Menguruskan perkhidmatan kawalan keselamatan dengan mensasarkan sifar jenayah di dalam kampus
Menguatkuasakan peraturan lalu lintas demi mencapai sifar kemalangan di dalam kampus Unit Keselamatan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah ditubuhkan pada 19 April 2001 dan berpejabat di RumaH Kedai Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Unit ini telah diketuai oleh En.Jais bin Sa
puan (Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP 27) bersama (6) staf dan diletakkan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTj) Pejabat Pendaftar. Pada awal 2002 Unit Keselamatan KUTKM telah menambah staf keselamatan seramai (6) orang menjadikan bilangan staf seramai (13) orang termasuk seorang Penolong Pegawai Keselamatan yang mengetuai unit ini. Skop penugasan telah diperluaskan di Kolej Kediaman Mawar & Teratai di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka disamping rumah kedai yang menempatkan Pejabat Canselori, Pendaftar, Bendahari, Perpustakaan, Makmal Fasa B, Fakulti, asrama pelajar perempuan dan bilik serta dewan kuliah.
3. Selaras dengan perkembangan semasa, pada 01 November 2002, seramai (13) orang staf keselamatan telah di tambah menjadikan seramai (26) orang semuanya. Penugasan telah diperluaskan di kolej kediaman-kolej kediaman luar seperti TTU 1 (Asrama Rumah Kedai), TTU 2 (Mawar & Teratai) dan TTU 3 (Asrama Lot 23) disamping pejabat-pejabat, fakulti, bilik dan dewan kuliah yang ditempatkan di bangunan rumah kedai Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
4. Pada 01/3/2003 Unit Keselamatan telah di naik taraf ke Bahagian Keselamatan di mana seorang Pegawai Keselamatan Gred KP 41 iaitu En.Mohd Samsuddin bin Abd Karim telah dilantik mengetuai Bahagian Keselamatan KUTKM. Pejabat serta pengoperasian masih di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
5. Pada 15 September 2005, Pejabat Bahagian Keselamatan telah dipindahkan di bangunan pentadbiran Kilang Cubic Electronic, Ayer Keroh, Melaka. Selaras dengan perkembangan semasa, pertambahan pelajar, fakulti serta staf, Bahagian Keselamatan telah menambahkan keanggotaan staf berjumlah (43) orang termasuk seorang Pegawai Keselamatan Gred KP 41 yang mengetuai Bahagian Keselamatan dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27.
6. Pada 20 Februari 2006, Bahagian Keselamatan telah diketuai oleh Kapt(B) Abdul Wahid bin Sulaiman sebagai Pegawai Keselamatan Gred KP 41 menggantikan En.Mohd Samsuddin bin Abd Karim yang bertukar ke Universiti Malaysia Pahang. Beliau dibantu oleh (2) orang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP 27 iaitu En.Jais bin Sapuan dan En.Saharuddin bin Shriff serta (40) staf keselamatan yang lain.
7. Pada 01 Julai 2007, Bahagian Keselamatan KUTKM telah ditukarkan nama sebagai Bahagian Keselamatan Universiti Teknikal Malysia Melaka (UTeM) berikutan keputusan kabinet membuat penjenamaan semula semua Kolej Universiti menjadi Universiti IPTA.
8. Tanggal 15 Oktober 2009, Bahagian Keselamatan telah berpejabat dan beroperasi di Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka. Pejabat Bahagian Keselamatan UTeM telah ditempatkan dberhadapan Masjid Syaidina Abu Bakar sehingga kini setelah beroperasi selama hampir (4) tahun di bangunan pentadbiran Kilang Cubic Electronic, Ayer Keroh, Melaka.
9. Pada 17 Januari 2011, Bahagian Keselamatan telah diketuai oleh seorang Pengarah Keselamatan iaitu En. Affindi bin Abu Bakar menggantikan Kapt (B) Abdul Wahid bin Sulaiman yang ditukarkan ke Kampus Industri, Ayer Keroh, Melaka.
10. Pada 01 Januari 2013 Bahagian Keselamatan telah di naik taraf ke Pejabat Keselamatan dan diletakkan di bawah PTj Canselori.
11. Pada 26 Februari 2013, pihak Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah meluluskan penubuhan Pasukan Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ekoran kelulusan tersebut pihak Pengurusan Tertinggi UTeM telah menghantar seramai (26) staf Pejabat Keselamatan mengikuti Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) di Pulapol Bukit Sentosa, Selangor pada 19 Mei 2013 sehingga 19 Julai 2013 diikuti seramai (3) staf lagi termasuk Pengarah Keselamatan DSP/PB Affindi bin Abu Bakar mengikuti kursus yang sama pada 26 Ogos 2013 sehingga 26 Oktober 2013 dengan jayanya.
12. Pada 23 Februari 2014, seramai (20) staf lagi telah dihantar untuk menjalani Kursus Asas Polis Bantuan di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu, Selangor dan dijadualkan tamat pada 26 April 2014.
13. Sehingga kini, bilangan staf Pejabat Keselamatan adalah seramai (82) staf iaitu terdiri daripada (77) STAF Keselamatan dan (5) staf Pentadbiran yang diketuai oleh Supt/PB Affindi bin Abu Bakar.