FTKMofficial

Directions Website

FTKMofficial Official FB Page of FTKM UTeM

DARI MELAKA KE YOGYAKARTA: SISWA FTKM TEROKA PENGALAMAN GLOBALFTKM UTeM berbangga dengan penyertaan 5 orang siswa Progra...
15/10/2026

DARI MELAKA KE YOGYAKARTA: SISWA FTKM TEROKA PENGALAMAN GLOBAL

FTKM UTeM berbangga dengan penyertaan 5 orang siswa Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (BMKU) dalam Program Mobiliti Outbound di Universitas Islam Indonesia (UII), Yogyakarta, Indonesia. Program mobiliti ini bermula sejak 15 September 2026 sehingga 23 Januari 2027 dan siswa yang terlibat ialah
- Muhammad Azrul Firdaus bin Aziman
- Ahmad Luqman Al-Hakim bin Fairul Azam
- Ahmad Syamir Solehin bin Yahya
- Muhammad Aqil Najmi bin Ridzduwan
- Muhammad Asif Auni bin Ahmad Thani

Pengalaman ini diharapkan dapat membentuk graduan kejuruteraan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal, malah lebih berdikari, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia global.

Syabas dan selamat maju jaya!

Centre for International Students & Mobility - CISMo

SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS ๐Ÿ‘FTKM UTeM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang staf akademik FTKM:๐ŸŒŸ Pro...
14/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS ๐Ÿ‘

FTKM UTeM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang staf akademik FTKM:

๐ŸŒŸ Profesor Ts. Dr. Musthafah bin Mohd Tahir
Atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).

๐ŸŒŸ Profesor Madya Dr. Juffrizal bin Karjanto
Atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (Gred DS14).

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, di samping menyuntik inspirasi kepada seluruh warga FTKM untuk terus berusaha, berinovasi dan melakar kecemerlangan bersama.

Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua staf akademik yang diraikan!


IMPIKAN PhD BERTARAF ANTARABANGSA? PELUANG ANDA KINI TERBUKA๐Ÿ‘Satu penyelidikan, dua negara, pengalaman tanpa sempadan!FT...
10/10/2026

IMPIKAN PhD BERTARAF ANTARABANGSA? PELUANG ANDA KINI TERBUKA๐Ÿ‘

Satu penyelidikan, dua negara, pengalaman tanpa sempadan!

FTKM UTeM dengan kerjasama Qingdao University, China menawarkan peluang pengajian PhD dengan tajaan penuh dalam bidang teknologi sensor pintar untuk pemantauan kakisan komponen pesawat.

Apa yang menarik?
โœ… Tajaan penuh yuran pengajian selama 6 semester
โœ… Elaun bulanan dan tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
โœ… Peluang menjalankan sebahagian penyelidikan di China
โœ… Pengalaman penyelidikan antarabangsa bersama pakar kedua-dua universiti

Terbuka kepada pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan dan bidang berkaitan.

Rebutlah peluang keemasan ini!
Sila hantar CV, transkrip akademik dan pernyataan minat penyelidikan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli di [email protected]
๐Ÿ“Œ Maklumat lanjut seperti tertera pada poster.


PELUANG PhD & GRADUATE RESEARCH ASSISTANT (GRA) DI FTKM UTeMAnda berminat dalam bidang bahan komposit lestari, teknologi...
09/10/2026

PELUANG PhD & GRADUATE RESEARCH ASSISTANT (GRA) DI FTKM UTeM

Anda berminat dalam bidang bahan komposit lestari, teknologi hijau dan kejuruteraan automotif?

Fokus Penyelidikan:
Pembangunan bahan komposit lestari menggunakan sisa kelapa sawit dan PET kitar semula untuk aplikasi keselamatan automotif.

Tawaran Peluang
โœ… Elaun GRA sehingga RM3,000 sebulan
โœ… Pengajian PhD sepenuh masa (3 tahun)
โœ… Peluang penerbitan jurnal dan persidangan
โœ… Kemudahan penyelidikan dan bimbingan pakar

๐Ÿ“ฉ Berminat? Sila hubungi Prof. Madya Dr. Siti Hajar di [email protected]

๐Ÿ“Œ Maklumat lanjut dan syarat kelayakan boleh dirujuk pada poster.


