Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh

Directions Website

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh Johor di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Kursus bidang Kimpalan
2. Kursus bidang Permesinan Am
3.

IKTBN Pagoh merupakan agensi Latihan TVET ILKBS dibawah Bahagian Pembanguan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). IKTBN Pagoh sebagai Pusat Kecemerlangan Mekanikal ILKBS menawarkan 4 kursus utama :
1. Kursus bidang Alatan dan Acuan
4. Kursus bidang Mekanik Industri

VISI
Menjadi Institusi Kemahiran Terulung Menepati Keperluan Pembangunan Kemahiran

MISI
Menghasilkan Seramai Mungkin Belia Yang Berkemahiran Dalam Pelbagai Bidang Teknikal, Berdisiplin, Berwawasan, Dan Berakhlak Mulia Untuk Tenaga Kerja Yang Berketerampilan Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara

Pengambilan adalah pada bulan Januari dan Julai. Sila layari :
- Portal Ekampus : https://ekampus.kbs.gov.my/
- Portal UPU : https://upu.mohe.gov.my/

Sila hubungi pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau hubungi Pegawai Pengambilan, Encik Rosman ditalian 0177716269.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448Hโ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€Sempena sambutan Maulidur Rasul, mari...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menghayati perjuangan serta keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menjadi panduan dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak, berkemahiran dan berjiwa MADANI.

โœจ Salam Maulidur Rasul daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โœจ  ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจโšฝ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—› ๐Ÿ†š ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ก๐—œ ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—› โšฝSatu Perla...
24/08/2026

โœจ ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจ

โšฝ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—› ๐Ÿ†š ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ก๐—œ ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—› โšฝ

Satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Kakitangan IKTBN Pagoh dan Alumni IKTBN Pagoh telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada 27 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Padang Bola Sepak Edu Hub Pagoh. โšฝ๐Ÿ”ฅ

Perlawanan ini bukan sekadar menyaksikan aksi di atas padang, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara warga institut bersama barisan alumni.

Melalui aktiviti seperti ini, hubungan yang telah terjalin terus diperkukuhkan melalui semangat berpasukan, kerjasama dan kenangan yang dikongsi bersama. ๐Ÿ’ช๐Ÿค

Menang atau kalah bukan menjadi ukuran, yang lebih penting adalah ukhuwah, persahabatan dan semangat kekitaan yang terus subur dalam keluarga besar IKTBN Pagoh. โค๏ธ

๐Ÿ† KARNIVAL SUKAN TVET ZON JOHOR UTARA 2026 ๐Ÿ†Buat julung kalinya, Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara Tahun 2026 telah be...
23/08/2026

๐Ÿ† KARNIVAL SUKAN TVET ZON JOHOR UTARA 2026 ๐Ÿ†

Buat julung kalinya, Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara Tahun 2026 telah berjaya dianjurkan pada 22 Ogos 2026 bertempat di IKTBN Pagoh, melibatkan penyertaan daripada 4 buah institut yang tampil dengan semangat dan kesungguhan yang tinggi.

Empat institut yang terlibat ialah:

๐Ÿข IKTBN Pagoh
๐Ÿข ADTEC JTM Kampus Tangkak
๐Ÿข ADTEC JTM Kampus Batu Pahat
๐Ÿข Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh

Para peserta telah berentap dalam 5 acara sukan yang dipertandingkan;

๐Ÿธ Badminton
๐Ÿ Bola Tampar
๐Ÿ“ Ping Pong
๐ŸŽฏ Dart
๐Ÿชต Karom

Acara yang berlangsung di Dewan Karisma dan Gelanggang Bola Tampar IKTBN Pagoh bukan sahaja menyaksikan persaingan sengit antara peserta, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kerjasama dan memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan warga TVET. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat kesukanan, disiplin, persahabatan dan pengalaman yang dibina sepanjang pertandingan menjadi nilai yang paling bermakna.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ADTEC JTM Kampus Tangkak yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan karnival sukan dan selaku tuan rumah penganjuran karnival sukan bagi tahun 2027. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, urus setia serta semua pihak yang terlibat diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan penganjuran sulung ini.

Tahniah kepada semua! Jumpa lagi di Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara yang akan datang!

โ€œSukan Menyatukan, TVET Memacu Kecemerlangan!โ€






๐Ÿ† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐ˆ๐Š๐“๐๐ ๐๐€๐†๐Ž๐‡!๐Ÿ“ DEWAN TUN RAZAK, TEMERLOH๐Ÿ“… 16 & 17 OGOS 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan k...
18/08/2026

๐Ÿ† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐ˆ๐Š๐“๐๐ ๐๐€๐†๐Ž๐‡!

