ADTEC JTM Kampus Selandar

Call Directions Website Contact the university

ADTEC JTM Kampus Selandar ADTEC JTM Kampus Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗦𝗥 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝟭𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Alhamdulillah, selesai sudah Program Tangg...
19/08/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗦𝗥 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥

𝟭𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, selesai sudah Program Tanggungjawab Komuniti Sosial (CSR) ADTEC JTM Kampus Selandar di Sekolah Rendah Agama JAIM Selandar, Melaka baru-baru ini!

Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyertai program ini. Seronok melihat semangat pelajar-pelajar kita turun padang untuk berbakti kepada komuniti.

Semoga sumbangan kecil ini memberi impak besar dan mengeratkan lagi hubungan antara ADTEC JTM Kampus Selandar dengan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini!

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN
⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣
Emel: [email protected]
Telefon: 06-530 3000
Website: www.ilpselandar.gov.my
Facebook: ADTEC JTM Kampus Selandar
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS
⁣⁣

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗝𝗧𝗜𝗠𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗔𝗜 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗞𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝟭𝟱-𝟭𝟲 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Seramai 40 ora...
19/08/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗝𝗧𝗜𝗠𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗔𝗜 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗞𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥

𝟭𝟱-𝟭𝟲 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang pegawai pengiring ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyertai Program Ijtimak Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada 15-16 Ogos 2026. Selain menghadiri program keagamaan, para pelajar turut menggalas tanggungjawab sebagai sukarelawan Jawatankuasa Kebersihan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran masjid terjaga sepanjang program berlangsung.

Pengalaman berharga dalam menyantuni program berskala besar ini menjadi bukti komitmen pelajar dalam khidmat komuniti dan menjaga kebersihan persekitaran. Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin semangat kesukarelawanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN
⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣
Emel: [email protected]
Telefon: 06-530 3000
Website: www.ilpselandar.gov.my
Facebook: ADTEC JTM Kampus Selandar
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS
⁣⁣

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔...
18/08/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 (𝗨𝗧𝗘𝗠)

𝟭𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

ADTEC JTM Kampus Selandar melakar detik bermakna menerusi penganjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, menerusi Program Sembang Santai Bersama YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.

Program ini memberi ruang secara terus kepada para pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar dan pelajar-pelajar TVET daripada institusi lain untuk menyampaikan aspirasi, bertukar pandangan, serta mendengarkan amanat berharga daripada YAB Menteri berkenaan hala tuju kerjaya, kebolehpasaran graduan, dan ekosistem TVET masa depan.

Sorotan Utama Program:
• Sesi Sembang Santai: Sesi dialog terbuka yang mesra dan santai antara YAB Menteri dan warga pelajar.
• Pameran Kerjaya
• Penyerahan & Pengiktirafan: Inisiatif pemerkasaan kemahiran dan sokongan kementerian terhadap Penyerahan Sijil Penghargaan kepada majikan yang melaksanakan pengambilan pelatih industry.
• Pocket Talk CEO - Hala Tuju Kerjaya
• Influencer Talk - Your Career Your Choice

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia di atas sokongan padu terhadap pembangunan kemahiran anak-anak muda di seluruh Malaysia.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT⁣
⁣⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣⁣
⁣
Emel: [email protected]⁣
Telefon: 06-530 3000⁣
⁣
Website: www.ilpselandar.gov.my⁣
Facebook: www.facebook.com/ilpselandarOfficial⁣
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar⁣
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar⁣
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS⁣
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS⁣
⁣⁣⁣

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞 (𝗞𝗝𝗣) | 𝗧𝗔𝗛𝗦𝗜𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭𝟭𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Bertempat di Surau As-Syakirin, ADTEC JTM Kampus Selandar te...
17/08/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞 (𝗞𝗝𝗣) | 𝗧𝗔𝗛𝗦𝗜𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭

𝟭𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bertempat di Surau As-Syakirin, ADTEC JTM Kampus Selandar telah berlangsung Kursus Tahsin Solat Siri 1 yang dianjurkan oleh BAHAGIAN PENGAJIAN UMUM DAN TAHFIZ sebagai usaha memperkukuh kefahaman dan amalan ibadah solat dalam kalangan pelajar.

