20/09/2026
🌏⚡ INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMERGING SUSTAINABLE ELECTRICAL SYSTEMS AND TECHNOLOGY 2026 (ICESEST 2026)
International Conference on Emerging Sustainable Electrical Systems and Technology 2026 (ICESEST 2026) telah berlangsung dengan jayanya pada 14–15 September 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Persidangan anjuran Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), UTeM ini membawa tema “Innovating Electrical Systems for a Sustainable Future” dan dipengerusikan oleh Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Jali, Timbalan Dekan Penyelidikan FTKE.
ICESEST 2026 menjadi platform perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan idea inovatif yang menghimpunkan penyelidik, ahli akademik, jurutera serta pihak industri dalam bidang sistem elektrik mampan. Persidangan merangkumi lima trek penyelidikan dan enam sesi selari, meliputi bidang sistem kuasa mampan dan integrasi tenaga boleh baharu, kejuruteraan voltan tinggi, elektronik kuasa dan kenderaan elektrik (EV), automasi dan robotik, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, serta teknologi mampan.
Persidangan turut menampilkan dua pembentangan utama:
🎙️ Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohamad Fani Sulaima
Energy Efficiency Technology and Future Energy Management
🎙️ Prof. Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Ghazali
Driving the Future of Electrical Engineering with Data and AI – Transforming Data into Engineering Intelligence
🏆 BEST PAPER AWARDS
Tahniah kepada empat penerima Best Paper Awards ICESEST 2026:
🔹 Ts. Asri Bin Din (Ketua Penyelidik)
Machine Learning Evaluation of Leakage Current Indicators for Polymer-Based Insulating Material Degradation Assessment
Track: High Voltage Engineering & Condition Monitoring
🔹 Dr. Mohd Ruzaini Bin Hashim (Ketua Penyelidik)
Chaotic Dual ABC and ABC-GWO Hybrid Algorithms for Electric Vehicle Charging Station Applications
Track: Power Electronics, Drives, and Electrified Transportation
🔹 Ir. Dr. Intan Azmira Binti Wan Abdul Razak (Ketua Penyelidik)
Improving Short-Term Electricity Load Forecasts in Peninsular Malaysia Using a Hybrid Neural Network-Genetic Algorithm Approach
Track: Sustainable Power Systems and Renewable Integration
🔹 Dr. Aziah Binti Khamis (Ketua Penyelidik)
Enhancement of the Moth-Flame Optimization (MFO) Algorithm for EV Charging Stations Load Balancing
Track: Automation, Robotics, and Intelligent Systems
Secara keseluruhannya, ICESEST 2026 telah memperkukuh keterlihatan penyelidikan FTKE UTeM, memperluas jaringan akademia–industri serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi penyelidikan, di samping mengetengahkan penyelesaian inovatif ke arah pembangunan sistem elektrik yang lebih pintar dan mampan.
👏 Tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa ICESEST 2026 atas kejayaan penganjuran persidangan ini!