PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS

Directions Website Contact the university

PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS SELAMAT DATANG ke laman PSSGS SRI ROM NAGA UNIMAS. Kami merupakan gelanggang yang bernaung dibawah Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak.

Silibus yang digunakan dalam pelajaran Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSGS) SRI ROM NAGA ini adalah dari silibus pelajaran Gayong Sarawak. Kami menerima keahlian secara terbuka sama ada anda merupakan pelajar tahun 1, tahun 2 atau tahun 3 dan lain2 tahun serta penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan. Tingkatan Bengkung
- Setiap tahun kami akan adakan ujian kenaikan bengkung (grading) iaitu pada akhir semester 2 dengan syarat kelayakan yg telah ditetapkan.
- Sasaran yang telah ditetapkan adalah setiap pelatih yang akan tamat pengajian di UNIMAS adalah pemegang bengkung Pelangi Merah. Disamping memelihara seni bela diri warisan Melayu yang sememangnya terkenal dengan rahsia, kami juga melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi sebagai rakyat Malaysia dan survival hidup dalam menghadapi cabaran dunia luar.

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐈𝐒𝐑𝐀' 𝐌𝐈'𝐑𝐀𝐉 𝟐𝟕 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & S...
16/01/2026

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐈𝐒𝐑𝐀' 𝐌𝐈'𝐑𝐀𝐉 𝟐𝟕 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & Salam UNIMAS Lestari.

Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Isra' dan Mi'raj 27 Rejab 1447H | 2026.

Semoga peringatan peristiwa Isra' dan Mi'raj melalui kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW ini memperkukuh keimanan dan menghayati kepentingan solat dalam kehidupan seharian kita. Amin.

"𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙩𝙪𝙨 𝙋𝙖𝙧𝙖𝙙𝙞𝙜𝙢𝙖, 𝘼𝙠𝙝𝙡𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙥𝙪𝙟𝙞"

Yang Ikhlas,

𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗚𝗮𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 (𝗣𝗦𝗦𝗚𝗦) 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸

[𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐆𝐀𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐒]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & Sa...
09/01/2026

[𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐆𝐀𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐒]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Segayong, & Salam UNIMAS Lestari.

Dimaklumkan bahawa Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS sesi 2025/2026 telah mengadakan Perjumpaan Bil.1/2026 Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS pada 6 Januari 2026 di Dataran Kolej Cempaka, UNIMAS.

Perjumpaan pertama ini sekaligus menjadi medan perkenalan antara ahli baharu dan lama, membincangkan hala tuju Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS (PSSGS) bagi sesi 2025/2026 serta menyampaikan maklumat awal berkaitan perlantikan jawatankuasa, jadual latihan dan perancangan aktiviti yang dilakukan.

Perjumpaan ini juga telah dihadiri oleh seramai 15 orang pelajar, termasuk ahli baharu dan ahli lama Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak UNIMAS.

Sekian, terima kasih.

"𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙩𝙪𝙨 𝙋𝙖𝙧𝙖𝙙𝙞𝙜𝙢𝙖, 𝘼𝙠𝙝𝙡𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙥𝙪𝙟𝙞"

Yang Ikhlas,

Persatuan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSGS) sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sarawak

22/08/2025

Program yang dijalankan SSG Kuching esok. Sila sebarkan kepada semua ahli.

Assalamualaikum dan salam segayong.

🥋🥋Per : *PERHIMPUNAN BIL 1/2025 : SILAT SENI GAYONG SARAWAK CAWANGAN KUCHING*

👉Merujuk perkara di atas, satu perhimpunan akan diadakan pada butiran berikut:

*Tarikh : 23 Ogos 2024 (Sabtu)*
*Masa : 3.00 - 5.30 pm*
*Tempat : SK Matang, (Depan KV Matang)*

🌟Oleh itu, diminta pesilat-pesilat dari Gelanggang di Bawah naungan PSSGS Kuching seperti berikut untuk hadir.

1. Glg Rosli Dhoby
2. Glg Pendamai Sarawak
3. Glg Kenyalang Bora - IPGK Batu Lintang
4. Glg Sri Rom Naga - UNIMAS
5. Glg SMK Seri Setia
6. Glg SMK STAR
7. Glg SK Matang
8. Glg SK Petra Jaya
9. Glg SK Beradek (Dikecualikan)
10. Glg SK Matang Jaya (jika ada)
11. Glg Bora-Bora
12. MSFA - Metro Fighter

🎯Agenda perjumpaan akan tertumpu kepada:

📟1. *Pengurusan Gelanggang* - Kehadiran, Bilangan Murid, Yuran-yuran (jika ada), Pendaftaran Keahlian, Pengurusan Silibus/adat istiadat, Pengurusan Pakaian,

