Program berbentuk kerohanian dan kebajikan ini adalah hasil usaha dan kerjasama diantara tiga kelab di Universiti ini iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan Kelab Sahabat Al-Hikmah. Program ini adalah program yang pertama kali diadakan diUMSKAL bagi memberikan kelaian pada progam-program sebelum ini dan yang paling istiewanya ialah sambutan bulan Ramad
han yang bakal menjelang pada Mei 2017. Bertitik tolak kepada kesedaran daripada ahli-ahli kelab ini, program ini dilihat dapat memberikan kesepaduan sosial yang sangat tinggi buat semua mahasiswa/i UMSKAL khususnya yang beragama Islam. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah majlis berbuka puasa sepanjang bulan ramdhan bermula pada tarikh 27 Mei 2017 sehingga 15 jun 2017. Semua pelajar di UMSKAL merasakan detik berbuka puasa bersama-sama termasuk pelajar bukan islam. Selain itu juga, akan dijalankan majlis bersahur bersama-sama kepada mana-mana pelajar yang akan memberikan nama mereka kepada AJK yang bertugas pada hari tersebut untuk penyediaan makanan untuk besahur. Tambahan pula, pencarian golongan asnaf yang layak menerima bantuan akan diberikan daripada hasil sumbangan yang diperolehi. Pada 15 Jun 2017 akan diadakan juga Majlis Penutupan Bulan Ramadhan, Bulan Persaudaraan peringkat UMSKAL yang bertemakan “ Sedekah Membawa Barakah ” dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Antaranya, pada sebelah pagi akan diadakan kursus sembelihan dan majlis sembihan atau korban pada sebelah petang majlis tadarus Al-Quran dan khatam Al-Quran serta penyampaian bantuan kepada golongan asnaf dan akhir sekali pada waktu berbuka puasa akan diadakan iftar perdana dimana, iftar ini adalah iftar yang terakhir diadakan dan menjemput semua pegawai UMSKAL yang berkelapangan untuk hadir ke Iftar Pedana tersebut.