Sk Felda Jengka 22 Pahang

Sk Felda Jengka 22 Pahang Berkongsi setiap info-info dan maklumat semasa & terkini Sk (Felda) Jengka 22 terus kepada anda.

Alhamdulillah, majlis bersalaman dan pemberian duit raya kepada murid-murid sempena Hari Raya Aidilfitri berjalan dengan...
18/03/2026

Alhamdulillah, majlis bersalaman dan pemberian duit raya kepada murid-murid sempena Hari Raya Aidilfitri berjalan dengan penuh meriah dan suasana yang cukup bermakna 🤍

Senyuman dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak apabila menerima duit raya serta berpeluang bersalaman dengan guru-guru.

Semoga amalan ini dapat menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🌙✨

Alhamdulillah 🤍Sedikit pemberian, besar maknanya buat mereka 🌙Hari ini kita berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim. Se...
18/03/2026

Alhamdulillah 🤍

Sedikit pemberian, besar maknanya buat mereka 🌙

Hari ini kita berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim. Semoga senyuman yang terukir menjadi asbab keberkatan dalam hidup kita semua ✨

Terima kasih kepada semua yang menyumbang!

Dari Ramadan lahirnya keindahan akhlak 🌙Dari keikhlasan terbentuknya sahsiah unggul ✨Anugerah ini diberikan sebagai peng...
18/03/2026

Dari Ramadan lahirnya keindahan akhlak 🌙
Dari keikhlasan terbentuknya sahsiah unggul ✨

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada murid yang menunjukkan akhlak terpuji, disiplin tinggi serta penglibatan aktif sepanjang program Ihya’ Ramadan .

Tahniah kepada Ikon Sahsiah Ramadan 2026. Semoga sinar kebaikan ini terus menyinari langkahmu .

Ikon Sahsiah 2026 ( ihya' ramadan) 👇🏻

T1 : Siti Alisha binti Muhammad Adam
T2 : Nur Ammara binti Mohamad Bahtiar
T3 : Nurul Hilyah Irdina binti Mohd Husaini
T4 : Rabiatul Adawiyah binti Mohamad Husni
T5 : Nawra Milliyya binti Noriwan
T6 : Nurul Hilyah Humayra' binti Mohd Husaini

Alhamdulillah 🤍Program Ihya’ Ramadan telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh makna.Terima kasih kepada semua guru dan...
17/03/2026

Alhamdulillah 🤍

Program Ihya’ Ramadan telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh makna.

Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid yang sama-sama memeriahkan setiap aktiviti sepanjang Ramadan 🌙

1)kuiz Ramadan
2)Pertandingan aktiviti kesenian
3)Pertandingan hafazan

Semoga segala ilmu dan pengajaran terus diamalkan walaupun Ramadan telah berlalu.

Jumpa lagi Ramadan akan datang, insyaAllah 💫

Tahniah buat 2 org murid yg telah berjaya dalam Program Bijak Sifir Kali Pertama :1) MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN MOHD HELME...
15/03/2026

Tahniah buat 2 org murid yg telah berjaya dalam Program Bijak Sifir Kali Pertama :

1) MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN MOHD HELME( 5BS)

2) NUR AISYAH HANNA BINTI MOHD FAKRUL RIDZUAN( 5BS)

——————————————————————————

Program Perkasa Matematik Pahang ( ProPer MaP) iaitu Program Bijak Sifir Pahang Peringkat Sekolah di adakan btujuan mengatasi kelemahan murid2 dalam mguasai sifir 2 hingga 9.

Program ini menggunakan kad bijak sifir yang memerlukan murid- murid melengkapkan 4 tandatangan penguji sifir( ibubapa, 2 org guru, 1 org guru besar/ gpk 1). Jika murid2 ini berjaya melengkapkan tandatangan ini sbyk 36, mereka diberikan sijil pencapaian,badge Master Sifir dan Hadiah.

Manakala ulangan sifir akan diberikan mata dan anugerah akan diberikan ketika Hari Anugerah Cemerlang.

📚 Program Penyerahan Bantuan “Back To School” Murid Tahun 1Program penyerahan bantuan Back To School kepada murid-murid ...
13/03/2026

📚 Program Penyerahan Bantuan “Back To School” Murid Tahun 1

Program penyerahan bantuan Back To School kepada murid-murid Tahun 1 telah berjaya dilaksanakan dengan sumbangan daripada pihak FELDA bagi membantu menyediakan kelengkapan persekolahan mereka.

Semoga sumbangan ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan bersemangat.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada FELDA atas sumbangan yang diberikan.

Majlis Iftar Ramadan 2026 warga sekolah telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.Terima kasih kepada sem...
10/03/2026

Majlis Iftar Ramadan 2026 warga sekolah telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.

Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua. 🌙🤲

📚✨ PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2026 ✨📚Sekolah dengan sukacitanya telah mengadakan Majlis Pelancaran Progr...
23/02/2026

📚✨ PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2026 ✨📚

Sekolah dengan sukacitanya telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) bagi tahun 2026 pada hari ini dengan penuh semangat dan jayanya.

Program NILAM merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid serta melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dengan simbolik gimik pelancaran sebagai tanda komitmen warga sekolah dalam menjayakan program ini.

