08/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Permohonan SCOPUS yang melibatkan barisan Editorial Jurnal UTeM sebagai usaha memperkukuh kualiti, tadbir urus dan pengurusan penerbitan jurnal ke arah memenuhi keperluan pengindeksan antarabangsa.
Bengkel ini menampilkan Profesor Datoโ Dr. Roslan Abd Shukor sebagai penceramah, yang berkongsi pengalaman, pandangan serta strategi berkaitan penerbitan jurnal berimpak dan persediaan ke arah pengindeksan SCOPUS.
Turut hadir YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria, yang memberikan sokongan terhadap usaha berterusan dalam memperkasa ekosistem penerbitan ilmiah dan meningkatkan visibiliti jurnal UTeM di peringkat antarabangsa.
Semoga jurnal UTeM ke tahap yang lebih tinggi serta meningkatkan visibiliti dan reputasi penerbitan ilmiah universiti di persada antarabangsa.