🎖🎖2. *Taklimat Pengurusan Pertandingan Silat Tanding (Olahraga & Seni) Bagi Jemputan Gayong Edisi 6* - ambil nama, pendaftaran peserta, timbang berat

🤜🤜3. *Perjumpaan Gurulatih, Guru Penasihat & Ibu bapa* - Sesi Q&A berkenaan dengan pertubuhan

🎭4. *Persiapan Kursus Pembantu Gurulatih* -

🖲 Oleh itu, pihak Cawangan Kuching *MEWAJIBKAN KEHADIRAN* jika pesilat-pesilat ingin terlibat dengan Pertandingan Jemputan Gayong Edisi 6. Selain itu, pihak kami juga ingin membantu semua pesilat untuk menghadapi persiapan pertandingan dengan lancar dan juga pengurusan pentadbiran gelanggang-gelanggang di Bawah naungan kami dapat berjalan dengan baik dan teratur.

📢 Kehadiran menunjukkan komitmen pesilat & ibu bapa penjaga untuk Bersama-sama pihak kami untuk mendidik dan menjadikan pertubuhan ini konsisten untuk menuju kepada objektif penubuhan silat ini.

🍔🍕🍦 Pihak kami juga mengalu-alukan jika ada gurulatih/ gelanggang / ibu bapa/ individu yang ingin menyumbang makanan kerana kita juga akan mengadakan majlis santai-santai untuk makan-makan secara potluck. Ini adalah untuk menambahkan keakraban kita dalam pertubuhan ini.

👉👉 Diharapkan, aktiviti ini menjadi panduan dan penandaaras bagi Cawangan-cawangan lain di dalam Sarawak.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN BANTUAN ANDA SEMUA!!

11/08/2025

SILAT TANDING JEMPUTAN GAYONG SARAWAK EDISI VI 2025

Pertubuhan Silat/Kelab-Kelab/Akademi/ Badan Gabungan PESAKA / Badan Pendiri PESAKA

Assalamualaikum dan salam segayong. Salam Malaysia Madani.

Berikut Adalah Jemputan kepada pertubuhan yang berminat untuk menyertai Kejuaraan Silat Tanding Jemputan Gayong Sarawak Edisi VI 2025 yang akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 17 -19 Oktober 2025
Tempat : Dewan SM Sains Kuching, Padawan
Sasaran Penyertaan : 400/ 700 penyertaan

Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan ke GP Whatsapp "INFO SILAT TANDING EDISI VI 2025" yang terdapat pada pautan di dalam mesej ini. https://chat.whatsapp.com/J2lHcy3gwr49W2c5sZYs0m

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 017-846 5003, Urusetia Kejuaraan.

Terima Kasih.

11/08/2025

Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak (NEGERI) adalah PSSGM Kebangsaan (PUSAT)

PSSGM KEBANGSAAN = BADAN PENDIRI PESAKA

11/08/2025

BENGEKL PENATARAN SILIBUS SILAT SENI GAYONG SARAWAK 2025 (KURSUS PEMBANTU GURULATIH & SENI PISAU & SENI LEMBING)

Panggilan untuk semua pemegang Bengkung Pelangi Hijau dan ke atas.

🚦Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak akan mengadakan Kursus Pembantu Gurulatih yang akan diadakan pada butiran berikut:

🥋Tarikh: 30/8 - 1/9/2025 (Sabtu - Isnin)
🥋Tempat: Kem Alapong, Lundu
🥋Tenaga Pengajar : Cikgu Haji Rasol dan Majlis
Gurulatih Negeri Sarawak.

https://forms.gle/C2AG7WD879PmvNqw8

Sila isi pautan di atas kerana tempat Adalah sangat terhad. 40 tempat sahaja ditawarkan.

💵💵💵 - dinyatakan di dalam Borang Google

🎡Kursus ini Adalah anjuran Majlis Gurulatih Negeri Sarawak dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak.



⛱️Untuk perhatian:
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak - Gelanggang Rosli Dhoby Kuching
Pssgs Serian
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sri Aman
Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sarikei
PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS
Pertubuhan Silat Seni Gayong Gelanggang Singa Emas Betong
Gelanggang Silat Seni Gayong, Tandang Sari Saratok
Gelanggang Pendamai Sarawak - Silat Seni Gayong Sarawak
PSSGM Kenyalang Bora IPG Kampus Batu Lintang
Akademi Silat Metro - Metro Silat Fighter Academy
Cikgu Muhammad Khawar Hezazy

Address

Universiti Malaysia
Kuching

Opening Hours

Wednesday 20:30 - 22:30
Saturday 20:30 - 22:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS:

Shortcuts

Share