21/10/2025
✨ Let’s Talk: From Struggle to Strength✨
Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) telah berlangsung UniKL Wellness Fiesta 2025: Forum Kesihatan Mental bertempat di Dewan Utama UniKL MITEC. Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya UniKL MITEC dengan kerjasama Kelab RSBS (RAKAN SEBAYA BANTU SISWA) sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. 💚
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, di samping memberi ruang untuk mereka memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu dalam mengurus tekanan, emosi, dan kesejahteraan diri.
Forum ini menampilkan dua panel jemputan yang berpengalaman:
👩⚕️Dr. Indang Jalilah (Pakar Psikiatri Klinikal) yang berkongsi pandangan dari perspektif profesional, serta
👨🏻💼 Encik Adib Abqari (Mental Health Survivor & Alumni UniKL MITEC) yang memberikan perkongsian inspirasi berdasarkan pengalaman sebenar dalam menghadapi cabaran kesihatan mental.
Forum ini turut dikendalikan oleh moderator Nur Izzati Syazwani Binti NorLisam, yang berjaya menghidupkan suasana interaktif dan mesra sepanjang sesi berlangsung.
Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu dan kesedaran tentang kesejahteraan mental, malah didorong untuk lebih berani bercakap mengenai isu kesihatan mental tanpa stigma. Ia juga bertujuan membina komuniti kampus yang lebih prihatin, empati, dan saling menyokong antara satu sama lain. 🌱
✨ Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua panel, moderator, ahli jawatankuasa, dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi platform penting dalam memperkukuh kesejahteraan mental pelajar UniKL MITEC ke arah kehidupan yang lebih seimbang dan positif. 💚