26/08/2026
Kunjungan Presiden dan Delegasi Tokushima University ke UTeM
26 Ogos 2026 | UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini menerima kunjungan Presiden Tokushima University, Jepun, Prof. Yasuhiko Kawamura, bersama delegasi profesor dan penyelidik dari Tokushima University sempena lawatan kerja serta TU-UTeM Joint Symposium on Research yang bertemakan “Advancing Collaborative Research for TU and UTeM”.
Delegasi Tokushima University yang hadir terdiri daripada Prof. Tosh*taka Baba, Prof. Kazuhiko Kinosh*ta, Prof. Pankaj Koinkar, Prof. Takashi Yasuno, Prof. Mikito Yasuzawa serta Prof. Satoshi Hashimoto. Kehadiran barisan profesor daripada pelbagai bidang kepakaran seperti disaster research and resilience, information science, nanomaterials, robotics and smart agriculture, biomaterials serta bidang antarabangsa dan bahasa ini membuka ruang yang luas untuk perkongsian kepakaran dan penerokaan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua universiti.
Turut sama menyambut ketibaan delegasi Tokushima University ialah Naib Canselor UTeM serta barisan Timbalan Naib Canselor UTeM, sebagai tanda komitmen UTeM dalam memperkukuh hubungan strategik dan jaringan akademik antarabangsa, khususnya bersama institusi pengajian tinggi di Jepun.
Sesi TU-UTeM Joint Symposium on Research turut menampilkan pembentangan penyelidikan oleh profesor Tokushima University dan penyelidik UTeM, selain perbincangan berkaitan projek penyelidikan bersama, penerbitan bersama, matching grant, peluang pembiayaan penyelidikan serta pertukaran staf.
Lawatan kerja ini turut diteruskan dengan sesi lawatan makmal dan perbincangan penyelidikan bagi mengenal pasti bidang kepentingan bersama serta potensi kolaborasi yang boleh diterjemahkan kepada projek dan penerbitan bersama pada masa akan datang.
Kunjungan ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan UTeM dan Tokushima University serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik dalam bidang penyelidikan, akademik dan pembangunan bakat di peringkat antarabangsa.