SELAMAT HARI AKADEMIA 2026Sempena Hari Akademia pada 5 Oktober 2026, FTKM UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke...
05/10/2026

SELAMAT HARI AKADEMIA 2026

Sempena Hari Akademia pada 5 Oktober 2026, FTKM UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga akademia yang terus mencurahkan ilmu, kepakaran, masa dan tenaga dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Di sebalik setiap kuliah, penyelidikan dan inovasi, tersimpan sebuah amanah besar iaitu menyampaikan ilmu, mencetus pemikiran, membimbing potensi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih atas segala dedikasi, bimbingan dan inspirasi dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

Semoga warga akademia terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi demi masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Hari Akademia!
Sinergi Ilmu, Teknologi & Inovasi Dalam Akademia

Ikhlas daripada seluruh warga kerja FTKM UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM


TAHNIAH & SYABAS ๐Ÿ‘FTKM UTeM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Salim ata...
05/10/2026

TAHNIAH & SYABAS ๐Ÿ‘

FTKM UTeM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Salim atas jemputan sebagai Profesor Pelawat untuk menyampaikan syarahan di Qingdao University, China.

Beliau dijadualkan menyampaikan syarahan bertajuk:
โ€œEngineering Conductive Inks for Flexible Electronics: From Material Formulation to Reliabilityโ€
๐Ÿ“… 21 Oktober 2026
๐Ÿ•œ 1.30 petang โ€“ 3.00 petang (Waktu Beijing)
๐Ÿ“ National Center of International Joint Research for Hybrid Materials Technology, Qingdao University, China

Semoga perkongsian ilmu dan kepakaran ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi serta memberi impak kepada perkembangan penyelidikan dan teknologi pada peringkat global.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

Master by Research Vacancy at UTeMApplications are now open for a full-time Master by Research at Universiti Teknikal Ma...
02/10/2026

Master by Research Vacancy at UTeM
Applications are now open for a full-time Master by Research at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) on Mechanical and Interfacial Performance of Polybutylene Succinate Biocomposites Reinforced with Dual-Scale Nanocellulose and Oil Palm Empty Fruit Bunch Fibers. Open to local and international students. For inquiries, please contact Dr. Mohd Nur Azmi bin Nordin via email: [email protected] or WhatsApp: +6014-844 5639.

Hebahan Pengambilan Sarjana Secara Penyelidikan di UTeM
Permohonan kini dibuka bagi program Sarjana secara Penyelidikan sepenuh masa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertajuk Mechanical and Interfacial Performance of Polybutylene Succinate Biocomposites Reinforced with Dual-Scale Nanocellulose and Oil Palm Empty Fruit Bunch Fibers. Terbuka kepada pelajar tempatan dan antarabangsa. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr. Mohd Nur Azmi bin Nordin melalui email: [email protected] atau WhatsApp: +6014-844 5639.

EV AUTOSHOW 2026 @ FTKM UTeMBerada di sekitar Melaka pada 29 September 2026? Jom singgah ke EV AutoShow 2026 di Fakulti ...
28/09/2026

EV AUTOSHOW 2026 @ FTKM UTeM

Berada di sekitar Melaka pada 29 September 2026? Jom singgah ke EV AutoShow 2026 di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), UTeM Kampus Induk!

Pelbagai jenama dan model kenderaan bakal dihimpunkan dalam satu acara โ€” daripada EV dan model elektrifikasi terkini hinggalah kenderaan popular di pasaran. Inilah peluang untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan teknologi automotif masa kini dan masa hadapan
๐Ÿ“… Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), UTeM Kampus Induk
Lokasi Google Maps: https://maps.app.goo.gl/WijLYUGV6odBtqnE8

Antara model yang dijadualkan untuk dipamerkan ialah Proton e.MAS 7, Proton S70 MC2, Proton X50 MC1, Proton Saga MC3, BYD Atto 3, BYD Seal 6, Denza D9 Advanced, Denza Z9GT, Kia Sportage, Kia Carnival, Hyundai Stargazer, Hyundai Stra, iCAUR V23, iCAUR 03, XPENG X9, Suzuki Jimny dan Perodua Ativa.