๐Ÿ“ DEWAN TUN RAZAK, TEMERLOH
๐Ÿ“… 16 & 17 OGOS 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kimpalan, IKTBN Pagoh atas kejayaan menempatkan diri ke peringkat akhir Innovation Development Through Educational Activities (IDEAโ€™26) yang telah berlangsung pada 16 & 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Projek COMBO CHAIR PILATES telah berjaya menempa kejayaan sebagai Naib Johan Keseluruhan Bidang Teknologi Mekanikal, Kategori Pelajar IPT (IPTA/S dan ILKA/S). ๐Ÿ†

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi warga IKTBN Pagoh dalam menghasilkan idea serta produk berimpak tinggi melalui pendidikan TVET.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan membawa nama IKTBN Pagoh ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas! Teruskan mencipta, teruskan menginovasi! ๐Ÿ”ฅ

IKTBN PAGOH โ€” TVET PEMACU INOVASI! ๐Ÿš€






Setitis Darah, Sejuta Harapan โค๏ธ๐ŸฉธProgram Kempen Derma Darah Siri 2/2026 anjuran Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) d...
17/08/2026

Setitis Darah, Sejuta Harapan โค๏ธ๐Ÿฉธ

Program Kempen Derma Darah Siri 2/2026 anjuran Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dengan kerjasama IKTBN Pagoh telah berjaya dilaksanakan pada 11 & 13 Ogos 2026 bertempat di Lobi Dewan Karisma, IKTBN Pagoh.

Alhamdulillah, sepanjang dua hari program berlangsung, sebanyak 73 beg darah berjaya dikumpulkan. ๐ŸŽ‰

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh pelajar dan warga kerja IKTBN Pagoh yang telah tampil menderma serta bersama-sama menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Setiap titisan darah yang didermakan membawa harapan baharu dan berpotensi menyelamatkan nyawa. โค๏ธ

Semoga usaha kecil ini terus menjadi amalan murni dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

โ€œSetitis Darah, Sejuta Harapan.โ€ โค๏ธ๐Ÿ’‰

โœจ ๐€๐”๐‘๐€ ๐ˆ๐‹๐Š๐๐’ โ€“ ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจDari IKTBN Pagoh ke dunia industri, sebuah perjalanan yang membanggakan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ...
17/08/2026

โœจ ๐€๐”๐‘๐€ ๐ˆ๐‹๐Š๐๐’ โ€“ ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจ

Dari IKTBN Pagoh ke dunia industri, sebuah perjalanan yang membanggakan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setiap kejayaan bermula dengan satu langkah. Kisah Mohd Badawi bin Badurddin, graduan IKTBN Pagoh tahun 2013, membuktikan bahawa kemahiran TVET bukan sekadar ilmu di bengkel, tetapi menjadi asas kepada pembinaan kerjaya yang hebat. ๐Ÿ’ช

Bermula dengan Diploma Teknologi Kimpalan (DKM) Tahap 4, beliau terus melangkah ke peringkat ijazah sebelum membina kerjaya sebagai Pipeline Inspector di PETRONAS Dagangan Berhad.

Daripada mempelajari ilmu kimpalan di IKTBN Pagoh, kini kemahiran tersebut menjadi sebahagian daripada perjalanan profesional beliau dalam industri. ๐Ÿ”ง๐Ÿ”ฅ

Kisah ini menjadi bukti bahawa TVET membuka peluang, kemahiran membina keyakinan, dan usaha membawa kita lebih jauh.

๐ŸŒŸ Alumni hebat, inspirasi buat generasi masa hadapan!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ IKTBN PAGOH KE PERSADA ASEAN ๐ŸŒTahniah dan syabas diucapkan kepada MOHD FAHMI HANAFI JACKSON BOYD, wakil IKTBN Pagoh y...
15/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ IKTBN PAGOH KE PERSADA ASEAN ๐ŸŒ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada MOHD FAHMI HANAFI JACKSON BOYD, wakil IKTBN Pagoh yang telah terpilih sebagai salah seorang daripada hanya tiga (3) wakil Malaysia untuk menyertai ASEAN Youth Summit on Digital Resilience and Responsible Use of New Technologies, yang berlangsung pada 4โ€“7 Ogos 2026di Philippine International Convention Center (PICC), Pasay City, Filipina.

Program yang dianjurkan dalam kerangka ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) ini menghimpunkan pemimpin belia, pembuat dasar, pakar industri, wakil masyarakat sivil serta rakan pembangunan antarabangsa dari seluruh ASEAN bagi membincangkan isu-isu berkaitan:

๐Ÿ”น Digital Resilience & Digital Literacy
๐Ÿ”น Keselamatan dan etika dalam ruang digital
๐Ÿ”น Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab
๐Ÿ”น Cybersecurity dan ancaman digital
๐Ÿ”น Ekonomi digital serta masa depan pekerjaan belia
๐Ÿ”น Digital well-being dan cabaran dunia hiper-terhubung
๐Ÿ”น Penglibatan belia dalam pembentukan dasar dan tadbir urus digital

Lebih membanggakan, penyertaan ini bukan sahaja mengangkat nama IKTBN Pagoh di peringkat ASEAN, malah membuka peluang kepada jaringan strategik bersama pemimpin belia, pakar teknologi dan organisasi serantau.

Pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini pastinya dapat dikongsi dan diterjemahkan kepada warga IKTBN Pagoh, khususnya dalam memperkukuhkan agenda TVET, transformasi digital, Industri 4.0, penggunaan AI serta pembangunan belia yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi perubahan teknologi.

