16/10/2024
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK KE UiTM CAWANGAN PERLIS SEMPENA "𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗚𝗘𝗢𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦"
15 Oktober 2024 | UiTM Cawangan Perlis
Pelajar semester 3 dan semester 5 Diploma Geomatik PTSB telah menyertai lawatan akademik sempena program Karnival Geomatik 2024 yang dianjurkan oleh Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis.
Program yang melibatkan pihak industri dan akademik yang bersifat komuniti ini bertujuan bagi mempromosikan bidang geomatik serta peranannya dalam kesejahteraan masyarakat.
Program ini juga telah mendedahkan pelajar ke arah bidang kerjaya geomatik dan peluang menyambung pengajian setelah tamat pengajian di PTSB nanti.
"Geomatik Untuk Semua"