25/03/2016
15 Mac 2016 (Selasa)
Dewan Parameswara 1 & 2
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama PSSCM Unifield telah diadakan dengan jayanya. Keperluan ini adalah untuk peralihan kepimpinan kepada pelapis-pelapis baru untuk belajar mentadbir sesebuah organisasi dan menggerakkan ahli untuk berpersatuan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Jasmy Fardzy bin Haji Abdul Azizi selaku Setiausaha Cawangan PSSCM Cawangan Negeri Melaka.
Turut hadir bersama-sama menjayakan majlis ini adalah daripada wakil-wakil kelas latihan sekitar Melaka iaitu Kelas Latihan UiTM Melaka Kampus Bandaraya, Kelas Latihan UiTM Melaka Kampus Jasin, Kelas Latihan UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, Kelas Latihan UTeM, Kelas Latihan MiCoST, Kelas Latihan KAYM dan Kelas Latihan KUIM.
Semoga barisan AJK yang baru dilantik memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya dan melahirkan pemimpin yang berjaya dimasa akan datang.