โœจ Dari Pagoh ke Manila, membawa nama IKTBN Pagoh ke pentas ASEAN! ๐ŸŒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak **jaringan antarabangsa, perkongsian ilmu dan peluang kerjasama strategik** untuk IKTBN Pagoh pada masa akan datang.

AURA ILKBS - Alumni Inspirasi Anak BangsaSempena Bulan Kebangsaan IKTBN Pagoh membawa cerita dari bengkel kemahiran, mel...
10/08/2026

AURA ILKBS - Alumni Inspirasi Anak Bangsa

Sempena Bulan Kebangsaan IKTBN Pagoh membawa cerita dari bengkel kemahiran, melangkah ke menara ilmu. โœจ

Kisah kejayaan Tc. Mohd Asrizan bin Deraman, graduan IKTBN Pagoh tahun 2003, membuktikan bahawa pendidikan TVET mampu menjadi titik tolak kepada perjalanan luar biasa dalam kehidupan dan kerjaya.

Bermula sebagai graduan Sijil Pekakasan dan Acuan, beliau terus melangkah ke peringkat Diploma, APEL-A, Sarjana Pendidikan (TVET) dan kini meneruskan pengajian PhD dalam bidang Pendidikan (TVET).

Kini berkhidmat sebagai Instructor Workshop Marine Engineering di Akademi Laut Malaysia (ALAM), perjalanan beliau menjadi inspirasi bahawa kejayaan bukan sekadar tentang dari mana kita bermula, tetapi sejauh mana kita sanggup belajar, bertahan dan bangkit. ๐Ÿ’ช

โ€œDari bengkel ke dunia profesional, alumni IKTBN PAGOH terus mencipta inspirasi.โ€

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Š๐๐’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐ˆ๐Š๐“๐๐ ๐๐€๐†๐Ž๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“†3-5 OGOS 2026 (Isnin-Rab...
06/08/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Š๐๐’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐ˆ๐Š๐“๐๐ ๐๐€๐†๐Ž๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“†3-5 OGOS 2026 (Isnin-Rabu)
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKTBN Pagoh.

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan Kemahiran ILKBS Siri 2/2026 di Hotel Dโ€™Wharf Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta daripada Tenaga Pengajar IKTBN Pagoh, IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKBN Bandar Penawar, IKBN Wakaf Tapai dan IKBN Jitra.

Siri 2 ini dibimbing oleh Fasilitator Encik Badrulhisyam bin Ismail daripada IKBN Peretak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang Pembangunan Soalan Penilaian, Struktur Kurikulum (SK) dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (WIM). Objektif utama pelaksanaan bengkel Siri 2 ini adalah meneruskan kesinambungan kerja daripada Bengkel Siri 1 iaitu untuk membangunkan, menyemak dan memurnikan semula Penilaian Kerja Kursus (PKK), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peperiksaan Akhir Teori dan Prestasi yang menggunakan NOSS sedia ada dan juga NOSS versi baharu.

Akhirnya dengan terlaksana Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan Kemahiran ILKBS untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi Tahun 2026 ini maka akan terhasil set dokumen Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (WIM) yang lengkap dan boleh digunapakai oleh semua ILKBS dengan berkesan, berkualiti dan tersusun. โœจ





๐Ÿ†๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›๐Ÿ†๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—–๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—กIKTBN Pagoh terus melakar kejayaan membangga...
06/08/2026

๐Ÿ†๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›๐Ÿ†

๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—–๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก

IKTBN Pagoh terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Pingat Emas dan Pingat Perak dalam Pertandingan PROPITCH 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di IKTBN Sepang pada 4 hingga 5 Ogos 2026.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan sebanyak 50 projek FYP (๐˜๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต) bagi Kategori Pengajian Tinggi, khususnya dalam Bidang C โ€“ Mekanikal, Pembuatan dan Reka Bentuk Perindustrian.

๐Ÿฅ‡ ๐™‹๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž - ๐˜ผ๐™ช๐™ฉ๐™ค๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž๐™˜ ๐™‹๐™ค๐™ค๐™ก ๐™’๐™–๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™Ž๐™ฎ๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข (๐˜ผ๐™‹๐™’๐™Ž)
๐Ÿ“ Jabatan Mekanik Industri

๐Ÿฅˆ ๐™‹๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™† - ๐™ˆ๐™š๐™จ๐™ž๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‡๐™ž๐™ข๐™–๐™ช ๐™†๐™–๐™จ๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™ž
๐Ÿ“ Jabatan Kimpalan

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, inovasi, kemahiran teknikal serta komitmen tinggi warga IKTBN Pagoh dalam menghasilkan projek berimpak dan berdaya saing di peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar, penyelia, tenaga pengajar serta seluruh warga IKTBN Pagoh atas pencapaian yang membanggakan ini.

๐ŸŒŸTeruskan kecemerlangan, teruskan inovasi!
IKTBN Pagoh โ€“ Melahirkan Generasi TVET Berkemahiran, Berinovasi dan Berdaya Saing.











Address

KM 21, Jalan Panchur, 84600 Pagoh
Muar
84500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share