URHP Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

URHP Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) merupakan pengurusan kolej kediaman di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka & Raub

19 May 2026 | SelasaAssalamualaikum wbt Salam SejahteraPROGRAM INISIATIF KAMI KONGSI JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UiTMC...
19/05/2026

19 May 2026 | Selasa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

PROGRAM INISIATIF KAMI KONGSI JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UiTMCPH KAMPUS JENGKA

Program Kami Kongsi anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTMCPH Kampus Jengka bertempat di hadapan Pejabat URHP Kolej Mat Kilau & Kompleks Tok Gajah.

Melalui program ini sebanyak 50 bungkus makanan tengahari telah diagihkan kepada golongan pelajar yang memerlukan. Pengagihan ini telah dilaksanakan pada jam 12.30pm hingga 2.00pm.

Hasil tinjauan daripada pelajar berpendapat, inisiatif ini perlu diteruskan lagi bagi serba sedikit mengurangkan bebanan golongan pelajar yang lebih memerlukan.

Akhir sekali, Program Kami Kongsi ini akan diteruskan secara berkala pada minggu dengan harapan inisiatif ini dapat mengorak langkah baru persekitaran kolej kediaman

Sekian, terima kasih.



29 April 2026Gerak kerja Pengurusan Penyelesaian Penginapan Transit Kompleks Tok Gajah Staf Unit Residensi & Hospitaliti...
29/04/2026

29 April 2026
Gerak kerja Pengurusan Penyelesaian Penginapan Transit Kompleks Tok Gajah

Staf Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) Kompleks Tok Gajah (KTG) sedang melakukan kerja-kerja kemasan semula bedding set selepas penginapan Transit di Kompleks Tok Gajah.

Inilah merupakan rutin kerja bagi staf-staf URHP KTG sebelum dan selepas penginapan transit di KTG.

Terima kasih staf URHP KTG telah menjalankan tanggungjawab & amanah dengan baik bagi memastikan setiap tetamu yang menginap dalam keadaan yg selesa & selamat.

💐




Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)Masa: 09.00 - 11.30 pagiPautan: 'Google Meet'TAKLIMAT SISTEM eMERIT DAN MySRKUnit Residens...
10/04/2026

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Masa: 09.00 - 11.30 pagi
Pautan: 'Google Meet'

TAKLIMAT SISTEM eMERIT DAN MySRK

Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar telah mengadakan Taklimat sistem eMERIT dan MySRK kepada Staf Residen Kolej, Staf Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, Penasihat Kelab dan Persatuan serta Barisan Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.





MORNING BRIEFING OLEH PENOLONG PENDAFTAR UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (URHP) KOMPLEKS TOK GAJAH (KTG)10 APRIL 20...
10/04/2026

MORNING BRIEFING OLEH PENOLONG PENDAFTAR UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (URHP) KOMPLEKS TOK GAJAH (KTG)

10 APRIL 2026

Sesi morning briefing yang disampaikan oleh Encik Muazmer bin Mustapa, Penolong Pendaftar URHP KTG diadakan bagi setiap sebulan sekali bermula jam 9.00 pagi kepada semua staf URHP KTG.

Tujuan pelaksanaan morning briefing ini diadakan bagi memantau perkembangan tugas, berkongsi maklumat penting serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelajar.

Sesi ini dapat membantu meningkatkan koordinasi dan komunikasi dalam kalangan staf pengurusan, sekali gus memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan lebih terancang dan efisien.

Diharapkan agar sesi ini menjadi platform yang efektif untuk membincangkan isu semasa, berkongsi pandangan serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan staf.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang - Media Rasmi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang



TIMBALAN NAIB CANSELOR, JABATAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MELAWAT KEMUDAHAN FASILITI DI KOMPLEKS TOK ...
08/04/2026

TIMBALAN NAIB CANSELOR, JABATAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MELAWAT KEMUDAHAN FASILITI DI KOMPLEKS TOK GAJAH, UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA

07 April 2026

YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md. Yusof bin Hamid PMP., AMP, Timbalan Naib Canselor, Jabatan Pembangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan sesi lawatan ke Kompleks Tok Gajah, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Turut hadir bersama YBrs. Ir. Ts. Azman bin Saubiran, Pengarah Bahagian Pembangunan Infrastruktur, YBrs. Ts. Fauziah binti Bachik, Pengarah Bahagian Pengurusan Kontrak & Bajet dan YBrs. Encik Irwan bin Othman, Ketua Unit Pengurusan Bajet.

