21/08/2026
MPP KPMBM JAGA KEBAJIKAN PELAJAR MELALUI PROGRAM FOODBANK
Selain mengadakan program ziarah non- resident bagi menyantuni pelajar di rumah sewa, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) juga melancarkan Foodbank bagi membantu pelajar yang memerlukan. Inisiatif ini dijalankan pada setiap semester bagi menjaga kebajikan pelajar.
Inisiatif yang dilakukan oleh Exco Kebajikan dan Non Resident MPP KPMBM itu menyasarkan pelajar non resident melalui agihan makanan asas yang mengandungi beras, telur, minyak masak, mi segera dan barangan dapur lain.
Bagi pelajar Asrama Kesidang,MPP telah mengambil inisiatif dengan menyediakan makanan seperti roti, biskut, mi segera, minuman segera dan lain-lain.
Exco Kebajikan dan Non-Resident MPP saudara Azimullah berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui dua kaedah utama iaitu serahan di bilik MPP kepada pelajar non-resident serta boleh mengambil sendiri di almari foodbank bagi pelajar di Asrama Kesidang.