PSSCM UiTM KBM diluluskan penubuhannya oleh UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada awal Julai 2008 dan surat rasmi bertarikh 8 September 2012. PSSCM UiTM KBM merupakan persatuan silat yang pertama ditubuhkan di UiTM KBM sejak tertubuhnya UiTM KBM. Kini PSSCM UiTM KBM telah berusia 5 Tahun di UiTM KBM. Pada usia awal PSSCM UiTM KBM, hanya 14 orang penuntut/pelajar yang menyertai PSSCM UiTM KBM ini, teta
pi hasil usaha-usaha mempromosikan PSSCM, dari semester ke semester, pelajar UiTM KBM yang mempelajari PSSCM di UiTM KBM kian meningkat. Ini adalah satu perkembangan yang positif di mana ahli PSSCM UiTM KBM telah menjalankan usaha dalam mencapai matlamat bersama dan bersatu di kalangan para pelajar di Universiti. Dalam PSSCM, ahli-ahli PSSCM UiTM KBM telah di dedahkan dengan pelbagai ilmu samada ilmu persilatan mahupun ilmu akademik. Ini telah terbukti di mana banyak kejayaan yang PSSCM UiTM KBM telah capai antaranya:
a. Karnival wajadiri peringkat IPT kebangsaan 2011 - menjadi Johan (Putera)
b. Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan 2012 - menjadi Pasukan Harapan (Putera)
c. Berjaya menganjurkan Program Konvensyen Pemimpin PSSCM UiTM 1 Malaysia
Selain itu, PSSCM UiTM KBM juga ada menganjurkan program bersama dengan persatuan-persatuan lain di peringkat Universiti dan program-program yang dianjurkan ada menampakkan perkembangan yang positif dikalangan para pelajar. PSSCM UiTM KBm juga turut menyertai program-program anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dibawah pentadbiran Yang Amat Behormat Datuk Seri Mohd ali bin Mohd Rustam iaitu Program Malam Pendekar Peringkat Kebangsaan pada 2012 di mana dalam program itu seramai ribuan Pesilat dari seluruh pertubuhan silat berkumpul dan membuat persembahan. Sehingga kini tahun 2012, PSSCM UiTM KBM telah menerima satu tawaran di mana, pada semester hadapan, PSSCM akan dinaik taraf sebagai Persatuan berunit KO-kurikulum di Universiti Teknologi Mara Kampus Bandaraya Melaka.