28/09/2026
NUR AISYAH MIKAYLA BINTI ABDULLAH
โMIKAYLA: BAKAL GURU, MEMBENTUK GENERASI MASA HADAPANโ
Lemah lembut, tenang dan cukup disenangi ketika melayani kerenah anak-anak kecil, itulah sisi Nur Aisyah Mikayla binti Abdullah yang menjadi kekuatan dalam langkahnya membina masa depan sebagai seorang pendidik. Anak kedua kelahiran Pontian ini menemukan kecintaannya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, satu bidang yang menuntut kesabaran, keikhlasan dan jiwa yang besar untuk memahami dunia kecil seorang anak.
Kini, sebagai Guru Tadika, keperibadian Mikayla yang tenang dan penyayang menjadi antara sebab beliau diberi kepercayaan untuk mendidik dan membimbing anak-anak di sana. Bagi Mikayla, tugas mendidik bukan sekadar mengajar mengenal huruf dan angka, tetapi turut membentuk keberanian, keyakinan serta akhlak anak-anak sejak usia paling awal.
Di Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor, perjalanan Mikayla dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak p**a dihiasi pencapaian yang membanggakan. Dari semester pertama hingga semester ketujuh, beliau konsisten menerima Anugerah Dekan, dengan pencapaian akademik yang terus meningkat sehingga menutup pengajian dengan CGPA 3.95. Kecemerlangan itu turut mengangkat beliau sebagai Anugerah Pelajar Terbaik DEC Sesi Februari/Mac 2026.
Penglibatan dalam pelbagai program dan aktiviti p**a membentuk dirinya menjadi seorang mahasiswa yang bukan sahaja rajin dan berdisiplin, tetapi kreatif, mudah bekerjasama dan bijak mengurus masa. Daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Johor Youth Meet-Up, program keselamatan di pusat jagaan kanak-kanak hinggalah kepada pelbagai aktiviti mahasiswa KYPJ, Mikayla sentiasa memilih untuk hadir, menyumbang dan belajar daripada setiap pengalaman.
Dari Pontian, langkahnya kini menuju pentas pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Johor. Dengan ilmu, pengalaman dan hati yang penuh kasih, Nur Aisyah Mikayla bakal mewarnai dunia pendidikan dengan caranya sendiri โ membentuk anak-anak bangsa Johor agar lebih maju, cerdik, berani dan yakin melangkah menuju masa depan.
Kerana bagi Mikayla, setiap anak yang dididik hari ini adalah harapan yang sedang tumbuh untuk hari esok.
Oleh : Zurina Mohamed Saad
YB Dr. Naqib Ghazali
YB Rugendran Vellayan
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor
Kolej Kemahiran Johor
Tadika & Taska Hikmah YPJ