Pusat Kesihatan UTeM

Call Directions Website Contact the university

Pusat Kesihatan UTeM This is the official Pusat Kesihatan UTeM page Pada 16 Oktober 2014, klinik pelajar telah diberi penjenamaan semula kepada PUSAT KESIHATAN.

Bermula pada hujung tahun 2015, Pusat Kesihatan dikendalikan oleh empat orang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Pergigian dan beberapa paramedik profesional yang terlatih. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang diberikan adalah terbaik dan selamat, agar seluruh warga UTeM dapat memberi tumpuan penuh kepada aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Fasiliti perubatan yang disediakan sentiasa dalam proses penambahbaikan supaya setaraf dengan Universiti Awam lain di Malaysia yang telah lama beroperasi.

23 OKTOBER 2026APA ITU DEMAM DENGGI?Demam Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.Antara gejala demam denggi👉 Dem...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

APA ITU DEMAM DENGGI?

Demam Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.
Antara gejala demam denggi

👉 Demam tinggi yang berlarutan
👉 Loya dan muntah
👉 Sakit otot, sendi badan dan di belakang mata

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

23 OKTOBER 2026DEMAM, JANGAN TUNGGU LAGI.Demam mungkin nampak biasa, tetapi demam denggi boleh menjadi serius dalam temp...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

DEMAM, JANGAN TUNGGU LAGI.

Demam mungkin nampak biasa, tetapi demam denggi boleh menjadi serius dalam tempoh yang singkat.
Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Pemeriksaan awal boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi denggi.
Lindungi diri dan orang tersayang.
Ambil peduli, cegah denggi.

⚠️ KENALI GEJALA
Demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam serta loya atau muntah.
🚨 AWASI TANDA AMARAN
Sakit perut berterusan, muntah berulang, pendarahan, lemah atau gelisah dan keadaan semakin merosot memerlukan penilaian serta rawatan segera di fasiliti kesihatan.
🛡️ CEGAH DENGGI BERMULA DARI RUMAH
1️⃣ HAPUS tempat pembiakan dan bekas yang boleh menakung air.
2️⃣ TUTUP tangki serta bekas simpanan air dengan sempurna.
3️⃣ BERSIH bekas yang boleh menakung air sekurang-kurangnya sekali seminggu.
4️⃣ LINDUNGI diri daripada gigitan dengan menggunakan repelan, memakai pakaian yang mengurangkan pendedahan kulit dan memasang skrin pada pintu atau tingkap.
Nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu siang, terutama awal pagi dan lewat petang. Jangan leka walaupun berada di dalam rumah.
🏠 Luangkan masa setiap minggu untuk memeriksa persekitaran rumah dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
Denggi boleh dicegah. Mulakan dari rumah kita.

🚫🦟 TIADA AEDES, TIADA DENGGI!

23 OKTOBER 2026Pengguna penapis udara di rumah, dah periksa pre-filter anda? 💨 Dalam keadaan jerebu, habuk dan partikel ...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

Pengguna penapis udara di rumah, dah periksa pre-filter anda? 💨
Dalam keadaan jerebu, habuk dan partikel boleh terkumpul dengan lebih cepat pada penapis udara. Oleh itu, pemeriksaan dan pembersihan secara berkala penting bagi membantu memastikan aliran udara dan prestasi peralatan kekal baik.
Sambil kita tunggu langit kembali cerah, jom kita lindungi diri dan tersayang sebaik boleh 🫶🏻

Sumber : TNB Careline

23 OKTOBER 2026PERLU BEKERJA DI LUAR KETIKA JEREBUPekerja yang bertugas di luar lebih terdedah kepada udara tercemar ket...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

PERLU BEKERJA DI LUAR KETIKA JEREBU

Pekerja yang bertugas di luar lebih terdedah kepada udara tercemar ketika jerebu. Majikan dan pekerja perlu bersama-sama mengurangkan pendedahan berpanjangan.

