Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

  • Home
  • Malaysia
  • Merbok
  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah
Call Directions Website Contact the university

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani Diterajui oleh Dr. Azrina Mohd Yusof Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

Kelas Kokurikulum Badan Bukan Beruniform Semester Oktober 2026-Februari 2027 (PART 2 DAN PART 3, Sila terus ke kelas yan...
01/10/2026

Kelas Kokurikulum Badan Bukan Beruniform Semester Oktober 2026-Februari 2027 (PART 2 DAN PART 3, Sila terus ke kelas yang telah ditetapkan mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.Terima Kasih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Berikut adalah memo Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kedah, ...
28/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berikut adalah memo Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kedah, bil. 14 tahun 2026 berkenaan pemakluman pendaftaran peralatan elektrik di kolej kediaman bagi sesi September 2026-Februari 2027.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Berikut disertakan memo Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan ked...
28/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berikut disertakan memo Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan kedah, bil. 13 tahun 2026, berkenaan pemakluman tarikh penting permohonan pengecualian bayaran kolej kediaman sesi September 2026-Februari 2027.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Berikut disertakan memo Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Keda...
28/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berikut disertakan memo Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kedah, bil. 12 tahun 2026 berkenaan pemakluman permohonan bantuan elaun makan (e-INSENTIF) secara atas talian pelajar diploma, pra diploma, sijil, AC150 / AC151 dan AP243 / CFAP 243 dan setaraf bagi sesi September 2026-Februari 2027.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,HEBAHAN SEGERA – MELENGKAPAN MODUL ASPIRASI UTAMA U...
24/09/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN SEGERA – MELENGKAPAN MODUL ASPIRASI UTAMA UiTM, UNIT KEPIMPINAN PELAJAR

Mohon kerjasama pihak KPP/KP/Ketua Bahagian Fakulti untuk segera menghebahkan kepada semua pelajar di bawah seliaan Fakulti/Bahagian masing-masing, khususnya pelajar yang masih belum melengkapkan Modul Aspirasi Utama 1 hingga 6 di platform U-FUTURE.

(Penting : PELAJAR PERLU SEMAK di U- UFUTURE MASING-MASING)

Untuk makluman, akses U-FUTURE bagi pelajar yang masih belum lengkap MASIH DIBUKA dari :

📅 10 September 2026 sehingga 25/9/2026 - 11.55pm.

Pelajar WAJIB melengkapkan semua modul bagi memastikan proses e-Profiling dapat dilaksanakan dengan lengkap dan teratur. Kegagalan melengkapkan mana-mana modul boleh menjejaskan status e-Profiling pelajar.

KUKP, UiTM Cawangan Kedah

Dikongsikan maklumat PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN !!!!!!!!Mohon perhatian & makluman bersama warga UiTM Sungai Petani, Mer...
18/09/2026

Dikongsikan maklumat PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN !!!!!!!!
Mohon perhatian & makluman bersama warga UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah

Untuk pemakluman bersama terutamanya Pelajar Baharu ambilan sesi Oktober 2026 -Februari 2027 (20264) UiTM Sungai Petani,...
18/09/2026

Untuk pemakluman bersama terutamanya Pelajar Baharu ambilan sesi Oktober 2026 -Februari 2027 (20264) UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah
Siswa : Kolej Malinja
Siswi : Kolej Mahsuri (Pelajar Diploma)
Kolej Masria (Pelajar Pra Diploma & Ijazah Sarjana Muda lepasan Asasi/Matrikulasi/STPM)

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi Oktober 2026 – Februari 2027 (20264)Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Keda...
17/09/2026

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi Oktober 2026 – Februari 2027 (20264)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah

Assalamu'alaikum wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Zakat UiTM sesi Februari 2026 - Februari 2027 (20264) kini DIBUKA kepada semua pelajar UiTM Cawangan Kedah yang layak dan memerlukan.

📌 Tarikh Permohonan:
🗓️ 15 September 2026 – 10 Oktober 2026 (4 minggu)
*Bagi mengelakkan kesesakan talian, pelajar tidak digalakkan memohon pada hari akhir.

📌 Tarikh Hebahan Layak Tembual [Di Page FB BHEP UiTM Cawangan Kedah] : 13 Oktober 2026

🗓️ Tarikh Temubual Zakat : 14 Oktober 2026 – 29 November 2026 (6 minggu)

💻 Permohonan boleh dibuat melalui E-Zakat dalam Student Portal UiTM.
📲 Imbas QR Code dalam poster atau layari pautan berikut untuk maklumat tatacara permohonan:
🔗 https://zawaf.uitm.edu.my/index.php/zakat/tatacara-permohonanan-bantuan-zakat-pelajar

🗂️Syarat Permohonan:
1) Warganegara Malaysia
2) Pelajar Diploma dan Ijazah Sepenuh Masa UiTM Cawangan Kedah
3) Pelajar-pelajar B40 yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000.00 sebulan
4) Tidak mempunyai sebarang tajaan biasiswa
5) Bukan Pelajar Semester 1 Diploma atau Ijazah dan Pelajar Penerapan.

🔖Dokumen Lampiran yang wajib disahkan (certified true copy)[Untuk dibawa ketika Temubual Zakat]:
1️⃣Salinan Kad Pengenalan
2️⃣Salinan Kad Pelajar
3️⃣Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan;
(jika tiada penyata sila gunakan https://drive.google.com/drive/folders/1M3wBmuPUstfkdPu15MYuTQRLosLmnKQt?usp=sharing)

4️⃣Salinan Slip Pendaftaran Kursus/Subjek Semester Mac - Ogos 2026

📣 Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang memerlukan. Bantuan ini mungkin sangat bermakna buat mereka.

📍Permohonan selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPROSES

🔗 Kemaskini maklumat bank yang masih aktif di Student Portal.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Kedah

📢 TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UiTM CAWANGAN KEDAH 2026Prihatin • Peduli • MembantuBahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Ca...
15/09/2026

📢 TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UiTM CAWANGAN KEDAH 2026

Prihatin • Peduli • Membantu

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Kedah sentiasa komited membantu pelajar yang memerlukan melalui pelbagai bentuk bantuan kebajikan.

📌 Permohonan boleh dibuat melalui iStudent Portal > eHEP > eKebajikan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pentadbiran, Disiplin dan Aktiviti Pelajar, BHEP UiTM Cawangan Kedah.

Address

Merbok
08400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044562000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah:

Shortcuts

Share