03/10/2026
𝗢𝗨𝗠-𝗞𝗡𝗢𝗨 (𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗨𝗡𝗘𝗦𝗖𝗢-𝗨𝗡𝗜𝗧𝗪𝗜𝗡 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗰𝘁) 𝗪𝗼𝗿𝗸𝘀𝗵𝗼𝗽 𝗼𝗻 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗔𝗜 & 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗰𝘂𝗿𝗶𝘁𝘆 | 𝟬𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Hari ini, OUM Kuching berpeluang menjadi lokasi penganjuran OUM-KNOU (2026 UNESCO-UNITWIN Project) Workshop on Generative AI & Data Security, sebuah bengkel yang memberi pendedahan mengenai perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) serta kepentingan keselamatan maklumat, data dan etika dalam penggunaan teknologi.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan kepada beberapa topik menarik termasuk Generative AI & Large Language Models (LLMs), Open Source Ecosystem, Local AI (Ollama), Information Security dan Data Ethics.
Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Norfardilawati Musa, Timbalan Dekan, Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSH), dan Ts Mohd Tajuzzaman Hassanor, Pensyarah, Faculty of Science and Technology (FST).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua tenaga pengajar atas perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman yang sangat bermanfaat kepada semua peserta.
Semoga bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan serta kefahaman peserta mengenai potensi teknologi AI, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaannya secara bertanggungjawab, beretika dan selamat.
fans