23/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Miri atas kesudian meluangkan masa untuk menyampaikan ceramah berkaitan kesedaran scam serta langkah-langkah pencegahan penipuan dalam talian kepada para pelatih YAHOS Miri.
Perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang diberikan amat bermanfaat dalam meningkatkan tahap kesedaran para pelatih terhadap pelbagai modus operandi penipuan yang semakin berleluasa pada masa kini. Semoga segala maklumat dan nasihat yang disampaikan dapat membantu para pelatih agar lebih berwaspada, bijak membuat pertimbangan serta tidak mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Kami amat menghargai komitmen dan kerjasama pihak PDRM Daerah Miri dalam usaha mendidik serta melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah siber.
Sekali lagi, jutaan terima kasih atas kesudian, masa dan ilmu yang telah dikongsikan. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.