29/04/2026
π Majlis Sanjungan Budi, Kenangan Abadi
Sempena Persaraan Ustazah Najah Salam binti Shuhaimi
ποΈ Khamis 16 April 2026
πDewan Solahuddin al Ayubbi
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh penghormatan dan rasa terharu Majlis Persaraan Ustazah Najah Salam binti Shuhaimi pada 16 April 2026 di Dewan Solahuddin Al-Ayubbi, SK Jalan Paya Besar.
Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan amatlah dihargai. Keikhlasan dalam mendidik, kesabaran membimbing serta komitmen yang tinggi menjadikan beliau seorang pendidik yang disegani dan dikasihi warga sekolah.
Majlis yang penuh bermakna ini bukan sekadar tanda perpisahan, tetapi sebagai simbol penghargaan atas segala bakti yang telah dicurahkan. Kenangan bersama Ustazah Najah Salam pasti akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga SK Jalan Paya Besar.
Semoga Ustazah Najah Salam dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta serta ketenangan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.