Badan Teknorat Islam ( BAKTI ) UniTeC berfungsi bagi menyatu-padukan para pelajar kolej bagi mewujudkan suasana kondusif dan mewujudkan pertalian silaturahim yang kukuh selari dengan cara sosial positif yang patut dipraktikkan dalam kalangan pelajar sekalian. Dalam kesempatan ini, berbagai-bagai aktiviti akan cuba dilangsungkan di mana sedikit sebanyak akan memberi ruang kepada para pelajar untuk
bersama-sama menyahut seruan tujuan asal kelab ini ditubuhkan. Program-program yang akan diwujudkan ini bertujuan memberi sedikit sumbangan, motivasi, dan menerapkan nilai kerohanian kepada para pelajar seterusnya insyAllah berjaya di dunia dan di akhirat serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.
“Teknorat” yang bermaksud “Penggerak” di mana maksud di sebalik nama itu sendiri telah menggambarkan “penggerak Islam” dan ia lebih kepada untuk menghidupkan 3 kelas As- Sunnah iaitu Sunnah Surah, Sirah dan Sarirah. Sehubungan dengan itu, ahli mampu untuk mendalami berkenaan keperibadian Baginda dan Beliau dijadikan ikon untuk menjadi mukmin yang berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak, insyAllah.