KOR SISPA APM Pahang

KOR SISPA APM Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KOR SISPA APM Pahang, College & University, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, Maran.

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 💙🧡Kursus Bakal Pegawai Siri Ke-52 telah dilaksanakan pada 17 hingga 18 ...
04/02/2026

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 💙🧡

Kursus Bakal Pegawai Siri Ke-52 telah dilaksanakan pada 17 hingga 18 Januari 2026 bertempat di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Kursus ini bertujuan melahirkan bakal pegawai Kor SISPA yang berdisiplin, berintegriti serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran tugas dan tanggungjawab pada masa hadapan.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan latihan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kepimpinan serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota Kor SISPA.

💙🧡 Sedia, Pantas, Berintegriti 💙🧡

KOR SISPA UITM PAHANG

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan telah dilaksanakan pada 24 hingga ...
19/01/2026

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙

Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan telah dilaksanakan pada 24 hingga 28 November bertempat di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Kursus ini memberi pendedahan dan latihan berkaitan pengurusan pusat pemindahan melibatkan aspek penyelarasan operasi, pengurusan mangsa serta kerjasama agensi berkaitan dalam situasi bencana.

Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta kecekapan anggota Kor SISPA dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar.

💙🧡 Sedia, Pantas, Berintegriti🧡💙

KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙Kursus Asas Pertahanan Awam Kor SISPA UiTM Cawangan Pahang telah berl...
27/12/2025

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙

Kursus Asas Pertahanan Awam Kor SISPA UiTM Cawangan Pahang telah berlangsung pada 21 hingga 23 November 2025 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT).

Kursus ini melibatkan pelajar HBU112 dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka serta Kampus Raub, dengan pelbagai latihan asas pertahanan awam dijalankan bagi meningkatkan disiplin, ketahanan diri dan kemahiran asas kecemasan.

💙🧡 “Sedia, Pantas, Berintegriti” 🧡💙
KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙Majlis Pemakaian Pangkat Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) ...
15/12/2025

💙🧡 Assalamualaikum W.B.T dan Salam UiTM Dihatiku 🧡💙

Majlis Pemakaian Pangkat Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Cawangan Pahang serta Kampus Raub bagi Sesi Oktober–Februari 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis ini meraikan para anggota SISPA yang telah menunjukkan komitmen tinggi, disiplin yang cemerlang serta kepimpinan yang baik sepanjang perkhidmatan mereka dalam Kor SISPA. Penganugerahan pangkat ini menjadi pengiktirafan atas usaha, dedikasi dan tanggungjawab yang telah ditunaikan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima pangkat. Semoga terus bersemangat membawa imej Kor SISPA dengan penuh integriti dan iltizam.

💙🧡 “Sedia, Pantas, Berintegriti”🧡💙
KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

💙Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera🧡Sekalung tahniah diucapkan kepada Leftenan  Bersekutu (PA) Faizat bin Hassan, P...
08/11/2025

💙Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera🧡
Sekalung tahniah diucapkan kepada Leftenan Bersekutu (PA) Faizat bin Hassan, Pegawai Latihan dan Disiplin KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Pertahanan Awam (P.P.P) sempena Majlis Himpunan Setia Bil 2/2025 bertempat di Auditorium Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pahang (PNPA) pada 30 Oktober 2025.
Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat dan motivasi untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme demi mempertahankan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Ikhlas daripada warga KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang.

💙🧡Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2025🧡💙Syabas dan tahniah d...
25/08/2025

💙🧡Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2025🧡💙

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya ditauliahkan sebagai Staf Muda (PA) dan Leftenan Muda (PA) dalam Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) yang diadakan pada 16 Ogos 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan komitmen yang diberikan oleh para pegawai sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Kadet SISPA.

SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI
KOR SISPA UITM PAHANG

🎓💙🧡 Tahniah & Syabas! 🧡💙🎓Kursus First Responder Life Support Kor SISPA UiTM Cawangan Pahang Siri Ke-52 Tarikh : 5 - 6 Ju...
20/08/2025

🎓💙🧡 Tahniah & Syabas! 🧡💙🎓

Kursus First Responder Life Support Kor SISPA UiTM Cawangan Pahang Siri Ke-52

Tarikh : 5 - 6 Julai 2025
Tempat : UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Kursus First Responder Life Support Siri Ke-52. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memberi bantuan kecemasan dan berbakti kepada masyarakat dan negara. 🇲🇾

🧡💙 "SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI" 🧡💙
KOR SISPA UiTM PAHANG

LATIHAN MEDAN FRLS HBU122 BATCH 52Yang telah berlangsungTarikh: 31 Mei – 1 Jun 2025Tempat : 📍Taman Eko Rimba Bukit Pelin...
02/07/2025

LATIHAN MEDAN FRLS HBU122 BATCH 52

Yang telah berlangsung

Tarikh: 31 Mei – 1 Jun 2025
Tempat :
📍Taman Eko Rimba Bukit Pelindung Kuantan,
📍UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka &
📍Batu Pelindung (Batu Penyu) Kuantan

Tahniah kepada semua pelajar HBU122 yang telah menyertai latihan medan kali ini dengan penuh semangat dan dedikasi. Pelbagai aktiviti dan latihan telah dijalankan merangkumi aspek teori dan praktikal dari pengurusan kecemasan hingga keselamatan air.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dijadikan bekalan berguna untuk masa depan serta memupuk nilai "Sedia, Pantas dan Berintegriti" dalam setiap tindakan.

💙🧡" SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI "🧡💙

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِAssalamualaikum w.b.t.,Salam Khazanah Alam,Dan Salam UiTM Di H...
06/06/2025

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Khazanah Alam,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Sabtu l 7 Jun 2025
*10 Zulhijjah 1446*

*🧡SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA💙*

Kami dari KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA sesi 2025 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga UITM.

Sekian, terima kasih.

Exco multimedia
Korsispa
Universiti Teknologi Mara
Cawangan Pahang
Kampus Jengka

⚜️KURSUS LATIHAN PEMANTAPAN⚜️Yang telah berlangsung pada:Tarikh : 3 - 5 Mei 2025Tempat : PULAPATTahniah dan syabas kepad...
04/06/2025

⚜️KURSUS LATIHAN PEMANTAPAN⚜️

Yang telah berlangsung pada:

Tarikh : 3 - 5 Mei 2025
Tempat : PULAPAT

Tahniah dan syabas kepada semua PKS yang telah menyertai kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda.

🔹🔸| SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI |🔸🔹

💙🧡 ANNUAL GENERAL MEETING KOR SISPA UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA SESI MAC 2025 - OGOS 2025 💙🧡Yang telah berlangsun...
03/06/2025

💙🧡 ANNUAL GENERAL MEETING KOR SISPA UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA SESI MAC 2025 - OGOS 2025 💙🧡

Yang telah berlangsung pada 2 Mei 2025 dan bertempat di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Semoga KOR SISPA UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka terus melahirkan anggota yang berwibawa dan berintegriti tinggi.

🔥 "SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"🔥

⚜️SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI MAC - OGOS 2025 ⚜️Diharapkan kepada semua pelajar dapat memanfaatkan ...
31/05/2025

⚜️SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI MAC - OGOS 2025 ⚜️

Diharapkan kepada semua pelajar dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaik-baiknya.

"Setiap usaha hari ini adalah pelaburan untuk masa depanmu. Jangan berhenti, walau perlahan."

🔹🔸| SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI |🔸🔹

Address

UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Maran
26400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOR SISPA APM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to KOR SISPA APM Pahang:

Share