16/07/2024
🤲🏻 Hari Asyura 🤲🏻
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam. Nama “Asyura” berasal dari perkataan Arab “asyara” yang bermaksud sepuluh, merujuk kepada hari ke-10 Muharram. Hari ini mempunyai makna yang sangat penting dalam sejarah Islam, terutamanya kerana beberapa peristiwa besar yang berlaku pada hari ini.
Terdapat satu amalan yang boleh diamalkan pada Hari Asyura iaitu puasa Hari Asyura. Amalan puasa hari Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam.
Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa Asyura, beliau berkata:
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari Asyura."
[H.R. al-Bukhari: 2006]
💡 Kelebihan puasa Hari Asyura
Diriwayatkan oleh Abu Qatadah bahawa Rasulullah bersabda:
أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu."
[Riwayat Muslim: 1162]
Hari Asyura merupakan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun. Malah Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada seseorang yang berpuasa pada hari tersebut. Justeru marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keampunan dengan berpuasa sunat Hari Asyura.
" Cultivating the Muslim Code "