Unit Sukan UITM Cawangan Sarawak

Call Directions

Unit Sukan UITM Cawangan Sarawak Laman interaktif untuk mendapatkan Info Terkini Universiti khususnya aktiviti/program Sukan.

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Encik Mohamad Fareez Bin Tukijo kerana menamatkan dan lul...
15/10/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Encik Mohamad Fareez Bin Tukijo kerana menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Kursus ini telah dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada 4 hingga 17 Mei 2026 bagi Fasa 1 dan 6 hingga 26 Julai 2026 bagi Fasa 2.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kejurulatihan serta pembangunan bola sepak Sarawak ke tahap yang lebih tinggi. tahniah dan selamat maju jaya!

Ikhlas daripada

Seluruh warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوي ىوليا





🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawang...
15/10/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Sarawak yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Puan Eda Ak Tua
Pembantu Belia Sukan Kanan

Encik Mohamad Fareez Bin Tukijo
Pembantu Belia Dan Sukan

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, komited dan berkualiti demi kecemerlangan universiti serta kesejahteraan mahasiswa.

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan! Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM. 🌟

Ikhlas daripada

Seluruh warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوي ىوليا





🏅 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅Kepada Pasukan Wanita Ragbi UiTM Cawangan Sarawak memperoleh tempat kedua di Kejohanan Ragbi 7’s...
13/10/2026

🏅 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅

Kepada Pasukan Wanita Ragbi UiTM Cawangan Sarawak memperoleh tempat kedua di Kejohanan Ragbi 7’s bersempena dengan Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS 2026) anjuran UPMS Bintulu yang berlangsung pada 9-11 Oktober 2026.

Ikhlas daripada

Seluruh warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوي ىوليا





🏅 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅Kepada Pasukan Lelaki Ragbi UiTM Cawangan Sarawak memperoleh tempat kedua di Kejohanan Ragbi 7’s...
13/10/2026

🏅 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅

Kepada Pasukan Lelaki Ragbi UiTM Cawangan Sarawak memperoleh tempat kedua di Kejohanan Ragbi 7’s bersempena dengan Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS 2026) anjuran UPMS Bintulu yang berlangsung pada 9-11 Oktober 2026.

Ikhlas daripada

Seluruh warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوي ىوليا




Bulan Oktober merupakan Bulan Kaunseling Kebangsaan yang disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang kepen...
08/10/2026

Bulan Oktober merupakan Bulan Kaunseling Kebangsaan yang disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kaunseling dan kesejahteraan psikologi.

Pada tahun 2026, Bulan Kaunseling Kebangsaan membawa tema “Kaunseling Era Digital: Memacu Kesejahteraan”. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikongsikan poster Bulan Kaunseling Kebangsaan UiTM 2026 sepanjang bulan ini.

Dalam kehidupan sebagai mahasiswa, komunikasi berlaku hampir setiap hari — di dalam kelas, bersama pensyarah, rakan, ahli kumpulan mahupun di media sosial. Namun, adakah cara kita menyampaikan sesuatu sudah cukup beradab?

Bercakap dengan beradab bukan bermaksud kita perlu takut untuk bertanya, memberikan pendapat atau menyuarakan pandangan. Sebaliknya, ia tentang memilih kata-kata yang sesuai, menjaga nada suara, mendengar dengan baik dan menghormati orang lain.

Kadangkala, mesej yang sama boleh diterima secara berbeza hanya kerana cara kita menyampaikannya. Jadi, sebelum berkata-kata, berhenti seketika dan fikir: “Adakah kata-kata saya akan membantu atau menyakiti?”

🌱 Bercakap dengan beradab, mendengar dengan empati, membina hubungan yang lebih sihat.

“Berkata baik atau diam.”

Mari bersama-sama membudayakan komunikasi yang lebih positif, matang dan saling menghormati dalam kehidupan kampus.



🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅Tahniah diucapkan kepada Claudia Kumang Anak Jakson, pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan at...
02/10/2026

🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅

Tahniah diucapkan kepada Claudia Kumang Anak Jakson, pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan atas kejayaan cemerlang meraih Emas bagi kategori Women Team Of 4 dalam kejohanan 47th National Championships & 37th Interstate Championship.

Pencapaian ini mencerminkan tahap disiplin, komitmen serta dedikasi yang tinggi dalam bidang sukan berprestasi tinggi, selaras dengan usaha berterusan institusi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus berusaha mencapai kecermelangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا




28/09/2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Sarawak Maju Makmur,
Salam UiTM di Hatiku!

