Majlis Perwakilan Pelajar i-Cats

Majlis Perwakilan Pelajar i-Cats We are here to listen. action. solve

HARI KEDUA ORIENTASI PELAJAR BAHARU DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA β€” KEMASUKAN OGOS 2026 (S2/26)Salam Sejahtera dan Salam...
20/08/2026

HARI KEDUA ORIENTASI PELAJAR BAHARU DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA β€” KEMASUKAN OGOS 2026 (S2/26)

Salam Sejahtera dan Salam i-CATS Maju Jaya.

Kemeriahan Minggu Orientasi diteruskan lagi dengan pengisian yang padat dan berinformasi pada Hari Kedua Program Orientasi Pelajar Baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Ogos 2026 (S2/26) di i-CATS University College.

Hari kedua difokuskan kepada siri ceramah dan taklimat khas bagi memantapkan persediaan para pelajar dari sudut kebajikan, kewangan, serta pembangunan kerjaya. Para pelajar baharu telah diberikan pendedahan terperinci menerusi Finance Briefing, Yayasan Sarawak Talk, MyNext Talk, Sports & Club Briefing, serta i-CARE Session.

Selain itu, sesi Virtual Campus Tour turut dijalankan bagi membolehkan para pelajar mengenali fasiliti kampus dengan lebih dekat, diikuti dengan latihan persediaan Pledge & Closing Ceremony Rehearsal sebagai sokongan awal menjelang majlis rasmi akan datang.

Perjalanan orientasi selama 6 hari ini masih berbaki. Pengisian esok akan diteruskan dengan Majlis Ikrar Pelajar bagi melengkapkan minggu pertama orientasi, sebelum kita menyambung minggu kedua yang penuh dengan pengisian menarik sehingga Majlis Penutupan.

Teruskan bersemangat dan selamat melangkah ke fasa seterusnya

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

ICATS University College
Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Centre for Foundation and Preparatory Studies
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC

πŸŽ“βœ¨ HARI PERTAMA ORIENTASI PELAJAR BAHARU DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA β€” KEMASUKAN OGOS 2026 (S2/26) βœ¨πŸŽ“Salam Sejahtera, ...
20/08/2026

πŸŽ“βœ¨ HARI PERTAMA ORIENTASI PELAJAR BAHARU DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA β€” KEMASUKAN OGOS 2026 (S2/26) βœ¨πŸŽ“

Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya! πŸ’™

Hari pertama Program Orientasi Pelajar Baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Ogos 2026 (S2/26) telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat di i-CATS University College! πŸŽ‰

Hari pertama ini menjadi titik permulaan buat para pelajar baharu untuk mengenali persekitaran kampus, berkenalan dengan rakan-rakan baharu serta mendapatkan pendedahan awal mengenai kehidupan sebagai mahasiswa di i-CATS.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan turut memberi peluang kepada para pelajar untuk membina keyakinan, mengeratkan hubungan sesama rakan serta mewujudkan semangat kebersamaan dalam komuniti mahasiswa. 🀝✨

Semoga permulaan ini menjadi langkah pertama yang bermakna dalam perjalanan akademik setiap pelajar, dipenuhi dengan ilmu, pengalaman dan kenangan indah sepanjang berada di i-CATS University College.

Selamat datang ke keluarga i-CATS! πŸ’™πŸŽ“

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

TAHNIAH: i-CATS RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN PERKONGSIAN MBOT 2026! πŸ†πŸŽ‰Tahniah diucapkan kepada Kolej Universiti i-CATS at...
19/08/2026

TAHNIAH: i-CATS RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN PERKONGSIAN MBOT 2026! πŸ†πŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada Kolej Universiti i-CATS atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Perkongsian MBOT (Penyedia Pendidikan) 2026.

Ucapan tahniah yang tulus juga ditujukan kepada Naib Canselor i-CATS University College, Prof. Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, atas penerimaan pengiktirafan bermakna ini bagi pihak i-CATS University College. πŸ‘βœ¨

Anugerah tersebut telah disampaikan bersempena dengan acara MBOT Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative (ENTICE) 2026 yang berlangsung pada 18 Ogos 2026 di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mencerminkan komitmen i-CATS dalam memperkukuh jaringan kerjasama, memperkasa pendidikan dan membangunkan bakat yang bersedia menghadapi keperluan masa hadapan. 🌟

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk kita terus membina kerjasama yang lebih kukuh, memupuk bakat berkualiti serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas, i-CATS! πŸ†πŸ‘