Diharapkan melalui program ini, amalan membaca akan terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian murid-murid.

“Membaca Jambatan Ilmu”

Majlis Penyerahan Sumbangan 6 Unit TV Pintar (Smart TV) sumbangan ADUN Kerdau Kepada Pengurusan SK (FELDA) Jengka 22.08....
08/02/2026

Majlis Penyerahan Sumbangan 6 Unit TV Pintar (Smart TV) sumbangan ADUN Kerdau Kepada Pengurusan SK (FELDA) Jengka 22.

08.02.2026, Ahad
Dewan Al-Farabi
SK (FELDA) Jengka 22.

Disampaikan oleh:

YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
SSAP., DIMP., AMP., AMN

•Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang

•Ahli Dewan Negeri (N.28) Kerdau

Turut mengiringi:

1️⃣ YBhg Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

•Pengerusi
Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
•Penyelaras DUN Jengka

2️⃣Barisan Pentadbiran Pejabat Rancangan FELDA Jengka 22

- Pengurus FELDA
- Ketua Peneroka
- Exco Pendidikan Rancangan
- Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
- Ketua Belia
- Ketua Beliawanis
- Pengerusi Masjid

Dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran, pihak SK (FELDA) Jengka 22 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad atas sumbangan enam (6) unit Smart TV untuk tujuan pembelajaran di dalam kelas harian.

Sumbangan ini merupakan manifestasi kecaknaan dan komitmen YB Dato' Sri terhadap usaha memperkasa pendidikan melalui penggunaan teknologi moden yang berkesan.

Inisiatif yang mulia ini bukan sekadar penambahan peralatan di bilik darjah, tetapi juga merupakan satu lentera ilmu yang menerangi ruang pembelajaran, membukakan peluang kepada pelajar dan guru untuk mengeksplorasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik, interaktif dan berimpak tinggi.

Alat bantuan pembelajaran ini diharapkan dapat memperkukuh motivasi pelajar, merangsang kreativiti, serta memantapkan kefahaman dalam proses pembelajaran seharian.

Kami amat menghargai sokongan berterusan YB Dato' Sri dalam memperkasa pendidikan di peringkat sekolah serta menyemai aspirasi generasi pelapis negara ke arah kecemerlangan. Semoga sumbangan yang penuh bererti ini membawa keberkatan, manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus bekerjasama meningkatkan kualiti pendidikan dalam era digital yang semakin mencabar ini.

Akhir kata, didoakan semoga Tuhan Yang Maha Esa membalas segala jasa baik ini dengan limpahan rahmat dan kejayaan yang berterusan. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,  Dengan penuh rasa syukur, kami ingin memaklumkan bahawa...
04/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin memaklumkan bahawa Projek Pemasangan Smart TV di Kelas Rintis Tahun 2 Bestari akhirnya telah berjaya dilaksanakan. Kronologi persiapan, pembentangan gerak kerja, idea dan kata pemutus kepada pelaksanaan program ini tidak semudah dijangka. Pelbagai laluan berliku yang perlu ditempuhi. Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan sumbangan ikhlas daripada para dermawan yang budiman.

Sumbangan kewangan yang diberikan amat kami hargai kerana ia bukan sahaja meringankan beban, malah membuka peluang kepada murid-murid untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Bagi pihak Pengurusan & Pentadbiran SK (FELDA) Jengka 22, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta sokongan padu yang telah diberikan terutama kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 22 yang sentiasa memahami setiap keperluan masa kini anak-anak generasi muda dibangku sekolah rendah ini.

Insya - Allah, akan menyusul selepas ini pemasangan yang sama sedemikian rupa akan kami laksanakan kepada kesemua kelas yang ada ketika ini, demi menstruktur kembali kaedah pembelajaran yang selaras dalam penggunaan platform Smart TV ini.

Semoga segala jasa baik dan kemurahan hati para penyumbang diberkati Allah SWT serta digandakan pahala.

Sekian, terima kasih.

📌 MAJLIS WATIKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KECIL 2026Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin-P...
02/02/2026

📌 MAJLIS WATIKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KECIL 2026

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin-Pemimpin Kecil bagi sesi 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan kepimpinan yang cemerlang.

🗓 Tarikh: 2 Februari 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.15 pagi
📍 Tempat: Dewan Al-Farabi

Semoga barisan kepimpinan ini menjadi contoh teladan serta membantu membentuk sahsiah murid yang berwibawa dan berakhlak mulia. 🌟

PENYERAHAN KOTAK BANTUAN ALATAN SEKOLAH SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG - TUNAS MAKMUR 2026Tarikh : 30 Januari 2026Hari...
30/01/2026

PENYERAHAN KOTAK BANTUAN ALATAN SEKOLAH SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG - TUNAS MAKMUR 2026

Tarikh : 30 Januari 2026
Hari : Jumaat
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Dewan Al-Farabi, SK (FELDA) JENGKA 22

Semoga bantuan ini menaikkan semangat murid-murid agar lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Terima kasih Tok Wan !

TOGETHER TOWARDS EXCELLENCE

Address

SK (FELDA) JENGKA 22
Maran
26440

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Felda Jengka 22 Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Sk Felda Jengka 22 Pahang:

Share