Kolej Vokasional Kulim - KVKu

  • Home
  • Kolej Vokasional Kulim - KVKu
Call Directions Website

Kolej Vokasional Kulim - KVKu Kolej Vokasional Kulim(KVK) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasonal Kulim (SMVK)

🎓✨ MAJLIS PERSARAAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM ✨🎓“Back to School 1988: A Journey Worth Remembering” 👖📚Pada 29 Septe...
02/10/2026

🎓✨ MAJLIS PERSARAAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM ✨🎓

“Back to School 1988: A Journey Worth Remembering” 👖📚

Pada 29 September 2026 (Selasa) yang lalu, Kolej Vokasional Kulim merakamkan satu lagi detik penuh bermakna sempena Majlis Persaraan Tn. Hj. Rohaizad bin Rezuan, Pengarah Kolej Vokasional Kulim, setelah menabur bakti dalam dunia pendidikan selama 38 tahun, dari 1988 hingga 2026.

Mengangkat tema “Denim & Back to School 1988”, tema yang dipilih sendiri oleh Tn. Pengarah, majlis ini membawa para tetamu mengimbau kembali perjalanan panjang penuh kenangan, jasa dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pn. Nur Fakhriyyah El-Emin bin Muhardi, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri, Pengarah-Pengarah dari Majlis Pengarah Kolej Vokasional Kebangsaan, G4 Zon Kedah/Perlis, serta mantan pensyarah-pensyarah KV Kulim yang telah bersara. Majlis turut diserikan oleh kehadiran keluarga Tn. Hj. Rohaizad dan KV Bikers yang mengiringi beliau.

38 tahun bukan sekadar angka, tetapi sebuah perjalanan yang dipenuhi ilmu, bakti, persahabatan dan kenangan yang akan terus terpahat dalam sejarah Kolej Vokasional Kulim. 💙

Selamat bersara, Tn. Hj. Rohaizad bin Rezuan.
Semoga lembaran baharu ini dipenuhi ketenangan, kebahagiaan dan masa yang indah bersama insan tersayang.

🎓 Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Kenangan bersama akan sentiasa dikenang.

Selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu! 👖📚✨







SELAMAT BERSARA, TUAN HAJI ROHAIZAD REZUAN 1988 – 2026 | Satu Perjalanan, Satu Legasi, Selamanya di HatiSetiap perjalana...
29/09/2026

SELAMAT BERSARA, TUAN HAJI ROHAIZAD REZUAN

1988 – 2026 | Satu Perjalanan, Satu Legasi, Selamanya di Hati

Setiap perjalanan pasti mempunyai penghujungnya, namun jasa, kepimpinan dan dedikasi seorang pemimpin akan terus hidup melalui legasi yang ditinggalkan.

Seluruh warga Kolej Vokasional Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Rohaizad Rezuan, atas segala khidmat bakti, kepimpinan, pengorbanan dan sumbangan sepanjang menabur jasa dalam dunia pendidikan.

Daripada sebuah perjalanan yang bermula pada 1988, hingga melakar legasi di Kolej Vokasional Kulim, setiap langkah telah menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan terus dikenang.

Semoga fasa baharu ini membawa ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan bersama keluarga tercinta.

Jasa tuan kekal dalam ingatan,
legasi tuan terus kami kenang.

Selamat Bersara, Tn Hj Rohaizad Rezuan.
Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Vokasional Kulim.

MAJLIS PERSARAAN & APRESIASI PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM “Satu Perjalanan • Satu Legasi • Selamanya di Hati”Setiap p...
29/09/2026

MAJLIS PERSARAAN & APRESIASI PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KULIM

“Satu Perjalanan • Satu Legasi • Selamanya di Hati”

Setiap perjalanan pasti ada noktahnya, namun jasa, kepimpinan dan legasi yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam ingatan.

Kolej Vokasional Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Rohaizad Rezuan, Pengarah Kolej Vokasional Kulim, atas segala khidmat bakti, kepimpinan, dedikasi serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan beliau dalam dunia pendidikan.

Daripada 1988 hingga 2026, sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan pengalaman, pengorbanan dan inspirasi. Kini tiba masanya untuk melangkah ke fasa baharu meninggalkan jejak yang akan terus menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Semoga segala jasa dan bakti menjadi amal jariah yang terus mengalir, dan semoga hari-hari mendatang dipenuhi kebahagiaan, kesihatan serta ketenangan bersama insan tersayang.