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
MKadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS CIPTA KEJAYAAN DALAM SICC GLOBAL YOUTH CHAMPIONSHIP 2026! πŸ†πŸ‘¨β€πŸ³πŸ‘©β€πŸ³Majlis Perwakilan Pelajar (MP...
18/08/2026

TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS CIPTA KEJAYAAN DALAM SICC GLOBAL YOUTH CHAMPIONSHIP 2026! πŸ†πŸ‘¨β€πŸ³πŸ‘©β€πŸ³

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil mahasiswa dan pensyarah i-CATS atas kejayaan membanggakan dalam Sarawak International Culinaire Challenge (SICC) Global Youth Championship 2026 yang berlangsung pada 17 Ogos 2026. πŸŽ‰πŸ‘

Kategori Individu

Audrey Nangku Anak Henry Ilon – Class 02 Western Hot Cooking Main Course (Fish/Seafood) - Silver Medal & Certificate

Admund Jagal Anak Ajai – Class SEA01 Southeast Asia Hot Cooking Main Course (Poultry) - Bronze Medal and Certificate

Jay Bryan Colaljo – Class 03 Western Hot Cooking Main Course (Beef/Lamb) - Bronze Medal and Certificate

Muhammad Aidil Bin Jamil – Class 01 Western Hot Cooking Main Course (Poultry) - Silver Medal & Certificate

Jezzy Helenbelle Anak Aleysis Melannee – Class SEA02 Southeast Asia Hot Cooking Main Course (Fish / Seafood) - Certificate Of Achievement Diploma

Kategori Berpasukan

Audrey Nangku Anak Henry Ilon & Mr. Ramos Jalang Anak Nyawai (Pensyarah) – Class SEA 04 (Blind Box Challenge) - Silver Medal & Certificate

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bakat, kreativiti, kemahiran serta komitmen mahasiswa i-CATS dalam bidang kulinari.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga i-CATS untuk terus berani mencabar diri, mengembangkan bakat dan mengejar kecemerlangan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Syabas dan tahniah kepada semua wakil mahasiswa i-CATS! πŸ†πŸ‘

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

SARAWAK INTERNATIONAL CULINAIRE CHALLENGE (SICC) GLOBAL YOUTH CHAMPIONSHIP 2026Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai da...
16/08/2026

SARAWAK INTERNATIONAL CULINAIRE CHALLENGE (SICC) GLOBAL YOUTH CHAMPIONSHIP 2026

Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam i-CATS Maju Jaya.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti i-CATS merakamkan ucapan selamat berjuang kepada wakil mahasiswa dan pensyarah i-CATS yang bakal bertanding dalam Sarawak International Culinaire Challenge (SICC) Global Youth Championship 2026 pada 17 Ogos 2026 bertempat di UCSI Hotel Kuching, dengan iringan Sir Ramos, pensyarah dari Faculty of Tourism and Hospitality.

Wakil Mahasiswa i-CATS:

1. Western Category
- Audrey Nangku Anak Henry Ilon
- Jay Bryan Colaljo
- Muhammad Aidil Bin Jamil

2. Southeast Asia (Local) Category
- Admund Jagal Anak Ajai
- Jezzy Helenbelle Anak Aleysis Melannee

3. Team Category
- Audrey Nangku Anak Henry Ilon & Sir Ramos Jalang Anak Nyawai, pensyarah i-CATS (Black Box Challenge)

Ayuh, sama-sama kita titipkan doa buat wakil i-CATS agar diberikan kekuatan dan keyakinan untuk memberikan yang terbaik serta mengharumkan nama i-CATS di pentas kulinari.

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

πŸ₯ˆ TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS RAIH NAIB JOHAN YOUNG HEROES PERINGKAT NEGERI SARAWAK! πŸ₯ˆMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) meng...
13/08/2026

πŸ₯ˆ TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS RAIH NAIB JOHAN YOUNG HEROES PERINGKAT NEGERI SARAWAK! πŸ₯ˆ

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Brandon Mcclain Anak Andrew Rantau dari FIM, Arfa Ellysa binti Abdullah Alias dari BBA dan Merlanie Mearlyn Anak Jakri dari BBA atas kejayaan meraih Naib Johan Young Heroes Peringkat Negeri Sarawak serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300. πŸŽ‰πŸ‘

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan semangat, kreativiti serta komitmen mahasiswa i-CATS dalam mencipta impak positif. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga i-CATS untuk terus berani mencuba, berkarya dan mengejar kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

Syabas dan tahniah kepada Brandon, Arfa Ellysa dan Merlanie! πŸ₯ˆπŸ”₯

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

SYABAS & TAHNIAH KEPADA DUA PASUKAN i-CATS MERAIH SAGUHATI DI DEBAT INTEGRITI PIALA PREMIER SARAWAK 2026Salam Sejahtera,...
13/08/2026

