25/08/2022
Majlis Kunjungan Mesra Pusat UiTM Shah Alam dan Program menyantuni asnaf viral Kelantan dengan kerjasama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam, 24 Ogos 2022 -
UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan daripada Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam bagi mengadakan Kunjungan Mesra, serta Mersyuarat Penyelarasan Koordinator UZSW bersama YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, juga dihadiri oleh Dr. Mohd Ashrof Zaki, En Muhamad Faisol, En Mohd Izwan dan Mohd Noor Syafiq yang merupakan AJK ZAWAF UiTM Shah Alam bersama Dr. Mohd Nazri dan ahli AJK lain dari UZSW Cawangan Kelantan.
Selanjutnya, Majlis diteruskan dengan program yang dijalankan oleh Unit Zakat Sedekah dan Wakaf (UZSWCK) dengan kerjasama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam iaitu Program Menyantuni Asnaf Viral di Kuala Krai dan Rantau Panjang.
Program ini juga disertai oleh semua pihak ZAWAF dan pihak UZSWCK yang hadir didalam mersyuarat. Program santuni ini berlangsung sejurus selepas tamat mersyuarat bersama Rektor UiTM Cawangan Kelantan sehingga 6PM yang melibatkan 3 buah rumah pelajar Asnaf di Rantau Panjang dan Kuala Krai. Sehubungan itu, bantuan berbentuk wang tunai, pembiayaan yuran dan lain-lain telah di sumbangkan kepada 3 orang pelajar asnaf UiTM untuk membantu pembiayaan pembelajaran mereka didalam UiTM.