OUM Manjung

Call Directions Website Contact the university

OUM Manjung StudyOnline@OUM. Everybody's Choice! Diploma, Bachelor, Master, PhD. The University for All
UNITEM Sdn Bhd 200001005682 [508287-P] - DU009(W)

25/09/2026

Cuaca panas dan hujan serta berjerebu tidak menghalang pengunjung untuk menyambut Hari ATM yang ke 93.
Terima kasih pengunjung yang telah singgah ke booth OUM. Tingkatkan tahap akademik anda dengan OUM.

Sekitar hari pertama di Karnival Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia.Jumpa kami di booth no. 2 untuk dapatkan maklum...
20/09/2026

Sekitar hari pertama di Karnival Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia.

Jumpa kami di booth no. 2 untuk dapatkan maklumat berkenaan pembelajaran secara dalam talian.

Jumpa kami di booth Open University Malaysia bernombor No.02Karnival Hari ATM, Lumut.📍Markas Pemerintahan Armada Barat, ...
18/09/2026

Jumpa kami di booth Open University Malaysia bernombor No.02
Karnival Hari ATM, Lumut.
📍Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut
🗓️ 11.00pg - 7.00ptg (19 September 2026)
🗓️ 8.00pg - 7.00ptg (20 September 2026)
Bawa sijil akademik anda bersama untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu OUM Manjung bagi Ambilan September 2026! Pada 13 September 2026, ...
13/09/2026

Selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu OUM Manjung bagi Ambilan September 2026!

Pada 13 September 2026, telah berlangsung Bengkel Kemahiran Belajar yang memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang perkara-perkara penting sebagai seorang pelajar OUM.

Antara pengisian bengkel adalah membantu pelajar memahami dan meneroka Portal Pelajar, termasuk mengenali fungsi-fungsi penting yang akan digunakan sepanjang tempoh pengajian.

Turut diadakan taklimat daripada wakil PTPTN, Cik Nadira, yang menerangkan kepada pelajar berkaitan kemudahan pinjaman PTPTN, termasuk perkara penting yang perlu diketahui oleh pelajar yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan pengajian.

Bukan sekadar belajar tentang portal, bengkel ini juga menjadi ruang untuk pelajar mendapatkan panduan, bertanya soalan dan membina keyakinan sebelum memulakan perjalanan akademik mereka di OUM.

Langkah pertama mungkin kecil, tetapi ia boleh menjadi permulaan kepada perubahan yang besar.

Semoga semua pelajar baharu Ambilan September 2026 dipermudahkan dalam perjalanan pengajian dan terus bersemangat mengejar impian masing-masing.

Selamat datang ke keluarga OUM! ❤️

OUMManjung

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾Semoga negara kita terus aman, maju dan harmoni. Marilah bersama-sama kita menye...
31/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾

Semoga negara kita terus aman, maju dan harmoni. Marilah bersama-sama kita menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾❤️

Ikhlas daripada
Warga Kerja OUM Manjung

Salam Maulidur Rasul ﷺSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan mulia yang menjadi contoh terbaik da...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan mulia yang menjadi contoh terbaik dalam kehidupan.

Semoga dengan memperingati kelahiran Baginda, kita terus berusaha menghidupkan sunnah, memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

🤍 اللهم صل وسلم على نبينا محمد

Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul ﷺ 1448H.

21/08/2026
20 Ogos 2026 Kunjungan Pengurusan Tertinggi METEOR ke OUM ManjungOUM Manjung berbesar hati menerima kunjungan Group Chie...
20/08/2026

20 Ogos 2026
Kunjungan Pengurusan Tertinggi METEOR ke OUM Manjung

OUM Manjung berbesar hati menerima kunjungan Group Chief Executive Officer (GCEO) METEOR, Encik Farid Wajidi bin Mat Yusoff, yang diiringi oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Kumpulan METEOR, Encik Aznam bin Zakaria.

Turut bersama dalam kunjungan ini ialah Encik Mohd Shahriezan, yang sentiasa membantu dalam urusan perjalanan dan pergerakan GCEO sepanjang lawatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas kesudian pihak pengurusan tertinggi meluangkan masa berkunjung ke OUM Manjung. Kunjungan seperti ini amat bermakna buat warga kerja kerana memberi ruang untuk bertemu, berinteraksi dan berkongsi pandangan secara lebih dekat bersama pihak pengurusan.

Semoga kunjungan ini dapat terus mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dan staf, di samping membina komunikasi dan kerjasama yang lebih baik dalam usaha bersama membawa OUM ke arah yang lebih cemerlang.

Tahniah kepada alumni OUM Manjung yang kini kembali menyambung pengajian bersama kami. Selepas menamatkan Bachelor of Is...
14/08/2026

Tahniah kepada alumni OUM Manjung yang kini kembali menyambung pengajian bersama kami.

Selepas menamatkan Bachelor of Islamic Studies (Islamic Management) with Honours, beliau kini meneruskan langkah ke peringkat seterusnya dengan mendaftar dalam program Master of Islamic Studies.

Semoga perjalanan baharu ini dipermudahkan, dipenuhi ilmu yang bermanfaat dan membawa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

MasterOfIslamicStudies

Address

Jalan PPMP 10, Manjung Point Seksyen 4
Lumut
32040

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6056887576

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OUM Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to OUM Manjung:

Shortcuts

Share