⛹🏻‍♂️🥇 ⛹️🥇 ⛹️‍♀️ 🥇 ⛹️🥇⛹🏻‍♂️

*KEJOHANAN BOLA TAMPAR STAF PIALA REKTOR UiTM CAWANGAN SARAWAK 2026*

⚜️ Sukacita dimaklumkan, KEJOHANAN BOLA TAMPAR STAF PIALA REKTOR UiTM CAWANGAN SARAWAK 2026 anjuran bersama Unit Sukan dan KEKiTA UiTMCS akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

📆 Tarikh : 10 dan 11 OKTOBER 2026 (SABTU & AHAD)

⏰ Masa : 8.00 AM - 5.00 PM

📍Lokasi : Dewan Sri Gemilang, SK Pengkalan Kuap Kota Samarahan

👬🏻Penyertaan : Pecahan Pasukan mengikut Unit/Bahagian (rujuk maklumat lanjut)

⚜️ Semua staf UiTMCS dijemput untuk menyertai perlawanan ini yang penuh keseronokan, warna-warni dan semangat kesihatan!

🆓Yuran Penyertaan : *PERCUMA*
🎁 Hadiah : Wang Tunai + Medal
📆 Tarikh tutup penyertaan : 05 Oktober 2026 (Isnin)

⚜️ Pendaftaran boleh dibuat melalui link dibawah ataupun QR code di dalam poster!

📲 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 sebelum slot penuh!🔗 https://forms.gle/ok11bJeW9SrLUnTt5

🔥 Kumpulkan squad terbaik, wakili unit/bahagian anda, dan buktikan siapa yang paling Jago di medan pertempuran!

📱 Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Eda : 082-677393 (Unit Sukan)

Sekian, terima kasih



#

[ JUMAAT | 25 SEPTEMBER 2026 ]Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Malaysia Madani,Salam UiTM Dihatiku !🎉 TAHNIAH & SYA...
26/09/2026

[ JUMAAT | 25 SEPTEMBER 2026 ]
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam UiTM Dihatiku !

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Sarawak atas kejayaan memperoleh Geran Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan! 🌟

Pemberian geran ini adalah sempena Program P197 Samarahan Prihatin Siri Kedua Tahun 2026 di mana Unit Sukan telah menerima dana sebanyak RM 10,000.00.

Dana ini akan digunakan khusus untuk penganjuran Kejohanan Petanque Beregu Piala YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj Wang 2.0, 2026 yang bakal tiba nanti yang akan dijalankan pada 21 - 22 November 2026 di Gelanggang Petanque UiTM Sarawak

Semoga dengan suntikan geran ini, penganjuran kejohanan petanque akan berlangsung dengan lebih gilang-gemilang dan berjaya mencungkil bakat-bakat sukan yang baharu. Terus cemerlang Unit Sukan UiTM Cawangan Sarawak! 💪✨

Ikhlas dari
Seluruh warga
Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا




🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅Tahniah diucapkan kepada Gregory Anak Kanyan, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atas kejay...
11/09/2026

🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅

Tahniah diucapkan kepada Gregory Anak Kanyan, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atas kejayaan cemerlang meraih Emas bagi kategori Badminton Beregu Campuran dalam kejohanan Sukma 2026.

Pencapaian ini mencerminkan tahap disiplin, komitmen serta dedikasi yang tinggi dalam bidang sukan berprestasi tinggi, selaras dengan usaha berterusan institusi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus berusaha mencapai kecermelangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا




🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅Tahniah diucapkan kepada Nur Farhani binti Kudus, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atas k...
10/09/2026

🏅TAHNIAH ATAS KEJAYAAN🏅

Tahniah diucapkan kepada Nur Farhani binti Kudus, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atas kejayaan cemerlang meraih Emas bagi kategori 100M dan 200M Para Olahraga Wanita dalam kejohanan Sukma 2026.

Lebih membanggakan, beliau turut mencipta Rekod Kebangsaan bagi acara 100M dan Rekod Kejohanan bagi acara 200M, sekaligus melakar satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena sukan berprestasi tinggi.

Pencapaian ini mencerminkan tahap disiplin, komitmen serta dedikasi yang tinggi dalam bidang sukan berprestasi tinggi, selaras dengan usaha berterusan institusi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus berusaha mencapai kecermelangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Unit Sukan

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا




Address

Unit SukanUiTM Cawangan SarawakKampus Samarahan
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082677393

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Sukan UITM Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share