⏱️ Pendekkan tempoh tugasan di luar.
🔄 Laksanakan penggiliran kerja.
🏠 Pindahkan pekerja berisiko kepada tugas dalaman.
😷 Gunakan pelitup muka yang sesuai.
🌬️ Berehat di ruang dengan udara lebih bersih.
🗣️ Maklumkan kepada penyelia jika mengalami masalah kesihatan.

Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada atau keadaan semakin teruk.
Keselamatan dan kesihatan pekerja ialah tanggungjawab bersama.

Sumber : MyHealthKKM

23 OKTOBER 2026GIGI HILANG, APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?Kehilangan sebatang gigi bukan sahaja menjejaskan penampilan, ma...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

GIGI HILANG, APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?

Kehilangan sebatang gigi bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah boleh menyebabkan perubahan kedudukan gigi, gangguan gigitan, peningkatan risiko penyakit gusi serta penyusutan tulang rahang. Oleh itu, pemeriksaan pergigian dan penggantian gigi yang hilang mengikut kesesuaian adalah penting bagi mengekalkan fungsi mengunyah dan kesihatan mulut dalam jangka panjang.

Bersama-sama ini dilampirkan infografik berkaitan untuk perkongsian dan maklumat bersama. Semoga bermanfaat.

23 OKTOBER 2026GERAK KUAT, SIHAT! 💪🏻🔥Jom singgah ke Booth Fisioterapi Pusat Kesihatan UTeM sempena program Hari Sukan Ne...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

GERAK KUAT, SIHAT! 💪🏻🔥

Jom singgah ke Booth Fisioterapi Pusat Kesihatan UTeM sempena program Hari Sukan Negara🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️

📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM
✨ 5 Stesen Cabaran Menanti Anda!

Jom uji kekuatan otot, keseimbangan badan dan kecergasan fizikal anda! 💪🏻
Tak perlu jadi atlet untuk mula bergerak. Yang penting, berani mencabar diri dan mula mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat! 🌿

🎯 Satu peserta, satu stesen. Pilih cabaran anda!
📢 Ajak kawan-kawan, rakan sekerja dan warga UTeM untuk sama-sama memeriahkan booth kami.

22 OKTOBER 2026SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN OKTOBER 2026“Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, ter...
22/10/2026

22 OKTOBER 2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN OKTOBER 2026

“Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami.

Tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami.”

“Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Oktober

16 OKTOBER 2026Jerebu bukan sekadar buat pandangan menjadi kabur namun boleh memberi kesan kepada kesihatan terutamanya ...
16/10/2026

16 OKTOBER 2026

Jerebu bukan sekadar buat pandangan menjadi kabur namun boleh memberi kesan kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak.

Ibubapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Segera membawa anak anda ke klinik atau hospital yang berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selsema dan kesukaran bernafas.

AJK PERUBATAN,
TASKA & TADIKA AWLAD IMTIYAZ🌸

13 OKTOBER 2026LINDUNGI MEREKA YANG PALING TERJEJASJerebu memberi kesan kepada semua, namun tidak semua menanggungnya se...
13/10/2026

13 OKTOBER 2026

LINDUNGI MEREKA YANG PALING TERJEJAS

Jerebu memberi kesan kepada semua, namun tidak semua menanggungnya secara sama rata.
Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada udara tercemar. Bagi golongan ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil lebih awal dan lebih teliti.
Kenali tanda amaran. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami:

▪️ Sesak nafas
▪️ Batuk yang semakin teruk
▪️ Kesukaran bernafas

KKM sentiasa bersedia dan memantau penyakit berkaitan jerebu menerusi 78 fasiliti kesihatan terpilih di seluruh negara. Fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan, dan petugas kesihatan kekal bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
Lindungi mereka yang paling memerlukan. Bermula dari rumah kita 🤍
🔗 Maklumat lanjut: infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Address

PUSAT KESIHATAN UTeM
Malacca City
76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062701430

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kesihatan UTeM:

Shortcuts

Share