Terima kasih atas jasa.
Terima kasih atas kepimpinan.
Terima kasih atas dedikasi.
Terima kasih atas sebuah legasi.

🌹 Selamat Bersara, Tuan Haji Rohaizad Rezuan.
Legasi tuan akan terus hidup di Kolej Vokasional Kulim.







📢📢📢🚀 PROGRAM iFaST – INDUSTRY COMPETENCY FAST-TRACK PROGRAMME🎓 Kemahiran Baharu, Peluang Kerjaya Baharu!Ingin meneroka p...
29/09/2026

📢📢📢🚀 PROGRAM iFaST – INDUSTRY COMPETENCY FAST-TRACK PROGRAMME

🎓 Kemahiran Baharu, Peluang Kerjaya Baharu!

Ingin meneroka peluang kerjaya baharu dalam industri? Ini peluang anda! 💪

KHTP Skills Centre dengan kerjasama NCER menawarkan Program iFaST, program latihan semula (reskilling) yang memberi peluang kepada graduan bidang teknikal untuk memperoleh kemahiran baharu yang relevan dengan keperluan industri.

✨ Apa yang anda bakal peroleh?
✅ Tajaan latihan sepenuhnya
✅ Pensijilan industri daripada Mitutoyo, Siemens & FANUC
✅ Elaun RM300
✅ Peluang penempatan pekerjaan
✅ Makan, penginapan & pakaian seragam disediakan

🛠️ Pilihan latihan:
🔹 System Integration in Automation (SI) – Siemens
🔹 Quality Control Using CMM Machine (QCUC) – Mitutoyo
🔹 Advanced Computer Numerical Control (CNC) – FANUC

📌 Syarat kelayakan:
✔️ Diploma / Ijazah dalam bidang teknikal
✔️ CGPA 3.30 ke bawah
✔️ Berumur 35 tahun ke bawah
✔️ Warga Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
*‼️Kemasukan bermula 27 Oktober 2026‼️*

📲 Jangan lepaskan peluang untuk membina laluan kerjaya baharu anda!

28/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan

*Makluman pengeluaran keputusan SVM SEM 3 Sesi 1/2026 (Kohot 2025)*

Untuk makluman,keputusan Sem 3 akan dikeluarkan pada *Khamis (1 Okt 2026)*.Memo berkaitan akan menyusul.
terima kasih

Perginya seorang permata negara. Semoga roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali ditempatkan dalam kalangan o...
28/09/2026

Perginya seorang permata negara. Semoga roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

BPLTV merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah🤲🏻🕊️


👑 MAJLIS PERSARAAN PN. FARIZA BINTI HUSSIN @ YUSOF 👑Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Kulim“Yang patah tumbuh...
26/09/2026

👑 MAJLIS PERSARAAN PN. FARIZA BINTI HUSSIN @ YUSOF 👑
Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Kulim

“Yang patah tumbuh, yang hilang berganti,
namun budi yang ditabur, kekal di sanubari.”

Pada Khamis yang lalu, tirai sebuah perjalanan penuh bakti telah dilabuhkan dengan penuh adat dan tertib. Setelah 31 tahun menabur jasa dan mencurahkan bakti di Kolej Vokasional Kulim, tibalah masa buat Pn. Fariza binti Hussin @ Yusof melangkah pergi meninggalkan pentas perkhidmatan dan membuka lembaran baharu dalam hidup.

Bersempena tema Bangsawan Klasik, majlis berlangsung penuh seri dan santun, mengabadikan segala kenangan, jasa serta sumbangan beliau sepanjang menabur bakti sebagai warga pendidik dan pemimpin akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, ilmu, kepimpinan dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga tirai persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih indah, penuh ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan.

Selamat bersara, Puan Fariza.
Semoga nama dan jasa terus terpahat dalam lembaran sejarah KV Kulim, ibarat hikayat yang tidak luput ditelan zaman. 🌹

“Tirai berlabuh bukan bererti kisah berakhir,
kerana jasa dan budi akan terus hidup dalam kenangan.”




Address

Jalan Junjong

09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

044905432

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kulim - KVKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed university?

Share