24/08/2026
Kulim 24 Ogos 2026 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menganjurkan Sukan Jabatan (SUJAB 2026) yang melibatkan penyertaan dari semua pelajar pelajar JKE PTSB. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Tuan Haji Syahril Izwan Bin Abdul Yamin dan kemudian diikuti acara senamrobik bersama semua pelajar JKE PTSB.
Acara sukan yang dipertandingkan pada SUJAB kali ini ialah Bola Sepak, Bola Jaring, Pingpong, Badminton, Futsal, Bola Tampar dan Bola Keranjang. Pengurusan JKE ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Pensyarah dan Pelajar serta semua peserta SUJAB JKE Edisi 2026 kali ini.