Solat merupakan tiang agama dan kewajipan paling asas bagi setiap muslim sebelum melaksanakan tuntutan ibadah yang lain. Justeru kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang mampu mengerjakan solat dengan lebih sempurna, bukan sahaja dari sudut bacaan, perbuatan dan rukun, malah turut menghayati kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Kepentingan solat turut ditegaskan dalam firman Allah SWT, Surah Al-Ankabut, ayat 45: “Dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan mungkar.”

Seiring dengan objektif tersebut, para peserta sepanjang kursus telah didedahkan dengan tatacara wuduk yang sempurna, perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat, bacaan serta perbuatan dalam solat. Peserta turut diberi penerangan berkaitan pelaksanaan solat berjemaah, khususnya mengenai kedudukan makmum muwafiq dan makmum masbuq.

Melalui pengisian yang diberikan, diharapkan para peserta dapat meningkatkan kefahaman, memperbetulkan amalan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Semoga kursus ini terus menjadi salah satu usaha dalam membentuk pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar yang bukan sahaja kompeten dalam bidang TVET, malah mempunyai sahsiah, disiplin dan nilai kerohanian yang baik.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN
⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣

Emel: [email protected]
Telefon: 06-530 3000

Website: www.ilpselandar.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpselandarOfficial
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS
⁣⁣

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓*Sidang 3*Saksikan siaran lang...
16/08/2026

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓

*Sidang 3*

Saksikan siaran langsung Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026, Wilayah Utara melalui:

▶️ 𝗬𝗼𝘂𝗧𝘂𝗯𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://youtube.com/live/EtLeKhPsk5U?feature=share

🔵 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://www.facebook.com/ILPKBPP/videos/1395510012545195

🎓 𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 | 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 (𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜...

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝟮Saksikan siaran langsu...
15/08/2026

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓

𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝟮

Saksikan siaran langsung Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026, Wilayah Utara melalui:

▶️ 𝗬𝗼𝘂𝗧𝘂𝗯𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://youtube.com/live/z3lDhwDNJ0c?feature=share

🔵 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://www.facebook.com/ILPKBPP/videos/1431342612195911

🎓 𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 | 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 (𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜...

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝟭Saksikan siaran langsu...
15/08/2026

[ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 ] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 🎓

𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝟭

Saksikan siaran langsung Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026, Wilayah Utara melalui:

▶️ 𝗬𝗼𝘂𝗧𝘂𝗯𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://youtube.com/live/8zAv2W0ZNw8?feature=share

🔵 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗟𝗶𝘃𝗲 : https://www.facebook.com/ILPKBPP/videos/1021074460763707

🎓 𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 | 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 (𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜...

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 (𝗙𝗜𝗥𝗘 𝗗𝗥𝗜𝗟𝗟) & 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 ⁣⁣𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲⁣⁣Pihak ADTEC JTM Kampus ...
13/08/2026

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 (𝗙𝗜𝗥𝗘 𝗗𝗥𝗜𝗟𝗟) & 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 ⁣
⁣
𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲⁣
⁣
Pihak ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Ts. Rostam bin Hashim dengan kerjasama strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Selandar diwakili oleh LT (PA) Mohd Kamil bin Hassan telah melangsungkan Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) dan Keselamatan Peringkat Institut.⁣
⁣
Kehadiran pegawai-pegawai dari APM sebagai penasihat program telah memberikan nilai tambah yang amat besar, membimbing warga ADTEC JTM Kampus Selandar dalam memperkukuh aspek kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kecemasan atau bencana.⁣
⁣
Objektif Utama Program:⁣
• Menguji Kesiapsiagaan: Memastikan sistem amaran kecemasan dan laluan evakuasi berfungsi dengan baik serta dipatuhi oleh seluruh warga kampus.⁣
• Pendedahan Prosedur Standard (SOP): Memberi latihan praktikal kepada pelajar dan staf mengenai tindakan pantas dan selamat sewaktu berlaku kebakaran.⁣
• Peranan APM sebagai Penasihat: Mendapat panduan teknikal, penilaian profesional, serta tips keselamatan langsung daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.⁣
⁣
Atur Cara & Pengisian Penting:⁣
1. Bunyi Siren Kecemasan: Proses evakuasi pantas berpusat di titik kumpul (assembly point) utama.⁣
2. Demonstrasi & Latihan Amali: Pendedahan cara memadamkan api kecil menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan betul di bawah seliaan pihak APM. ⁣
3. Taklimat & Penilaian APM: Sesi bedah siasat dan perkongsian ilmu oleh pegawai APM mengenai aspek kelemahan yang boleh diperbaiki serta langkah pencegahan awal.⁣
⁣
Keselamatan bukan sekadar tanggungjawab pihak pengurusan, tetapi ia bermula daripada kesedaran diri setiap individu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kesudian menjadi penasihat serta berkongsi kepakaran, serta seluruh warga ADTEC JTM Kampus Selandar yang memberikan kerjasama penuh.⁣
⁣
Bersama-sama kita membudayakan persekitaran kampus yang selamat, cergas, dan prihatin. ⁣
⁣
MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN⁣
⁣⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣⁣
Emel: [email protected]⁣
Telefon: 06-530 3000⁣
Website: www.ilpselandar.gov.my⁣
Facebook: www.facebook.com/ilpselandarOfficial⁣
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar⁣
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar⁣
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS⁣
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS⁣
⁣⁣⁣
⁣

