21/10/2026
Alhamdulillah, pada 19 Oktober lalu saya menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar di Pejabat Rektor UiTM Cawangan Kedah.
Terima kasih atas kesudian delegasi KPTM Alor Setar, yang diketuai oleh Encik Mohd Saiful Nizar Bin Sobri, Timbalan Pengarah Akademik, meluangkan masa untuk berkunjung. Pertemuan ini merupakan satu ruang yang baik untuk bertukar pandangan, mengeratkan hubungan antara institusi.
Melalui sesi perbincangan santai yang diadakan, pelbagai peluang kerjasama dilihat berpotensi dilaksanakan bersama, khususnya dalam bidang akademik, pembangunan pelajar serta perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam pengurusan.
Saya percaya, hubungan strategik seperti ini mampu membuka lebih banyak ruang untuk kita berkongsi kekuatan dan mencipta manfaat bersama.
Semoga jalinan baik antara UiTM Cawangan Kedah dan KPTM Alor Setar terus diperkukuh dan direalisasikan melalui kerjasama yang memberi impak positif kepada kedua-dua institusi.