15/06/2025
Disediakan oleh : Mohamd Badrul Ihsyam Bin Junaidi
No Matrik: 302858
KESIMPULAN
Kesedaran terhadap isu mat rempit dalam kalangan masyarakat Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun gejala ini sudah lama wujud dan sering menjadi tumpuan media. Aktiviti ini bukan sahaja melanggar undang-undang jalan raya, malah mengundang risiko kemalangan maut, mencetuskan gangguan awam dan merosakkan imej negara.
Walaupun pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah seperti operasi sekatan jalan raya, penguatkuasaan undang-undang lebih tegas, dan penubuhan program intervensi seperti Program Permata Remaja atau kem motivasi, masalah ini masih berterusan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor utama, antaranya ialah kurangnya kesedaran sivik, pengaruh negatif rakan sebaya, tekanan sosial, kekurangan perhatian keluarga serta ketiadaan saluran hiburan atau aktiviti berfaedah yang boleh menyalurkan tenaga dan minat golongan muda ke arah yang lebih positif.
Tambahan p**a, sesetengah masyarakat hanya melihat isu mat rempit ini sebagai masalah jenayah semata-mata tanpa cuba memahami punca sebenar di sebalik tingkah laku mereka. Ada juga yang memandang ringan akan kesannya, seolah-olah ia hanya sekadar 'hiburan malam minggu'. Sikap tidak ambil peduli ini menyebabkan isu ini semakin sukar dibendung kerana tiada tekanan sosial yang kuat terhadap pelaku.
Justeru itu, kesedaran terhadap isu ini perlu dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan seperti pendidikan sivik yang berterusan di sekolah, kempen kesedaran yang kreatif di media sosial, penglibatan aktif NGO dan komuniti, serta pembinaan litar khas untuk aktiviti permotoran yang sah. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat setempat perlu memainkan peranan dalam membimbing dan memantau anak-anak agar tidak terjebak dalam aktiviti yang merugikan ini. Hanya dengan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, barulah kita dapat mengurangkan gejala mat rempit dan mewujudkan suasana jalan raya yang lebih selamat dan harmoni untuk semua.