PASTI Kawasan Marang

PASTI Kawasan Marang Kepakaran kami melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Marang melalui pendidikan pra sekolah Islam

Salam Aidiladha 1447H / 2026MSemoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima oleh Allah SWT, s...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima oleh Allah SWT, serta dikurniakan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Aidiladha mengajar erti sabar, reda dan pengorbanan demi mencapai cinta Ilahi. Semoga ukhuwah terus diperkukuhkan dan hidup sentiasa dalam rahmat-Nya.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ

22/05/2026
PROGRAM SIMULASI HAJI PASTI KAWASAN MARANG BERLANGSUNG MERIAH Alhamdulillah, Program Simulasi Haji PASTI Kawasan Marang ...
21/05/2026

PROGRAM SIMULASI HAJI PASTI KAWASAN MARANG BERLANGSUNG MERIAH

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji PASTI Kawasan Marang telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada:

Khamis | 21 Mei 2026
8.00 Pagi

Program yang menghimpunkan murid-murid PASTI sekitar Kawasan Marang ini berjaya memberi pengalaman awal serta pendedahan praktikal mengenai ibadah haji dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh penghayatan.

Majlis telah disempurnakan oleh:

Ustaz Hamdi Harun
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga guru PASTI, jawatankuasa pelaksana, ibu bapa serta semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan.

Semoga usaha mendidik generasi kecil mengenali rukun Islam sejak usia muda ini menjadi asbab lahirnya generasi soleh, cemerlang dan berakhlak mulia.






Adik PASTI berkerusi roda hadir ke program simulasi haji 2026
21/05/2026

Adik PASTI berkerusi roda hadir ke program simulasi haji 2026

Simulasi Haji Cilik 2026
21/05/2026

Simulasi Haji Cilik 2026

Watch, follow, and discover more trending content.

Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang  2026
21/05/2026

Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang 2026

Check out abay cik’s video.

SELAMAT HARI GURU “Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan k...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik PASTI yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mentarbiah anak-anak dengan penuh keikhlasan serta kasih sayang.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan murabbi yang membentuk akhlak, menyemai fikrah dan memperkukuhkan jemaah demi melahirkan generasi Islam yang soleh, pintar dan beramal.
Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan usaha para guru sentiasa diberkati serta dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

Ilmu itu cahaya, guru itu obornya, jemaah itu kekuatannya.

Ikhlas daripada:
ENCIK AHMAD NAZIRUL BIN ISMAIL
Pengerusi PASTI Kawasan Marang

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Guru² PASTI kawasan Marang atas  penerimaan Anugerah Pengarah ILPM bagi Diploma...
10/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Guru² PASTI kawasan Marang atas penerimaan Anugerah Pengarah ILPM bagi Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Semester 4 Kohort 2023.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga pendidik untuk terus bersemangat mendidik anak-anak ummah dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

“Usaha yang disertai doa dan kesabaran, insya-Allah akan membuahkan kejayaan.”

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

"Indah pelangi selepas hujan,Terbit mentari menyinari bumi;Anugerah diterima tanda penghormatan,Buat insan berjasa tingg...
09/05/2026

"Indah pelangi selepas hujan,
Terbit mentari menyinari bumi;
Anugerah diterima tanda penghormatan,
Buat insan berjasa tinggi."

💫 TAHNIAH & SYABAS 💫

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para guru PASTI yang telah menerima pengiktirafan atas jasa dan komitmen dalam mendidik anak-anak ummah.

💐 Cikgu Kamariah Ali
Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Terengganu

💐 Cikgu Norhazila Othman
Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan Marang

💐 Cikgu Azizah Jaafar
Anugerah Guru Lama Berkhidmat Kawasan Marang

Pengiktirafan ini sekaligus telah mengharumkan nama PASTI Kawasan Marang, di peringkat PASTI Negeri Terengganu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik generasi Islam sejak sekian lama. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan suntikan semangat buat seluruh warga pendidik untuk terus berbakti mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.

“Guru Haraki, Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Address

Marang
21080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Kawasan Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PASTI Kawasan Marang:

Share