Jabatan Kej Awam PMK

  • Home
  • Jabatan Kej Awam PMK

Jabatan Kej Awam PMK Educational Website
Civil Engineering Department

Jom tonton PODCAST dari Politeknik Melaka.. Dengar kata pencapaian Matematik untuk program intervensi SPM last year meni...
30/06/2025

Jom tonton PODCAST dari Politeknik Melaka..
Dengar kata pencapaian Matematik untuk program intervensi SPM last year meningkat..

Educast PMK | bersama tetamu istimewa Ms Lim Ming Huay (Kaunselor SMK (P) Methodist, Melaka) dan Host PMK Azmir Md Dom.Jangan lupa Like, Subscribe dan Share!...

Salam Lebaran dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka!🌙✨🎉Syawal kembali menjengah, membawa seribu satu makna.W...
30/03/2025

Salam Lebaran dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka!
🌙✨🎉

Syawal kembali menjengah, membawa seribu satu makna.
Warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) tampil dengan video ucapan Hari Raya Aidilfitri yang penuh ceria, mesra dan menghiburkan!
🎬🥳🕌

Daripada kami untuk semua — staf, pelajar, alumni, dan rakan industri.
👩‍🏫👨‍🎓🤝

Jom tonton video khas kami di sini:
📲🎥
https://youtu.be/3SvRdtLZdLc?si=AjFHL9Ejj_dw7rLX

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
💚🙏🏼💫
Ikhlas daripada seluruh warga JKA PMK.


🌟🎊👷‍♂️

Salam Aidilfitri dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka!🌙✨Sempena kedatangan Syawal yang penuh keberkatan, kami dari Jabatan Kejuruteraan Awam (J...

Mesyuarat Peperiksaan Jabatan.Perbincangan keputusan peperiksaan dan status pelajar untuk SESI I 2024/2025.Semoga yang c...
19/12/2024

Mesyuarat Peperiksaan Jabatan.
Perbincangan keputusan peperiksaan dan status pelajar untuk SESI I 2024/2025.

Semoga yang cemerlang dapat teruskan kecemerlangan dan yang kurang berjaya dapat tingkatkan pencapaian.



DARI TEORI KE REALITI: Lawatan Akademik bagi Kajian Kes Kestabilan Cerun di Jalan Genting Peras B32 Selangor.Oleh: Suria...
06/10/2024

DARI TEORI KE REALITI: Lawatan Akademik bagi Kajian Kes Kestabilan Cerun di Jalan Genting Peras B32 Selangor.
Oleh: Suriani Nasution binti Padzlan
Satu lawatan akademik (aktiviti PPI) telah dijalankan pada 1 Oktober 2024 bertempat di Jalan Genting Peras, B32 Selangor melibatkan 28 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (semester 3) diiringi oleh 4 orang pensyarah iaitu En. Khairulzamil bin Md. Nazimuddin, Pn. Shahrun Nazida binti Salleh, Pn. Suriani Nasution binti Padzlan dan En. Arman bin Md. Said. Lawatan akademik ini dijalankan bagi melengkapkan elemen di dalam penilaian Kajian Kes bagi kursus Geotechnical Engineering (DCC30093).
Objektif lawatan akademik ini adalah memberi pendedahan lebih mendalam kepada pelajar berkenaan situasi sebenar dan aplikasi kestabilan cerun bagi menyiapkan kajian kes. Program ini juga boleh dijadikan sebagai satu platform terbaik kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan kestabilan cerun.
Projek pembaikan cerun ini melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor selaku pelanggan, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) & Infrasel sebagai Konsesi bagi Kontrak Jangka Panjang (KJP) Penyelenggaraan Jalan Negeri Selangor dan ISL Intergrated Sdn Bhd sebagai QAQC & Independent Checker bagi KJP. Kaedah pembaikan cerun yang digunakan adalah ‘Soil Nailing’ berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan. Rombongan disambut dengan sangat baik oleh kesemua pihak yang terlibat dan sentiasa menekankan aspek keselamatan sepanjang sesi lawatan.
Para pelajar sangat teruja dan merasakan lawatan ini sangat bermanfaat untuk mereka mengadaptasi ilmu yang dipelajari seiring dengan kepesatan teknologi pembinaan yang semakin mencabar. Lawatan ini juga memberi satu pengalaman baru kepada pelajar kerana aktiviti ini melibatkan pembelajaran dan pengajaran dari pengalaman sebenar di tapak bina. Pada masa yang sama perkongsian ilmu ini juga meningkatkan motivasi dan memupuk semangat ingin belajar dan berjaya dalam diri pelajar.

Telah berlangsung Program Perkongsian Ilmu antara Politeknik Bengkalis dan Politeknik Melaka dalam bidang Kejuruteraan A...
10/05/2024

Telah berlangsung Program Perkongsian Ilmu antara Politeknik Bengkalis dan Politeknik Melaka dalam bidang Kejuruteraan Awam. Intipati lawatan juga berkisar perancangan kerjasama yang selanjutnya antara kedua-dua politeknik dalam bidang kejuruteraan awam dan keusahawanan.

[Penulis : Hj. Khairulzamil bin Md. Nazimuddin]KLEBANG, 7 Mac - Satu aktiviti gotong royong di Masjid Pokok Asam, Kampun...
08/03/2024

[Penulis : Hj. Khairulzamil bin Md. Nazimuddin]

KLEBANG, 7 Mac - Satu aktiviti gotong royong di Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Klebang berjaya dilaksanakan disini semalam.

