17/05/2019
16 Mei 2019 (11 Ramadan 1440 H)- Telah berlangsungnya program agihan bubur lambuk (Ihya' Ramadan 2.0) yang dijalankan di Dewan al-Syura semalam oleh seluruh para pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan(semester 2), kelab Hatic serta kolaborasi bersama ACIS dan persatuan INSAN.🤗
Terdapat beberapa zon yang terpilih di sekitar UiTM Kampus Alor Gajah,Melaka bagi aktiviti pengagihan bubur lambuk kepada para pelajar, pensyarah serta staf-staf uitm. Di samping itu, terdapat juga agihan luar bersama para VIP dan pensyarah serta sedikit pemberian sumbangan barang keperluan kepada rumah-rumah asnaf yang terpilih di luar kampus sekitar Alor Gajah,Melaka🙌🏻🍵
Tujuan utama program ini adalah bagi mengimarahkan lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini serta dapat membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia & akhirat🌙🌹.
.0