Turut mengiringi sesi lawatan ini ialah YBrs. Ir. Ts. Zulkifli bin Azamuddin, Ketua Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) UiTM Cawangan Pahang dan staf BPF. Lawatan ini diadakan bagi melihat secara keseluruhan kemajuan kerja-kerja mengecat bangunan yang sedang berlangsung di asrama Kompleks Tok Gajah dan menilai tahap kemudahan sedia ada seperti rumah kediaman pelajar kurang upaya (OKU), medan selera dan rumah kediaman pelajar serta Pejabat URHP KTG.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Muazmer bin Mustapa, Penolong Pendaftar, Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) Kompleks Tok Gajah sebelum sesi lawatan dimulakan.

Pihak pengurusan URHP KTG mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md. Yusof bin Hamid PMP., AMP, Timbalan Naib Canselor, Jabatan Pembangunan dan rombongan kerana sudi berkunjung ke Kompleks Tok Gajah.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang - Media Rasmi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang



04 APRIL 2026 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & LAMA SISWA FASA 2 KOLEJ MAT KILAUBahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pah...
04/04/2026

04 APRIL 2026

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & LAMA SISWA FASA 2 KOLEJ MAT KILAU

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang
UiTM Cawangan Pahang




Sekitar pendaftaran masuk pelajar baharu & lama Fasa ke-2 pada 4 & 5 April 2026 di Kompleks Tok Gajah.Pengurusan pendaft...
04/04/2026

Sekitar pendaftaran masuk pelajar baharu & lama Fasa ke-2 pada 4 & 5 April 2026 di Kompleks Tok Gajah.

Pengurusan pendaftaran ini dibantu oleh Barisan Staf Residen Kolej (SRK) Kompleks Tok Gajah (KTG), Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) KTG dan Barisan Badan Uniform.

Terima kasih buat mereka yang membantu melancarkan proses pendaftaran masuk pelajar baharu & lama di Kompleks Tok Gajah.

Buat adik-adik selamat kembali dan inilah kehidupan kampus yang perlu anda teroka ❤️.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang - Media Rasmi




29 Mac 2026 | AhadPendaftaran Pelajar FASA 1 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
29/03/2026

29 Mac 2026 | Ahad
Pendaftaran Pelajar FASA 1 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

28/03/2026

28 Mac 2026

Seawal jam 8.00 pagi kaunter pendaftaran pelajar di Kompleks Tok Gajah telah mula bersedia menerima pendaftaran masuk pelajar-pelajar siswi🤗.

Sesi pendaftaran pada hari pertama bagi fasa 1 dibantu oleh 5 orang barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kompleks Tok Gajah (KTG).
Terima kasih adik-adik JPK KTG😘.

🌹

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang - Media Rasmi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang



28 Mac 2026 | SabtuPendaftaran Pelajar FASA 1 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
28/03/2026

28 Mac 2026 | Sabtu
Pendaftaran Pelajar FASA 1 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

27/03/2026

Selamat Kembali buat Adik² Siswi!

Kalau adik-adik ingin tahu inilah cara kami menyambut adik-adik kembali ke Kolej Kediaman🤗.

Hiasan dengan penuh keceriaan🥳.
Senyuman menyambut dengan gembira☺️.
Menyantuni dengan hemah🙌.

Adik² Kompleks Tok Gajah kita jumpa esok & Ahad ya 🤗

📆 28 & 29 Mac 2026 ( Fasa 1) & 4 & 5 April 2026 (Fasa 2)
⏰ 8.00 pagi - 5.00 petang

Hati-hati semua dalam perjalanan pulang ke Kampus 🤲🚗.

UiTM Cawangan Pahang
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang



Address

Pejabat Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar UiTM Cawangan
Maran
26400

Telephone

+6094602000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when URHP Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share