SYABAS & TAHNIAH KEPADA DUA PASUKAN i-CATS MERAIH SAGUHATI DI DEBAT INTEGRITI PIALA PREMIER SARAWAK 2026

Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam i-CATS Maju Jaya.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) amat berbangga untuk merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pasukan wakil pendebat Kolej Universiti i-CATS atas kejayaan cemerlang meraih hadiah Saguhati (RM2,000 setiap pasukan) dalam Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang berlangsung pada 10 & 11 Ogos 2026 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pensyarah pengiring serta barisan pendebat yang telah memberikan persembahan pemikiran kritis yang amat membanggakan:

1. PASUKAN 1
- Pensyarah Pengiring: Puan Dahlia Bujang
- Pendebat Pertama: Muhammad Mu'azzin bin Mohd Sujairi
- Pendebat Kedua: Muhammad Harith bin Dicky Modiano
- Pendebat Ketiga: Abdullah al-Qayyum bin Mat Wakibon
- Pendebat Simpanan: Siti Nurhadrah binti Abu Bakar

2. PASUKAN 2
- Pensyarah Pengiring: Cik Emily Binti Mising Udup @ Misu
- Pendebat Pertama: Puteri Nur Izatul Akmar
- Pendebat Kedua: Abg. Ikhmal Putra bin Zailan
- Pendebat Ketiga: Angelina anak Gabriel
- Pendebat Simpanan: Darwina Naysilla

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pasukan pendebat i-CATS! Mari kita bersama-sama memberikan sokongan dan ucapan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini di ruangan komen.

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
Faculty of Education ICATS UC
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering

πŸ’™i-CATS SUKIPT TEAM 2026! πŸ’™Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen i-CATS...
30/07/2026

πŸ’™i-CATS SUKIPT TEAM 2026! πŸ’™

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen i-CATS SUKIPT Team 2026 yang akan mewakili Kolej Universiti i-CATS dalam kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Semoga setiap atlet dan pegawai sentiasa diberikan kekuatan, semangat juang yang tinggi serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan. Berikan yang terbaik, bermain dengan penuh semangat kesukanan dan terus mengharumkan nama Kolej Universiti i-CATS.

Yakinlah bahawa setiap usaha, disiplin dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Selamat berjuang dan semoga pulang membawa kejayaan! πŸ†πŸ’™

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC

πŸ₯‰ TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS RAIH PINGAT GANGSA DI KITA CUP 2026! πŸ₯‰Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan setinggi-t...
30/07/2026

πŸ₯‰ TAHNIAH: MAHASISWA i-CATS RAIH PINGAT GANGSA DI KITA CUP 2026! πŸ₯‰

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mahasiswa Diploma in Culinary Arts, Tong Yong Miao, atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Sparring di Kejohanan Taekwon-Do KITA ITF 2026 yang berlangsung pada 25–26 Julai 2026 di SJKC Ai Chun, Batu Pahat, Johor.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila beliau berjaya mengharumkan nama Negeri Sarawak serta Kolej Universiti i-CATS di pentas kebangsaan. Pencapaian ini mencerminkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang kukuh serta komitmen luar biasa dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dan sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga i-CATS untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Syabas dan tahniah sekali lagi, Tong Yong Miao! πŸŽ‰πŸ‘

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

[COLLOQUIUM AND SHOWCASE 2026] πŸ’»πŸš€28-29 JULAI 2026Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.Majli...
30/07/2026

[COLLOQUIUM AND SHOWCASE 2026] πŸ’»πŸš€
28-29 JULAI 2026

Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) i-CATS University College berkesempatan menghadiri Colloquium and Showcase 2026 anjuran Faculty of Computing and Software Engineering yang berlangsung pada 28–29 Julai 2026 di Tan Sri Aziz Hall, i-CATS University College.

Program ini menghimpunkan pakar industri dan akademia bagi berkongsi perkembangan terkini dalam bidang Artificial Intelligence (AI), teknologi digital serta inovasi, di samping memberi peluang kepada para pelajar mempamerkan projek tahun akhir mereka.

MPP turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya inovasi, penyelidikan dan kolaborasi antara pelajar, pensyarah serta pihak industri.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat dan melahirkan graduan yang berdaya saing dalam era pendigitalan.

Leading With Purpose, Serving With Heart

Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS

Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
ICATS University College
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
ICATS - Faculty of Aerospace Engineering
Faculty of Education ICATS UC

Address

Jln Stampin Timur, 93350 ,
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar i-Cats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share