Aktiviti ini telah dirancang oleh Pelajar DKA2C Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Muafakat Politeknik Melaka serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini.

Antara pengisian aktiviti tersebut ialah
✅penaman anak pokok Jambu Batu Lohan,
✅pembersihan semua kipas dinding dan kipas siling,
✅membasuh kawasan perkarangan masjid,
✅mengemas rak buku,
✅membersihkan kolam wuduk dan membasuh pinggang mangkuk untuk kegunaan kenduri serta majlis berbuka di bulan Ramadan nanti.

Aktiviti yang telah dihadiri oleh KJKA En Norhafizan Majid, Penasihat Akdemik DKA2C Pn Siti Harni Zainal dan anak-anak, Penasihat CESAC En Hussein Alias, En Adzrul dan Isteri Noor Hafizah Azali selaku ahli kariah masjid, Mantan Ketua Program Pn Radziah Abd Rahman dan anggota Zon Maritim Miri berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada En Hazuwan Bin Mohamed (Tok Sidang) selaku Setiausaha Masjid dan semua AJK Masjid Pokok Asam Kg Pinang Klebang.

Rakaman jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama pihak dibelakang seperti Pn Siti Salbiah, Pn Munirah dan semua pensyarah JKA yang tidak dapat disebutkan di sini.

Semoga jasa pengorbanan doa ingatan sumbangan kebaikan tuan-puan diganjari oleh Allah SWT.

Jika ada yang merindukan beliau, tataplah "pemergian" nya dalam video ringkas ini.
01/03/2024

Jika ada yang merindukan beliau, tataplah "pemergian" nya dalam video ringkas ini.

Video Majlis Perpisahan KJKA En. Anuar Bin Ismail. En. Anuar telah bertukar ke Bahagian Perancangan Program dan Institusi, JPPKK.

26, 28 dan 29 FEBRUARI 2024Pelajar-pelajar JKA PMK telah ke CReATE Alor Gajah Melaka bagi menjalankan amali sumber air d...
01/03/2024

26, 28 dan 29 FEBRUARI 2024

Pelajar-pelajar JKA PMK telah ke CReATE Alor Gajah Melaka bagi menjalankan amali sumber air dan struktur.

Kolaborasi ini adalah bertujuan memenuhi kehendak kurikulum bagi kursus DCC40172 yang memerlukan amali bagi eksperimen COD, BOD untuk sumber air dan Steel test untuk amali struktur.

Melalui penggunaan makmal di Pusat Kecemerlangan dan Teknologi JKR ini, pelajar-pelajar dapat memperoleh pengalaman melaksanakan amali yang berkaitan. Semoga ilmu ini memberi manfaat buat mereka.

[Penyertaan 10 sukarelawan Politeknik Melaka di kejohanan catur “The Commonwealth Chess Championship 2023/24]28 Februari...
28/02/2024

[Penyertaan 10 sukarelawan Politeknik Melaka di kejohanan catur “The Commonwealth Chess Championship 2023/24]

28 Februari 2024, Rabu - 9 Pelajar Civil Engineering Student Affair's Club (CESAC), Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka telah berjaya membantu dalam menjayakan kejohanan catur “The Commonwealth Chess Championship 2023/24. kejohanan tersebut telah berlangsung bermula 19-28 Februari 2024 di Grand Ballroom Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Kroh, Melaka. Seramai 9 pelajar dan seorang staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berusaha bersungguh dalam menjayakan kejohanan yang berprestej ini. Ianya melibatkan pelbagai ketegori dan penyertaan negera Komenwel bagi sukan indoor, Chess. Kejohanan ini diiktiraf sebagai peringkat Antarabangsa. Oleh itu ianya memberi peluang dan pendedahan bagi semua sukarelawan dari pelbagai aspek pembentukan insaniah pelajar.

Penulis: Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

Penglibatan Pelajar CESAC menjayakan Program Gotong Royong Madani Peringkat Kampung Felda Hutan Percha Sempena Pernilaia...
28/02/2024

Penglibatan Pelajar CESAC menjayakan Program Gotong Royong Madani Peringkat Kampung Felda Hutan Percha Sempena Pernilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Dan Pernilaian Anugerah Desa Lestari

28 Februari 2024, Rabu- Pelajar Civil Engineering Student Affair's Club (CESAC), Jabatan Kejuruteraan Awam telah berjaya menjayakan bersama Program Gotong Royong Madani Peringkat Kampung Felda Hutan Percha Sempena Pernilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Dan Pernilaian Anugerah Desa Lestar. Program ini dilaksanakan di Felda Hutan Percha, Alor Gajah Melaka pada Sabtu, 24 Februari 2024, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 25 pelajar dan 7 staf akademik Jabatan Kejuruteraan Awam telah menjayakan program gotong royong ini. Semua usaha ini telah membantu Jawatankuasa Felda Hutan Percha dalam meningkatkan keceriaan bagi usaha ke arah kejayaan dalam pertandingan Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Dan Pernilaian Anugerah Desa Lestari 2024. Pelbagai aktiviti gotong royong telah dijalankan melibatkan 4 lokasi yang berbeza. Semua sukarelwan telah berjaya menabur bakti kepada komuniti Felda Hutan Percha. Seterusnya ianya berjaya membentuk jati diri dan semangat para sukarelawan dalammembantu dalam menjayakan sebuah program di komuniti luar.

Penulis: Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

Address

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Melaka

75250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kej Awam PMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share