacaan IPU kembali ke tahap yang lebih baik.

Utamakan keselamatan dan kesihatan.
Jaga diri, jaga kesihatan.

20/08/2026

Makluman kepada semua warga kolej dan ibu bapa & penjaga.

๐Ÿฅˆ๐ŸŽฏ TAHNIAH, WIRA SUKAN KVKU! ๐ŸŽฏ๐ŸฅˆSetinggi-tinggi tahniah buat Rizki Razain, atlet SUKMA Sarawak dan pelajar Kolej Vokasion...
17/08/2026

๐Ÿฅˆ๐ŸŽฏ TAHNIAH, WIRA SUKAN KVKU! ๐ŸŽฏ๐Ÿฅˆ

Setinggi-tinggi tahniah buat Rizki Razain, atlet SUKMA Sarawak dan pelajar Kolej Vokasional Kuching yang berjaya meraih Pingat Perak dalam acara Menembak 10m Air Rifle hari ini! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

Seluruh warga KV Kuching amat bangga dengan pencapaian membanggakan ini.

Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin, fokus, ketekunan dan semangat juang yang tinggi.

Teruskan melangkah dan terbang lebih tinggi!

Syabas dan tahniah!

Kami bangga denganmu! โค๏ธ๐Ÿ–ค๐Ÿ’›

๐ŸŽ“ TAHNIAH & SYABAS, ANAK PELAJAR! ๐ŸŽ“Tahniah diucapkan kepada para pelajar KV Kuching yang telah menerima tawaran kemasuka...
17/08/2026

๐ŸŽ“ TAHNIAH & SYABAS, ANAK PELAJAR! ๐ŸŽ“

Tahniah diucapkan kepada para pelajar KV Kuching yang telah menerima tawaran kemasukan ke universiti bagi pengajian September 2026! ๐ŸŒŸ

Kejayaan ini membuktikan bahawa laluan TVET bukan pengakhiran, tetapi langkah awal menuju pendidikan yang lebih tinggi dan kerjaya masa depan. ๐Ÿ’ช

Bagi anda yang berminat dalam bidang kemahiran dan TVET, jangan ragu untuk memilih Kolej Vokasional! Dari KV, anda juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan seterusnya, mengikut bidang dan kelayakan.

TVET membuka laluan. Anda tentukan sejauh mana anda mahu melangkah! ๐Ÿš€

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan murid memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak.
17/08/2026

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan murid memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak.

๐Ÿ“š SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR SVM SEMESTER 3! โœจBuat semua pelajar SVM Semester 3 KV Kuching, hadapilah penilaian a...
16/08/2026

๐Ÿ“š SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR SVM SEMESTER 3! โœจ

Buat semua pelajar SVM Semester 3 KV Kuching, hadapilah penilaian akhir dengan tenang, yakin dan penuh semangat! ๐Ÿ’ช

Percayalah pada usaha dan persediaan yang telah dilakukan. Berikan yang terbaik, fokus dan jangan mudah mengalah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang! ๐Ÿ“โœจ

Anda sudah bersedia. Kini, buktikan kemampuan anda! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ Teruskan Perjuangan, Wira Sarawak! ๐Ÿ”ฅSeluruh warga Kolej Vokasional Kuching menitipkan doa dan sokongan buat pelajar KV...
16/08/2026

๐Ÿ”ฅ Teruskan Perjuangan, Wira Sarawak! ๐Ÿ”ฅ

Seluruh warga Kolej Vokasional Kuching menitipkan doa dan sokongan buat pelajar KV Kuching yang membawa nama Sarawak di pentas SUKMA XXI 2026!

Berjuang habis-habisan, percaya pada kemampuan, dan berikan yang terbaik!

Bawa pulang kejayaan, harumkan nama Sarawak! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†

Sarawak, Agi Idup Agi Ngelaban! โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Hardwork paid off ๐ŸŽ‰Berkat kesungguhan dan kegigihan dalam setiap latihan, Justin Jakin ak. Jo...
14/08/2026

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Hardwork paid off ๐ŸŽ‰

Berkat kesungguhan dan kegigihan dalam setiap latihan, Justin Jakin ak. Johanes Juwing berjaya mendapat Pingat Perak bersama pasukan kuartet 4x100M (Lelaki) Zon Sarawak dalam Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Kebangsaan Edisi Ke-3 2026.

Seluruh warga KV Kuching turut berbangga dengan pencapaian ini dan diharapkan lebih ramai lagi atlet KV Kuching akan terinspirasi dengan kejayaan Justin kali ini.

Syabas juga kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih yang terlibat! ๐ŸŽ‰

Address

Jalan College, Batu Lintang
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share