Banyak jenama. Pelbagai teknologi. Satu lokasi.
Sama ada anda seorang peminat automotif, mahasiswa, warga industri ataupun sekadar ingin mengenali teknologi kenderaan masa hadapan, semua dijemput hadir!

Jumpa anda di EV AutoShow 2026! ๐Ÿš˜โšก

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

26/09/2026

[PENCARIAN RAKAN EXCO METECH 4.0 KINI DIBUKA!]

โ€‹ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (METECH 4.0) bagi Sesi 2026/2027 kini sedang mencari barisan Rakan EXCO yang berdedikasi, bersemangat, dan komited untuk bersama-sama memimpin dan memacu kecemerlangan mahasiswa!Kenapa anda perlu sertai kami?

๐Ÿ”น Meluaskan Jaringan Profesional
๐Ÿ”น Pengalaman Berorganisasi yang Berharga
๐Ÿ”น Peningkatan Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
๐Ÿ”น Mengisi Masa Lapang dengan Aktiviti Bermanfaat

โ€œBangkit berinovasi, memimpin legasi!โ€ ๐Ÿš€

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengasah bakat kepimpinan anda.

๐Ÿ”— Cara Mendaftar:
Sila imbas kod QR pada poster di atas atau hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž Adam: 013-9201021

Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar METECH 4.0! ๐Ÿค

Ikuti perkembangan kami di:
๐Ÿ“ธ Instagram: MeTECH FTKM UTeM
๐Ÿ‘ฅ Facebook: Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Mekanikal
๐ŸŽต TikTok: MeTECH FTKM UTeM

LANGKAH BAHARU, IMPIAN BAHARU BERSAMA KELUARGA FTKMSesi Pelajar Baharu Bersama Pengurusan Tertinggi Fakulti Teknologi da...
25/09/2026

LANGKAH BAHARU, IMPIAN BAHARU BERSAMA KELUARGA FTKM

Sesi Pelajar Baharu Bersama Pengurusan Tertinggi Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) telah berlangsung pada 24 September 2026 di Dewan Canselor, UTeM dalam suasana penuh semangat dan kemesraan.

Sesi ini menjadi ruang untuk mahasiswa baharu mengenali FTKM dengan lebih dekat, memahami perjalanan yang bakal mereka tempuhi serta membina hubungan awal bersama pihak pengurusan fakulti. Lebih penting, ia menandakan bermulanya satu lembaran baharu dalam kehidupan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar FTKM.

Kepada semua mahasiswa baharu, kejayaan anda melangkah ke universiti merupakan satu pencapaian yang membanggakan, namun perjalanan sebenar baru sahaja bermula.

Teruskan kecemerlangan yang telah membawa anda ke sini. Beranilah mencuba, jangan takut menghadapi cabaran, manfaatkan setiap peluang dan sentiasa berusaha menjadi versi terbaik diri anda. Di FTKM, bukan sahaja ilmu dan kemahiran kejuruteraan yang akan dibina, tetapi juga keyakinan, kepimpinan, persahabatan dan pengalaman yang bakal membentuk masa depan anda.

Semoga setiap langkah sepanjang perjalanan di FTKM membawa anda semakin hampir kepada cita-cita, dan suatu hari nanti anda akan kembali mengenang saat ini sebagai titik permulaan kepada sebuah perjalanan yang luar biasa.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (MeTECH) atas komitmen, kerjasama dan bantuan dalam menjayakan serta memastikan kelancaran sesi ini ๐Ÿ‘

Selamat datang ke FTKM, mahasiswa-mahasiswi Sesi Akademik 2026/2027!

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

Address

FTKM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Malacca City
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FTKMofficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share