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Memperkasa Laluan Pendidikan dan Kerjasama Str...
13/08/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡

𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Memperkasa Laluan Pendidikan dan Kerjasama Strategik TVET

ADTEC JTM Kampus Selandar telah mengadakan Kunjungan Hormat ke TVETMARA Kemaman sebagai inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET, khususnya dalam pembangunan laluan pendidikan dan kemahiran pelajar TVET Tahfiz bidang Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan).

Kunjungan ini memberi tumpuan kepada dua objektif utama:
1. Perbincangan Hala Tuju Pendidikan
Membincangkan laluan dan peluang pelajar TVET Tahfiz bidang Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, selaras dengan pembangunan kompetensi dan keperluan industri.

2. Pengukuhan Jaringan Kerjasama TVET
Meneroka peluang kerjasama dengan institusi dan pusat kemahiran bagi memperluaskan ekosistem pendidikan serta pembangunan kemahiran, sekali gus menyokong usaha melahirkan pelajar tahfiz yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing dalam industri.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang berterusan, khususnya dalam memperkukuh laluan pendidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat TVET Tahfiz yang berkualiti serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN
⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣
Emel: [email protected]
Telefon: 06-530 3000
Website: www.ilpselandar.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpselandarOfficial
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS
⁣⁣

𝗛𝗨𝗙𝗙𝗔𝗭 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗞𝗥𝗔𝗧: 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜𝟭𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲Berlangsungnya Bengkel Bangsa Malaysia anjuran Pusat KOMAS ...
12/08/2026

𝗛𝗨𝗙𝗙𝗔𝗭 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗞𝗥𝗔𝗧: 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

𝟭𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Berlangsungnya Bengkel Bangsa Malaysia anjuran Pusat KOMAS Malaysia bertempat di Auditorium Iltizam, Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Selandar.

Bengkel interaktif ini berjaya menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan para huffaz teknokrat. Lebih daripada sekadar ilmu, sesi ini membakar azam untuk sentiasa menghormati kepelbagaian budaya, menolak sentimen perkauman, dan terus bersatu hati demi tanah air tercinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah dan panel hebat:
✨ Encik Jerald Joseph (Pengarah Pusat KOMAS)
✨ Encik Adam bin Idris
✨ Encik Yogavelan Balamurli
✨ Cik Nurul Afrina binti Rosli
✨ Puan Faribel Maglin Fernandez

Terima kasih atas perkongsian padu dan aktiviti yang sangat berimpak! Semoga ilmu yang diperoleh membina modal insan Huffaz Teknokrat yang berjiwa patriotik, inklusif, dan beridentiti MADANI.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT BERKEMAHIRAN
⁣⁣
"𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, 𝐼𝑔𝑛𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒𝑠"⁣⁣
"𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐻𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛"⁣⁣

Emel: [email protected]
Telefon: 06-530 3000

Website: www.ilpselandar.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpselandarOfficial
Instagram: www.instagram.com/adtecjtm.kampus.selandar
Tiktok: www.tiktok.com/.jtm.selandar
Youtube: https://bit.ly/youtubeILPS
Whatsapp Channel: https://bit.ly/whatsappILPS
⁣⁣

Address

Malacca City

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065303000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Selandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ADTEC JTM Kampus Selandar:

Shortcuts

Share